Followers

Thursday, May 8, 2014

#dan Dafodil pun Berbunga Lagi




“Setiap ujian Allah itu telah DIA persiapkan jalan keluarnya kepada hamba-hambaNya. Cuma tinggal kita untuk merenung dan mencari jalan yang telah DIA aturkan untuk kita..."

... dan Dafodil pun Berbunga Lagi...



Istimewanya "...dan Dafodil pun Berbunga Lagi..." pada cik DN

Cerita ini;
cerita pertama yang cik DN nukilkan.
cerita yang mengenalkan cik DN dengan ramai orang.
cerita yang 'menyedarkan' cik DN;
cik DN boleh menulis ;
dan penulisan ini bukan untuk orang bidang sastera sahaja!

Istimewanya cerita ini;
10 tahun masa yang diambil untuk kembali menghadam cerita lama,
untuk menghijau-biru-ungukan wajah dan rasa
menelan rasa payau; mual untuk diedit

Cerita ini...
cik DN edit - sepanjang cik DN bermukim di Cameron Highland bersama keluarga JS Adiwarna.
Cerita yang kepompongnya harus cik DN pecahkan dengan bantuan penulis dan editor senior yang cik DN kagumi.

dan...

cerita ini;
buat anda yang pernah mengikuti tulisan cik DN
yang pernah membaca Naqiah Khalida dan Kaca Jendela Ainnur.
Buat yang tidak pernah tahu;
ketahuilah,
Inilah e-novel Natalia Natasha
Buah tangan pertama cik DN
yang kemudiannya diperam hingga hampir-hampir menjadi pekasam basi!
dan kini;
kisah ini terukir cantik dengan penataan huruf yang dicetak kemas.

Pada yang belum dapatkan,
boleh dapatkan sama ada menerusi online atau hubungi cik DN.
Pada yang dah baca,
boleh la kongsikan rasa anda di goodreads atau emailkan langsung pada cik DN;

Agar teguran anda itu dapat Diya sematkan dalam ingatan dan baiki dalam insya-Allah;
e-novel Kasih Seorang Lelaki yang bakal Diya hantar bulan ini.



Salam sayang,

Diya Nordin

No comments: