Followers

Tuesday, October 17, 2017

Langit Cinta Syifa - Prolog I


But perhaps you hate a thing and it is good for you.
And perhaps, you love a thing and it’s bad for you.
And Allah knows while you know not. (2 : 216)


“Najla... orang yang berdosa juga masih punya tempat di sisi-Nya kan?”

“Apa maksud kau?” soal Najla pelik.

Dia mengukir senyum.

“Will you help me if I am telling you my secret?”

“Maksud kau?”

“I need someone to guide me, dan aku percaya orang tu adalah kau...” ujar Aisy. Liur ditelan terasa kesat. Perlahan, sedikit demi sedikit Aisy membuka cerita.

Dia perlukan seseorang membantunya. Dan orang itu bukan adik-adiknya. Tapi hanya Najla. Dia tahu, dia boleh percayakan Najla. Dan dia tahu, Najla boleh membantunya untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

Terlopong mulut Najla bila Aisy menamatkan ceritanya.

“Aisy....” ujar Najla lemah. Air matanya jatuh.

Aisy tersenyum.

“Aku okay, kalau kau tak boleh tolong aku. Atau kalau kau tak nak mengaku aku kawan kau...”
Najla menggelengkan kepala. Air matanya yang tumpah tadi semakin laju. “Kau ada aku Aisy...”

“Kau sentiasa ada aku.”

Aisy ukir senyum.

“Apa yang kau nak buat?”

“Aku perlu pergi...”

“Kenapa?”

“Tu satu-satunya cara untuk aku mulakan hidup baru aku.” Ujar Aisy perlahan.

“Kau yakin?”

Perlahan Aisy mengangguk. “Kau boleh tolong aku?”

Laju Najla mengangguk. “Kau sahabat aku Aisy. Sahabat apa aku ni, kalau tak boleh nak tolong kau.”
“Thanks Najla...”

No comments: