Suara salam dan ketukan di muka pintu membuatkan Nadine mengalihkan pandangan dari journal perubatan di dalam tangan. Airin melangkah masuk dengan senyuman.
"Baru balik?" soal Nadine. Airin mengangguk. "Kau sibuk?" soal Airin.
Mendengarkan soalan temannya itu, Nadine memusingkan badannya mengadap Airin. Postur duduknya dibetulkan. "Kenapa? Kau ada benda nak cerita?" soal Nadine.
Airin tersenyum. Pungguh dilabuhkan di atas katil Nadine. "Aku ada benda nak bagi kau." tutur Airin sambil mengeluarkan sesuatu dari poket begnya. Nadine mengerutkan dahi.
"Apa?" soal Nadine.
"Nah.. untukkau...” tutur Airin. Kad bertukar tangan. Nadine mengerutkan dahi.
"Dari siapa?"
Airin mengangkat bahu. "Entah. Tak kenal. Dia cuma tanya kalau-kalau aku kawan kau. Aku angguk je la. Lepas tu, dia minta berikan ni pada kau." jawab Airin.
"Pelik..." tutur Airin. Kad di dalam sampul dibelek-belek. Memanggungkan pandang, Nadine memandang Airin. "Lelaki?" soal Nadine. Airin mengangguk.
"Budak Medic?"
"Rasanya tak. Tapi muka dia macam familiar la. Macam selalu ikut program budak-budak Malaysia, cuma aku tak kenal. Kau tahulah, aku mana nak ambil tahu hal budak-budak lelaki." tutur Airin. Nadine mengangguk.
Dia tahu sangat dengan Airin. Kalau pelajar-pelajar Malaysia yang ada di sini, kalau lelaki; jarang Airin nak ambil tahu. Nak kenal nama mereka jauh sekali. Kecualilah kalau tiba-tiba Airin perlu terlibat dengan apa-apa program yang membabitkan pelajar-pelajar Malaysia dan kebetulan satu kumpulan dengan Airin.
"Kau bacalah ya, aku nak keluar." tutur Airin. Nadine mengangguk.
Matanya berlari-lari dari satu ayat ke satu ayat yang lain hingga ke titik noktahnya. Menarik nafas dalam-dalam. Perlahan dihelanya. Jari telunjuknya menggosok pangkal hidung. Perlahan dia berdehem.
"Airin..." seru Nadine. "Kat mana kau jumpa dia?"
"Tadi, kat rumah Kak Zaza." tutur Airin. Nadine mengangguk. Mestilah Kak Zaza kenal mamat ni kan? Kalau dia tanya Kak Zaza atau Abang Hanif, agak-agak okey tak?
Hish! Difikir-fikirkan balik, tak ada perlunya pun dia bertanya Kak Zaza. Kalau bertanya untuk apa? Untuk ambil tahu? Atau untuk berkenalan seperti yang dikehendaki oleh si penghantar kad?
Perlahan Nadine menggeleng. Kad di tangan beralih tempat. Dari tangan kini masuk ke dalam tong sampah. Walau siapa pun lelaki yang menghantar kad itu, maaf; Nadine bukan orangnya yang sudi berkenal-kenalan dan bertaaruf begitu.
Cara memulakan hubungan juga sudah salah, jadi bagaimana agaknya hubungan itu mahu diteruskan dengan reda Allah? Perlahan Nadine menggeleng. Matanya kembali menari-nari di atas journal.
1 comment:
best...sape lh jejaka yg ingin mendekati nadine...
Post a Comment