Followers

Tuesday, August 25, 2015

Langit Cinta Syifa - 1 [ i ]

Mata dipejamkan. Nafas ditarik dalam-dalam, satu hembusan lembut dilepaskan dari celahan bibir. Sekali lagi proses yang sama dilakukan.

"Bertenang Aisy..."
"Bertenang...." hatinya bersuara. Memberikan arahan kepada akal untuk bekerja.

Mata dibuka. Mata memandang ke laut lepas. Hati dan akal saling bertingkah. Memikirkan kewajaran tindakannya sekarang.

"Aisy...; Antara hati dan perasaan,"
"Antara ketaatan dan kepatuhan..."
"Antara kehendak hati dan kehendak keluarga. "
"Mana yang lagi utama?" soal satu suara dari hati yang paling dalam.

"Aisy..."
"Mama dan baba mahukan yang terbaik untuk anak mereka. "
"Apa salahnya bahagiakan mama dan baba,"
"Kalau dengan patuh pada mereka, buatkan mereka bahagia?"

Air mata menitis jatuh.
Peritnya hati...

Nafas ditarik dalam-dalam. Bangun dari sila, debu-debu pasir yang melekat pada palazo putih dari rona sifon yang dipakainya disapu bersih. Tangan mencapai flippers, kaki mula mengatur langkah ke gigi pantai.

Tanpa peduli, Aisy membiarkan saja ombak yang menghempas gigi pantai menyapu kaki palazo yang dipakainya. Kaki sesekali menyodok pasir-pasir putih. Bibir mengukir senyum. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihelus lega.

Seminggu pulang ke Langkawi,
Seminggu juga Aisy memberontak. Keluar dari rumah, dia rela bercuti di chalet dari di rumah mama dan baba. Sepatutnya percutian ini, percutian keluarga. Pulang ke rumah rehat milik keluarga.

Tapi pertengkaran kecil membuatkan Aisy membawa diri.
Begini rupanya rasa hati, bila hubungan tak direstui mama dan baba.

Menyapu wajah. Aisy mengeluh.
"What should I do?" soal Aisy pada diri sendiri.

Aisy...
Emak mana yang tak sayangkan anaknya?
Ayah mana yang tak inginkan puterinya bahagia?
Mereka pasti punya sebab menolak sebelum mahu bertemu. Dan sebagai anak, bukankah patuh kepada ibu bapa itu yang utama?

Bila hati yang paling dalam mula bertingkah,
Bila akal mula menilai. Aisy mula nampak kesilapan sendiri.

"Ya Allah..."
"Egonya aku." tutur Aisy kesal.

Satu keluhan dilepaskan. Air mata menitis jatuh lagi.
Kalaulah dia terus-terusan kekal dalam ego, dan kalaulah sesuatu terjadi pada mama dan baba, pasti sekarang dia akan terus hidup dalam rasa bersalah. Spontan tangan mengetuk kepala.

"Haish.. kau ni Aisy. Ikut sangat hati. Akal tu tak nak guna!" omel Aisy sendiri.

Seminggu juga Aisy keluar dari rumah. Dia tahu dia salah. Tapi kata hati lebih kuat memberontak hingga membataskan kewarasan akal.

Masya-Allah...
Aisy...
Aisy...

Mama dan baba tak pernah ajar dia jadi anak yang bengkeng.
Mama dan baba tak pernah mengajar dia menjadi anak yang kurang ajar dan derhaka. Kenapa sampai sejauh itu kau bertindak Aisy?

Cinta datang dan pergi,
Tapi kasih sayang mama dan baba, kekal sepanjang hayat. Kenapa harus lebihkan orang yang bukan siapa-siapa berbanding mama dan baba?
Kenapa tak bertanya mama dan baba terus?
Mereka barangkali punya sebab yang kau sendiri tak pernah tahu Aisy..

Berterus-terang itukan lebih baik? Selama ini, baba dan mama tak pernah kata tidak untuk setiap pilihan yang kau buat. Cuma kali ini, mereka tak bersetuju. Dan pasti ada sebabnya kan? Hati terus memujuk.

Baru dia mahu berpaling, terasa satu tamparan kasar mengena muka.
Pedih! Ookey... muka tiba-tiba rasa bengkak. Bibir tiba-tiba terasa masin!
"Aduh..."

"Err... sorry.." tutur seseorang.

Susah payah, Aisy membuka mata yang terpejam spontan tadi. Kening berkerut. "Come again?"

"Sorry..." tutur lelaki di depannya. Mata Aisy dipicingkan.

"Sorry kenapa?" soal Aisy tak mengerti.

Laju tangan lelaki tu menunjuk pada kaki Aisy. Menunduk ke bawah mengikut hala tangan, Aisy terkedu. La.... bola tampar rupanya.

Tuduk mencapai bola. "Awak punya?"

Lelaki itu mengangguk. "Maaf. Tak sengaja."

Aisy angguk kepala. Perlahan dia geleng. Lelaki di depannya tertawa.
"Mana satu? Angguk ke geleng?"

"Sorry?"

"Tadi awak angguk. Dan awak geleng. Maksudnya, saya dimaafkan ke tak?"

"Ooh..." tutur Aisy. Dia tersenyum.

"Angguk - ya, saya maafkan awak. Geleng - tak ada masalah. Awak tak sengaja lagi pun." balas Aisy ringkas. Lelaki di depannya tersenyum.

"Boleh saya ambil bola tu?"

Tunduk pandang bola di tangan. Laju Aisy angguk kepala. Bola bertukar tangan. Aisy hulur senyum sebelum melangkah.

"Awak..." seru lelaki itu.

 Langkah Aisy langsung terpaku ke pasir. Menoleh ke belakang, "Ya?"

"Nama awak?"

"Aisy..."

Lelaki di depannya mengoyak senyum. "Aisy... nice name."

"Terima kasih."

"Nanti jangan lupa tuam muka. Nanti bengkak." pesan lelaki itu.

Aisy angguk kepala. "Terima kasih..." ujar Aisy sambil terus melangkah meninggalkan lelaki bermata sepet itu dengan bola tamparnya.

 
"__________________"

unedited part - 1

No comments: