Followers

Monday, June 1, 2015

Prolog

Deru ombak yang menampar pantai begitu menyamankan. Dari duduk, dia bangun berdiri. Belakang punggung ditampar lembut. Skirt labuh yang dipakai, dikibar-kibarkan. Mahu menghilangkan cebisan pasir pantai yang barangkali masih bersisa.

Flipper dicapai. Kaki mula menghayun langkah ke arah pantai. Berjalan di gigi pantai, skirt labuh dibiarkan lepas jatuh.

Pandangan mata ditalakan ke sudut horizon. Memerhatikan pergerakan matahari yang semakin tergelincir ke ufuk barat.

"Subhana-Allah... cantiknya." spontan bibir memuji kebesaran Allah.

Hilang segala serabut dalam kepala. Hilang segala kusut dalam hati. Yang ada saat ini, kagum pada kebesaran Allah.

Bibir mengukir senyum. Laju telefon bimbit miliknya diangkat dan lensa ditalakan ke arah matahari yang terbenam. Setting pada kamera telefon ditetapkan. Laju beberapa klik kedengaran. Puas dengan setiap sudut gambar yang diambil, Aisy koyak senyum.

"At least, this is the only thing can cheer me up." tutur Aisy pada diri sendiri.

"You lari, sebab I ke?" sapa satu suara dari sudut kiri.

Terkejut punya pasal, telefon dalam genggaman terjatuh dari pegangan. Dan mujurlah lelaki disebelahnya laju bertindak, telefon yang terjatuh dari pegangannya selamat dalam genggaman lelaki itu.

Perlahan dia menggeleng. "Aisy... Aisy. Careless..." komen pemuda itu.

Aisy diam. Liur ditelan kelat.

Dah kenapa mamat ni kat sini? Mana dia - aku kat sini?

"What are you doing here?"

Lelaki itu memandangnya sekilas sebelum kemudiannya memalingkan wajah ke sudut horizon di depannya. "Tengok sana Aisy. Bukan tengok muka I. Muka I tak secantik matahari yang you pandang tadi."

Aisy diam. Pandangan kembali ditalakan ke depan.

"You nampak cantik sangat bila you tersenyum sambil pandang matahari terbenam tadi, Aisy."

Mendengar pujian tak diundang, Aisy kembali mengalihkan pandangannya pada lelaki di sisinya. "You..."

"Don't say anything. Tengok depan. Rugi kalau you tak nikmati keindahan matahari terbenam tu.." tutur lelaki itu.

Mendengar kata lelaki itu. Aisy mengeluh. Pandangan kembali ditalakan ke depan.

Masya-Allah...
Subhana-Allah...
Alhamdulillah...
Cantiknya! Betul la, hanya mereka yang berfikir sahaja yang nampak kebesaran Allah. Dan dia antara orang yang rugi seandainya masih tidak lagi nampak kebesaran Allah.

"Sampai sini you lari? Sebab tak nak jumpa I?" soal lelaki itu lagi.

Menoleh pandang. Aisy terdiam. Liur ditelan.

"I tak nak bincang." ujar Aisy. Kaki mula membuka langkah. Dia mahu cepat-cepat pergi. Sungguh dia tak mahu terus di situ. Dia tak mahu mula berbicara dengan lelaki itu.

Kenapa?
Hatinya sedang keliru.
Fikirannya sedang celaru.

Selebihnya?
Dia belum bersedia.
Luka yang dia ada dulu, masih lagi di situ. Dia tak berani membuka langkah baru. Lagi pula, dia sudah lama mempersiapkan diri untuk hidup sendiri.

"Aisy... Nabi tak mengaku umat - mereka yang menolak perkahwinan..."

Aisy toleh pandang. "Makanya, Rabiatul Adawiyah juga bukan umat rasulullah - kerana dia menolak perkahwinan?"

"Jangan samakan diri awak dengan wali Allah."

Aisy koyak senyum. "Dan apakah saya tidak layak untuk cuba menjadi baik dan terbaik?"

Lelaki di depannya terdiam. Nafas ditarik dalam-dalam. "Aisy..."

Laju Aisy geleng kepala. "Please..."

"Takes your time Aisy..."

Aisy koyak senyum. "Ya, saya dah ambil masa yang saya nak.  Dan jawapan saya - I am sorry. I can't."

"Aisy..."

Laju Aisy geleng kepala.

"Saya doakan awak akan jumpa seorang perempuan, seorang wanita yang lebih baik dari saya. Insya-Allah..."

Kaki mula melangkah. Makin lama makin jauh lelaki itu ditinggalkan.

Aisy...
Kau tak akan menyesal. Kan?
Ye...
Tak.

Kau pasti?
Pasti.

Dia baik...
Tapi aku akan terluka.


------

I wish I can have the skill back. But unfortunately - no.

No comments: