Followers

Tuesday, September 2, 2014

Review : Bukan Hanya Ada Kita - Nazurah Aisya


ISBN : 9789670508122
PUBLISHER : JEMARI SENI
PRICE :
SEMENANJUNG : RM 21
SABAH/SARAWAK : RM 24


SINOPSIS


Hati ingin selalu bersama kerana dialah bahagia, tetapi dalam dunia ini... Bukan Hanya Ada Kita.

Telah ditakdirkan bahawa aku, Medina akan menjadi isteri kedua kepada Zahrin, biarpun aku telah berikrar tidak akan sekali-kali menyakiti hati perempuan lain sebagaimana hati ibuku.

Dia bahagia yang aku pinjam tanpa izin... dan aku tidak akan menuntut lebih daripada apa yang Aiza dapat. Aku tidak akan menyusahkan Zahrin kerana aku mahu jadi ‘jiwanya yang tenang’.

Salahkah senyum ini pabila ada insan lain yang bersedih? Berdosakah bahagia ini apabila nanti ada insan lain yang menjeruk rasa?

Tidak ada perempuan yang dengan mudahnya reda menerima seorang lagi perempuan dalam hidup suaminya. Dan aku tidaklah terlalu kejam untuk meranapkan kebahagiaan orang lain.

Jika bahagia ini milik kita biarlah kita berteman sampai abadi. Jika ini bukan jalannya biarlah kita dibentangkan pilihan yang mendamaikan.


KATAKU

When ever talked about Nazurah Aishah; she is a good novelist!Talented and she know well how to touch readers heart.

Each of her single word on her story will grab your attention. And for me myselt, BHAK is her best master pieces above all.

Borrowed BHAK from cik kembar yesterday and I had finished it today. Dalam page pertama buku ni dah grab attention saya untuk tak melepaskan naskah ini.

Rasa hati Ahmad Zahrin dan Medina alzahra sampai pada saya. Ketika naskah ini saya baca, saya merasakan sayalah Medina Zahra itu. Yang sentiasa merasakan bahawa saya perlu berkorban untuk mereka yang saya sayang. Yang merasakan bahawa ada hati yang perlu saya jaga dan saya dahulukan. 

Pemilihan POV 1, membuatkan kita semua dekat pada rasa hati Ahmad Zahrin dan Medina. Kita jadi faham setiap kemelut yang dirasakan oleh Ahmad Zahrin dan Medina. Setiap keluh kesahnya, setiap kebimbangannya, setiap sakitnya. Setiap rasanya.

BHAK bukan tipikal kisah bermadu yang boleh membuatkan kita marah. BHAK membuatkan saya termenung panjang pada noktah terakhirnya. Kerana ini gambaran sebenar apa itu Qada dan Qadarnya! Ujian-Nya dan hikmah pada ujian-Nya

Seperti kata saya pada Kak Naz,
ketika BHAK saya hadam. Tak ada siapa yang mampu saya marah. Tak ada siapa yang mahu saya sebelahi. Kerana tiada siapa yang bersalah. Kecuali sedikit kesal, kenapa hingga begitu ujian yang perlu Medina lalui dan kenapa tidak Zahrin lebih tegas?

Jiwa saya sesak dengan rasa kasihan pada Medina. Rasa cemburu yang Medina rasakan. Dan setiap kali itu juga saya harus mengambil nafas untuk meleraikan rasa yang bersimpul di hati saya.

Saya jadi kasihan pada Ahmad Zahrin. Saya faham rasa serba-salah yang dia tanggung. Rasa risau memikirkan penerimaan Aiza nanti.

Saya juga merasai peritnya hati Aiza bila kebenaran itu terbongkar. Masing-masing terluka. Masing-masing sedih.

Saya suka dengan cara novel ini ditamatkan. Penamatnya indah biar ada peritnya.

Naskah ini pada saya, sangat menarik dan highly recommended to those yang mencari sisi lain dalam cerita poligami.

cerita ini biasa tetapi diangkat menjadi luar biasa di mata saya.

Kak Naz,
i will always wait for ur other masterpieces

No comments: