Followers

Friday, March 8, 2013

#3 - ii

Baru beberapa minit keluar, Airin kembali menapak ke dalam. "Nad, maaf ya. Tertinggal handphone." tutur Airin. Nadine menoleh pandang. Perlahan Nadine mengangguk.

"Eh? Kad ni kau tak baca?" soal Airin sambil berpaling pada Nadine dengan kad yang masih kemas di dalam sampul.

"Malas..." jawab Nadine. Airin menggeleng.


"Bacalah dulu. Entah apa yang ditulis orang tu." tutur Airin. Nadine menggeleng. "Malas. Mesti macam surat-surat atau kad-kad yang sebelum ini."


"Maksud kau?"

Nadine mengeluh. Membetulkan postur duduk. Nadine memandang Airin. "Awak nampak sweet sangat dengan tudung labuh dan jubah tu. Boleh tak saya berkenalan dengan awak?" tutur Nadine dengan gaya menyampah. Airin sudah siap mengulum senyum melihat gaya dan nada suara Nadine begitu.

"Paling best, saya suka kalau awak boleh bimbing saya. Saya nak belajar tentang agama, nak berubah. Boleh tak awak bimbing saya?" tambah Nadine dengan suara yang sedikit menjengkelkan.

Airin sudah tidak boleh menahan rasa. Laju saja dia melepaskan tawa. "Mana kau tahu tu isi kad tu?"

Menarik bantal comel berbentuk segi empat tepat itu, Nadine kembali meriba bukunya. Pensil mekanikal kembali ke celahan jari. "Lelaki. Semuanya sama." gerutu Nadine. Airin menggeleng.

"Husnuzon Nadine. Husnozon..." tegur Airin. Nadine memanggungkan pandang. Perlahan dia mengeluh.

"Kalau tak percaya, bukalah sampul tu. Mesti itu isi yang tertulis pada kad tu." balas Nadine. Airin tertawa.

"Kalau tak?"

"Mustahil tak." balas Nadine laju.

"Aku buka ni..." ujar Airin. Nadine langsung tak beriak. Sekali lagi Airin bersuara, "Nad... aku buka ni..."


"Bukalah." jawab Nadine tanpa perasaan.


"Kau serius?" soal Airin.

"Airin, kalau kau rasa nak tahu, kau boleh buka. Kalau tak, kau masukkan je kad tu kat tempat kau jumpa dia tadi. Dalam bakul sampah tu." jawab Nadine tanpa perasaan. Airin tersenyum.

"Okey. Aku buka macam tu." tutur Airin. Laju jemari mengoyak sampul dan sekejapan sahaja, isi kad itu terbongkar. Membulat mata Airin tatkala membaca ayat-ayat yang tertulis di situ.

"Nad... aku rasa, kau betul but aku rasa budak ni serius."

Nadine tertawa. Matanya masih lagi terfokus pada soalan yang harus diselesaikan di depannya. Sesekali, jari jemarinya menari-nari di atas papan kekunci kakulator saintifik di atas ribaannya. "Aku dah agak.."

"..but, kau mesti tak dapat agak yang budak ni sampai nak bertaaruf dengan kau. Kenalkan diri, dan nak meminang kau masa kita balik cuti nanti."

Laju kepala Nadine terpanggung pandang. "Tak kelakarlah!" gerutu Nadine. Airin menggeleng.

"Serius, aku tak bergurau. Nah... kau baca sendiri."

Kad beralih tangan. Postur duduk ditegakkan. Airin mengambil tempat dibucu katil, di sisi Nadine. Matanya langsung terfokus mahu melihat reaksi Nadine nanti. Bibirnya sudah menguntum senyum. Budak tadi tu ke yang nak lamar Nadine? Serius? Budak tu, boleh tahan juga la orangnya. Nampak muka pun jenis orang yang baik-baik je.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t...

Nadine Nur'iman anak pakcik Nazrul Hakimi. 
Tak sangka, setelah tiga tahun berlalu; saya bertemu awak di bumi sonata.
Alhamdulillah! Jodoh yang ditentukan Allah.
Kita dipertemukan, sama seperti doa saya di baitullah dulu, untuk diketemukan semula dengan awak kalau ada jodoh kita. 
Alhamdulillah.

Nadine mengerutkan dahi. Gila apa mamat ni? Kenal tidak, berdoa dijodohkan dengan aku? Gerutu Nadine di dalam hati. Menyambung baca,

Nadine Nur'iman,
Awak membuatkan saya tak mampu menjaga hati saya.
Justeru, kalau sudi saya ingin mengkhitbah awak untuk diri saya.
Insya-Allah akan ada wakil dari saya yang bakal menghubungi awak untuk sesi taarufnya.

Semoga Allah mempermudahkan segalanya.
Cuti musim panas tak lama lagi. Kalau tak ada sebarang keberatan di pihak awak, saya akan hantar umi dan abah saya untuk bertemu ibu dan bapa awak.

Wassalam...

F.Syafrie

"Gila!" sepatah perkataan itu terlontar dari bibir Nadine. Airin langsung terlontar ketawa. "Kenapa?"

"Aku tak kenal siapa pun mamat ni, tiba-tiba nak melamar?"

"Serius kau tak kenal?" soal Airin. Nadine langsung mengangguk. "Aku tak kenal. Siapa ni?"

"Tapi dia kenal kau?"

"Gila la agaknya dia. Biarlah. Malas nak layan." tutur Nadine. Laju saja tangannya mengeronyok kad dalam pegangan dan langsung dilontarkan masuk ke bakul sampah.

"Dah tu?"

Nadine menoleh memandang Airin. "Dah tu apa?"

"Kau abaikan macam tu je?"

Nadine mengangguk. "Abaikan je la. Aku bukan kenal dia pun."

"Kalau dia serius?" soal Airin.

"Aku tak nak!"

Airin tersenyum. Perlahan mengangguk. "Okey la. Studi la. Aku nak keluar dulu." tutur Airin sambil bangun melangkah pergi. Nadine sekadar memandang. Fikirannya kosong. Mood untuk studi langsung terbang.

Hish! Tak pasal je dia hilang mood untuk studi. Gerutu Nadine sebelum beristighfar kemudiannya.


No comments: