Followers

Friday, July 29, 2016

Reborn - #1


Langit menangiskan hujan yang lebat, sememangnya awan mendung sudah tidak mampu menampung bebanan air. Kepala didongakkan, bibir mengukir senyum kelat. Satu keluhan dilepaskan perlahan.

Tangan di bawa ke dada kiri. Terasa satu bebanan yang menyucuk setiap urat jantungnya. Pedih. Perit. Segala rasa bercampur baur. Rasa itu membuatkan senyuman di bibir terasa bertambah kelat.

Nafas berat dihembuskan dari celahan bibir. Sampai bila agaknya dia mampu bertahan?

Sampai bila agaknya dia harus dibebani perasaan ini? Agaknya, ini memang beban perasaan yang dirasai oleh seorang pendosa? Setiap dosa yang dia lakukan seperti mengekorinya ke setiap pelusuk alam! Sentiasa terbayang. Sentiasa rasa bersalah. Sentiasa terasa seperti diri itu seorang yang kotor!

Dia terhukum dengan dosanya!
Ya, itu yang dia rasa.

Perlahan tawa terhambur dari celahan bibir. Kalaulah dia tahu, seperit ini rasanya menjadi pendosa,
Ya, Allah simpan aibnya. Seperti mana dia mahu menyimpan semua kenangan itu kemas-kemas dalam lipatan ingatan. Tapi, beban kesalahan dan dosa itu, tetap sarat di hati. Rasa bersalah dan berdosa itu tetap mengejarnya, walau dia berkali-kali sujud memohon taubatnya diterima Allah.

Kalaulah dia tahu, menjadi pendosa itu membuatkan hidupnya gundah begini. Kalaulah dia tahu, seperit ini beban bersalah itu dia rasakan. Mana mungkin, dia mahu tewas dalam pertarungannya dengan syaitan anak cucu si iblis itu?

Mana mungkin dia mahu kalah dengan amukan nafsunya sendiri.

Allah...
Apakah seberat ini bebanannya?

Kadang-kadang,
Sesuatu yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata, cuma dapat diterjemahkan dengan air mata.

Dan tuhan,
Apakah masih ada ruang untuk insan sepertinya, kembali dan menjalani hidup seperti dulu?

Pandangan dilemparkan jauh ke depan. Satu keluhan dilepaskan perlahan.

---------------

Cerita ni, boleh anda ikuti di instagram : http://instagram.com/theceritas

No comments: