Followers

Sunday, February 8, 2015

Langit Cinta Syifa - 1


Dari satu rak satu rak, dari mendongak sampai dah duduk kat atas lantai. Satu persatu nombor perolehan di buku dia semak. Aik? Tak ada pun? Semak dalam sistem OPAC tadi, ada lagi dua unit yang masih available dan boleh dipinjam. Ini bila dah sampai kat rak, tak ada?

Macam chipsmore! Sekejap ada, sekejap tiada. Ni la namanya tak ada rezeki. Kot?

Mulut dimuncungkan, satu hembusan kecil dilepaskan. Muncung tudung dikepala tergerak-gerak mengikut alunan angin dari hembusannya tadi. Tangan membetulkan duduk letak tudung.

Bangun dari sila, Aulia Hasyifa menyapu debu belakang baju. "Itulah Aisy! Boleh datang dua tiga hari lepas, nak juga tunda-tunda. Ini la musibah bila asyik menunda kerja..."

"Padan dengan muka kau." bebel Aulia Hasyifa pada diri sendiri. Kepalanya digelengkan perlahan.

"Ini ada juga kena jumpa dengan abang pustakawan kat bawah tu. Minta dia reservedkan. Haish..." bebel Aulia Hasyifa sendiri. Kaki kembali menapak ke meja tempat dia meletakkan buku-bukunya tadi. Kerusi ditarik. Punggung dilabuhkan.

Baru nak mencapai nota, matanya cekap menangkap tulisan tangan atas post-it-note miliknya.

Aik? Siapa yang gatal tangan tinggalkan signature atas harta benda orang ni? Toleh kiri, toleh kanan. Tak ada pula yang kelihatan curiga.

Beranilah kau Aisy, nak terjah sesuka hati. Kalau rasa nak dapat malu free silakan la. Akal yang waras mula memberikan nasihat. Telan liur, Aisy mengeluh. Paling dia tak suka kalau barangnya dicerobohi orang! Kalau nak guna, mintak! Bukan pakai main ambil buat harta benda sendiri!

Hari ini, dia memang banyak membebel-kan? Cuma kali ini dia bebel dalam hati. Mata kembali meniti barisan perkataan tersusun kemas atas post-it-note miliknya.





Aulia Hasyifa.
Aisy...
What a nice name you have.
Can we be friend?


Aiik??

Ni siapa nak main prank gini ni? Nak kata April Fool, lambat lagi nak sampai bulan April. Peperiksaan final untuk semester ni pun lambat lagi nak mula. Bermadah bukan mainlah si penghantar nota empat baris ayat ni! Belajar dari Ziana Zain ke apa? Ayat gula-gula bukan main!

Kepala digelengkan. Kiri-kanan-kiri. Post-it-note yang sudah berconteng ditarik dan dikeronyokkan.

Gasaklah siapa pun yang beri dia. Dia tak minat nak kenal dan ambil tahu siapa pemilik tulisan tu. Pen dalam bekas pensil dikeluarkan. Tangan laju menarik kertas A4 dari dalam celahan fail.

Sebelum ideanya terbang, baik dia mula bekerja. Kalau boleh dia mahu segera serahkan assignment yang diberikan pensyarah kelmarin. Lagi cepat dia serahkan, lagi cepatlah dia boleh fokus pada kerja lain.

Laju tangan menari-nari atas kertas. Melakar graf apa yang harus dia mulakan untuk assignment Organization Behavior. Dari tajuk utama, dilakar kepada konsep-konsep yang perlu diterangkan nanti.

Dalam kusyuk bekerja, sapaan saura mematikan gerak tangannya.

"Assalammualaikum...." sapa satu suara.

Kepala dipanggungkan. Keningnya saling berkerut. "Yes?"

"Boleh saya duduk?" soal lelaki yang berdiri di sisi mejanya dengan senyuman nipis.

Aisy kerut dahi. Toleh kiri, toleh kanan; dia kembali pandang ke depan.

“Awak cakap dengan saya?”

“Dah tu?”

Senyum sinis terjungkit dibibirnya spontan. “If I say no?”

“I peduli apa?”

Satu tawa sinis terletus dari bibir Aisy. Pandangan mata kembali beralih ke meja yang kosong di sebelah kanan mejanya. Dan di sebelah depan mejanya. Ada je ruang kosong kat tempat lain. Tapi yang gatal sangat nak duduk kat sini kenapanya?

“Dah tu, why bother to asked?”

“Tak boleh?”

Aisy merengus kecil. Dia paling tak suka kalau kena ganggu masa dia tengah buat kerja. Padanya, bila dia bekerja, dia berada dalam dunianya sendiri. Alah, orang kalau tengah berdating pun tak suka kena kacau kan? Dia pun macam tu la juga! Kalau tengah buat kerja, dia tak suka diganggu.

Malas nak melayan, Aisy kembali fokus pada kerja. Headset disarungkan kepala, disambungkan ke telefon. Laju tangan mula memainkan lagu di telefon sekuat yang boleh. Biar dia tak distracted dengan mamat yang duduk kat depannya tu.

Dalam kusyuk bekerja, tiba-tiba sekali lagi dia rasa terganggu. Lagu yang tadi memekak di telinga tiba-tiba hilang. Kepala kembali dipanggungkan.

Aikkk.. kenapa senyap...

Dan matanya menangkap figura mamat tadi tersenyum. Aik? Sesuka hati je sambar telefon orang?

“Lets talk..”

Baru Aisy nak merebut kembali telefon itu dari lelaki di depannya. Laju saja telefon itu dimasukkan ke dalam poket lelaki itu. “Lets talk.”

“Cakap apa?” soal Aisy malas.

“Can we be friend?”

Aisy kerut kening. Aikkk? Macam sama je dengan apa yang dia macam dalam post-it-note tadi.

“What??”

“Can we be friend?”

“Apa?”

“Boleh kita jadi kawan?” soal lelaki tu lagi.

“Why?”

“Saja.”

“Gila!” rengus Aisy.

Lelaki di depannya kulum senyum. “Memang pun. Saya gila nak kenal awak.”

“Gimme my phone back...”

“Jawab dulu.”

“Saya tak berminat.” Ujar Aisy muktamad.

“Kenapa?”

“Because I just don’t interested with you?”

Lelaki di depannya tertawa. “Tak kenal dah tahu tak tertarik dengan saya?”

“Why should I?”

“Why shouldn’t you?”

Aisy telan liur. Mamat ni bekas budak debat ke apa? Cakap tak nak mengalah. Kalau orang dah tak minat, maksudnya tak minat la.

“Sebab awak lelaki...” ujar Aisy senada. Lelaki di depannya tertawa sinis.

“Kalau saya lelaki, saya tak boleh kawan dengan awak?”

“Yes. Now can you give me my phone back?”

Telefon dikeluarkan dari dalam poket. Tapi masih dalam genggaman. “Kenapa?” soal lelaki itu lagi. Berminat nak kenal orang yang bernama Aisy di depannya.

“Sebab saya tak minat nak kawan dengan lelaki...”

“Are you lesbian?”

Aisy tertawa. Dia pandang lelaki itu sinis. “Kalau perempuan tolak dari berkawan dengan lelaki; dia lesbian? Kalau perempuan terima niat lelaki tu, dia apa? Perempuan gatal? Miang?” soal Aisy. Lelaki di depannya terdiam.

Buku-buku di depannya dicapai dan dikemas laju. Berdiri dari duduk, laju Aisy capai telefon bimbitnya dari pegangan lelaki di depannya.

“As a gentleman... you should learn how to respect women.” Ujar Aisy sepatah sebelum kaki melangkah dari meja yang dia diami tadi. Hilang sudah semua moodnya nak studi.

Kalau dah begini gayanya, alamatnya bertapa kat bilik je la. Buatnya karang ada lagi dua tiga orang lelaki mental macam lelaki tadi, tak ke naya!





“Aik? Awal kau balik?” sapa teman sebilik.

Aisy koyak senyum tipis. “Ada orang gila kat library tadi.”

“Hah? Macam mana boleh terlepas masuk dalam library? Guard tak halang ke?”

Spontan Aisy tertawa. Dah pula! Biar betul Ainul ingat, betul-betul ada orang gila masuk library.

“Dah kau gelak kenapa? Soalan aku tu jawab la dulu. Tak riuh ke library tadi? Orang gila terlepas masuk? Dia mengamuk ke apa?”

Kali ni memang dia punya ketawa makin besar! Tak boleh belah punya soalan! Ada ke Ainul betul-betul percaya ada orang gila masuk library! Dah tu siap nak mengamuk-ngamuk pula.

“Bukan orang gila betul la... Ainul. Ada lelaki gila yang tahu-tahu, muncul terus nak berkenalan. Tak cukup dengan tu, dia siap curi telefon aku.”

“Curi?”

Aisy angguk kepala.

“Kenapa dia curi telefon kau?”

“Sebab aku malas nak jawab soalan dia.”

“Soalan apa?” soal Ainul sambil mula melipat sila.

“Nak jadi kawan aku...”

“So kau terima?”

“Of course...”

“Yes?” soal Ainul dengan mata yang membulat.

“Of course la no! Big NO okey.”

“Kenapa?”

“Tak minat.” Ujar Aisy. Tudung mula ditanggalkan dan digantung pada sisi almari bajunya.

Ainul tertawa terbahak-bahak. “Agak dah! Rare kalau kau cakap yes.”

Aisy mengeluh. Bibir tarik senyum nipis. “Aku dah tak ada mood nak buat kerja.”

“Kenapa?”

“Swing..”

Ainul tertawa lagi. “Dah tu?”

“Aku nak turun bawah kejap.”

“Buat apa?”

“Main squash...”

“Nak lepaskan geram la tu..” ujar Ainul.

“Agakla...” ujar Aisy sambil berlalu ke bilik air dengan pakaian sukan.





“She pissed off.” Ujar Daryl.

“Kau buat apa kat dia?” soal suara di sebalik ganggang.

“Aku paksa dia untuk terima aku?”

“Gila! Memanglah dia marah!”

Daryl tertawa. “Tapi dia cute seh bila dia marah.”

“Kau suka?”

“Boleh la...”

“Hish...” terdengar satu rengusan kecil disebelah sana. “Kau ni nak main-mainkan dia ke apa?”

“Gila? Aku serius? Dia jenis yang bukan senang nak dapat.”

“So?”

“Rare...”

Suara disebelah sana tertawa sinis. “Ke kau rasa tercabar?”

“Agaklah...”

“Kalau kau serius...”

“Aku memang serius!”

Ada keluhan di ganggang sebelah sana. Agaknya, mesti sahabatnya yang seorang tu susah nak percaya dengan apa yang dia cakap. Tapi dia bukan tipu pun. Dia memang bersungguh nak kenal dengan Aisy.

Sebab?

Aisy unik kat mata dia? Dia selalu perhatikan Aisy. Dunia Aisy cuma dirinya! Sesekali dia nampak Aisy ke mana-mana dengan kawan-kawan. Tapi kebanyakan masa, Aisy tu lebih suka sendiri.

Nak kata dia tu anti sosial. Tak pula. Dengar kata, Aisy tu aktif berpersatuan. Bukan takat aktif berpersatuan, Aisy petah juga berkata-kata. Dia suka Aisy secara tak sengaja. Itu pun, bila dia lihat macam mana Aisy bangun mempersoalkan pensyarah kat depan podium. Aisy tu jenis yang berani. Kalau dia betul, dia tak pernah takut.

Dan tadi tu, dia salah ke? Itu sebabnya Aisy marah? Ye ke?

“Kirim salam kat dia weh...”

“Gila?! Mau dia gulaikan aku nanti!”

“Sebab?”

“Sebab bagitahu kau lokasi dia tadi.”

Daryl tertawa. “Kot ye pun, takkan tu pun dia nak gulaikan kau?”

“Macam kau cakap la Ryl... Aisy tu lain. Rare...”

“Dan sebab rare dia tu yang aku tertarik.”

“Ah kau! Jiwang...” ujar sahabatnya disebelah sana sambil tertawa nakal.

“Dia gi mana?”

“Main squash..”

“hah?”

“Dah kau kenapa nak menjerit kat telinga aku?!” marah suara di sebelah sana.

“Dia main squash..”

“A’ah..”

“Pandai pula dia?”

“Dia sukakan cabaran.”

“So like me.”

“Perasan!”

“Beb...” seru Daryl.

“Hmm...”

“Thanks...” ujar Daryl. Gadis disebelah sana tertawa. “No problem. Just, jangan sampai dia terluka. Tu je.”

“No.. I promise I won’t hurt her.”

“Okey la kalau macam tu.”



*****

Dah lama tak menulis. 
Dah lama saya merajuk.
Bila saya menulis balik. Saya sedar ada yang berbeza pada tulisan saya. 

Dan masih ada ke yang sudi baca?
Dan oh ya. 
Ini versi baharu selepas ditambah dari yang sebelumnya.

1 comment:

~ZYX~ said...

nice...sambung lg...kwn aisy si ainul ke yg report kat daryl...sgt rare la aisy ni ek...hehe