Followers

Wednesday, May 28, 2014

#the untold story of DDPBL



The UNTOLD STORY of DDPBL


1. DDPBL atau e-novelnya dikenali sebagai Natalia Natasha. Kenapa Natalia Natasha? Sebabnya, nama wataknya adalah Natalia Natasha which is now bertukar kepada Nuralia Natasha.

2. Ini bukan kisah benar (sepenuhnya). Tapi ada bahagian tertentu dalam DDPBL ini adalah KISAH BENAR. Di bahagian mana? Nyatakan pada cik DN bila anda sudah tamat membaca DDPBL , nanti kita leraikan bersama. Di mana kisah benar yang ada di dalam naskah ini.

3. Benda yang ditulis pada usia 20 tahun, bila nak diterbitkan haruslah cik DN baca dan edit balik (baca : tulis semula!), makanya, kisah ini pastilah sangat-sangat berbeza dari zaman blog dahulu dan sebab itu boleh terlekat KISAH BENAR di dalam naskah ini

. 4. LEGA! Sebab? Cerita ini tak dibukukan 10 tahun yang lalu dan cuma dibukukan sekarang. Sebabnya? Kalau tidak cik DN akan boleh malu besar!!!
(oh! Masa baca balik naskah manuskrip asal, cik DN dah menjerit sorang diri dengan ayat :

i. Serius aku tulis benda ni?
ii. Ya Allah! Apa aku merepek ni?
iii. Ya Allah! Fairy tales sungguh!

See... sebab tu, cik DN sangat bersyukur okey! Kalau tak, pastinya readers pakat-pakat muntah baca tulisan cik DN yang ini.

5. KEBENARANNYA, tulisan ASAL NN sepuluh tahun yang lalu, watak utamanya, ALIA - dimatikan. Tapi dalam DDPBL, Alia hidup.
Okey. Cik DN masih baik hati lagi.

6. Zarif Aiman dalam cerita asalnya, menceraikan Alia selepas terkena tipu daya Iman Amani. Tapi dalam DDPBL, sebab dia sendiri buruk sangka pada Alia.

7. NN sepuluh tahun yang lalu, tulisannya cengeng. DDPBL, sematang usia DN sekarang.
Dan, pastilah NN atau DDPBL istimewa di hati DN. Sebab dari cerita ini cik DN tahu - oh aku boleh menulis rupanya!
Dan sebab cerita ni - bawa Kak Nawirah Barakbah ke Bukit Kachi jenguk cik DN!
Sebab cerita ni - cik DN kenal cik kembar Atilia Aisya.
Sebab cerita ni - cik DN dapat ramai kawan bloggers dan penulis!

Lagi?
Oh, entah.
tak tahu nak tulis apa lagi tentang the untold story ni.

Ada soalan?
Tanya je la.
Cik DN jawab

No comments: