Followers

Monday, February 2, 2015

Langit Cinta Syifa


Dari satu rak satu rak, dari mendongak sampai dah duduk kat atas lantai. Satu persatu nombor perolehan di buku dia semak.

Aik? Tak ada pun?

Semak dalam sistem OPAC tadi, ada lagi dua unit yang masih available dan boleh dipinjam. Ini bila dah sampai kat rak, tak ada?

Macam chipsmore! Sekejap ada, sekejap tiada.

Ni la namanya tak ada rezeki. Kot?

Mulut dimuncungkan, satu hembusan kecil dilepaskan. Muncung tudung dikepala tergerak-gerak mengikut alunan angin dari hembusannya tadi. Tangan membetulkan duduk letak tudung.

Bangun dari sila, Aulia Hasyifa menyapu debu belakang baju. "Itulah Aisy! Boleh datang dua tiga hari lepas, nak juga tunda-tunda. Ini la musibah bila asyik menunda kerja..."

"Padan dengan muka kau." bebel Aulia Hasyifa pada diri sendiri.

"Ini ada juga kena jumpa dengan abang pustakawan kat bawah tu. Minta dia reservedkan. Haish..." bebel Aulia.

Kaki kembali menapak ke meja tempat dia meletakkan buku-bukunya tadi. Kerusi ditarik. Punggung dilabuhkan.

Baru nak mencapai nota, matanya cekap menangkap tulisan tangan atas post-it-note miliknya.

Aik? Siapa yang gatal tangan tinggalkan signature atas harta benda orang ni? Toleh kiri, toleh kanan. Tak ada pula yang kelihatan curiga. Beranilah kau Aisy, nak terjah sesuka hati. Kalau rasa nak dapat malu free silakan la.

Mata meniti baris ayat atas post-it-note.



Aulia Hasyifa.
Aisy...
What a nice name you have.
Can we be friend?




Aiik??

Ni siapa nak main prank gini ni? Nak kata April Fool, lambat lagi nak sampai bulan April. Peperiksaan final untuk semester ni pun lambat lagi nak mula.

Kepala digelengkan. Post-it-note yang berconteng ditarik dan dikeronyok. Tangan mencapai pen dan kertas. Jari laju menari di atas kertas. Melakar draf untuk tugasan yang perlu dia selesaikan.

"Assalammualaikum...." sapa satu suara.

Kepala dipanggungkan. Keningnya saling berkerut. "Yes?"

"Boleh saya duduk?" soal lelaki yang berdiri di sisi mejanya dengan senyuman nipis.

"Duduklah. Bukannya meja ayah saya pun." balas Aisy jengkel. Okey! Dia mengaku, memang dengar macam sakarstik sikit. Tapi sungguh dia tak boleh nak tahan bila fokusnya terganggu.

Dah nampak kosong. Duduk je la. Bukannya perpustakaan ni ayah dia yang punya sampai nak minta izin segala bagai. Dah nama pun perpustakaan ni hak orang ramai. Nampak kosong; duduk je la.

"Aulia Hasyifa..." tegur suara di depannya.

Langsung tangan yang laju menulis terhenti di noktah terakhir. Kepala dipanggungkan. Lelaki di depannya tersenyum.

"Hi Aisy..." sapa lelaki di depannya.

Kening berkerut. Dah mamat ni siapa? Siap tahu nama dia dan nama panggilan dia pula tu? Stalker?

"Aulia Hasyifa... Aisy... nice name." ujar lelaki di depannya senada.

Okey...

Wajar tak kalau tetiba nak rasa takut?

Dan wajar tak kalau dia cakap budak kat depan dia ni memang stalker yang stalk dia?

Dia tak kenal pun budak tu. Macam mana budak tu boleh kenal dia? Serius?

"Can we be friend?"

"What?"

"Can we be friend? Jadi kawan?"

****

 Dua malam lepas, saya terima panggilan dari seseorang. Dia membebel panjang lebar.

Katanya,

Sis Diya; menulislah!
Sis Diya; tamatkanlah cerita yang dah ditulis!
Sis Diya; nak kena babab ke?

Dan kelmarin, berborak dengan cik kembar. Saya cakap, saya rasa saya nak cuba menulis balik. Dan cik kembar saya ketawa.

Kata dia, ni mesti kena marah dengan orang tu kan.

Dan untuk orang tu, yang sedang beristirehat di rumah. Moga cepat sembuh. Dan terima kasih sebab sudi call kita dan borak panjang lebar. Bergelak ketawa.

No comments: