Followers

Monday, August 31, 2015

Langit Cinta Syifa 2 [ iii ]

+ Awak kat mana? Saya call tak dapat.
 
Lima belas minit mesej pesanan ringkas dihantar. Tiada sebarang jawapan dari Haziq. Lama Aisy termanggu sendiri. Sihat ke Haziq?
 
Sejak dua menjak ni, Aisy memang agak sibuk. Masa banyak ditumpukan pada tugasan. Dia terlupa langsung nak hubungi Haziq. Serius...
 
Mata terpaku pada kalendar meja. Jari membilang hari. Kalau tak salah, kali terakhir dia dan Haziq berhubung adalah...

Masya-Allah!
Hari ini dah masuk tiga minggu dia tak hubungi Haziq! Maksudnya sudah tiga minggu juga Haziq tak langsung hubungi dia.
 
Meraup wajah. Aisy mengeluh sendiri.
Apa dah jadi antara dia dengan Haziq? Hubungan apa yang mereka ada kalau mereka okey bila tidak berhubung? Bahkan Aisy sendiri tak rasa apa-apa bila Haziq tak langsung hubungi dia?
 
"Aisy... Betul kau sayang dia?" soal hati kecilnya yang paling dalam.
 
Kenapa ya, hubungan dia dan Haziq dah berubah hingga ke tahap ini? Hubungan mereka berubah seratus lapan puluh darjah. Perhubungan bukan sepatutnya begitu - kan?

Dalam perhubungan sepatutnya ada komunikasi dua hala. Tapi apa yang berlaku antara dia dan Haziq sekarang? Seperti Haziq dengan diri dan urusannya, dan dia seperti sendiri dengan diri dan urusannya sendiri?

Sejak bila Aisy? Sejak bila?
Dan sejak bila kau selesa untuk uruskan diri sendiri? Bergerak sendiri? Buat hal sendiri? Dan selesa tanpa ada sesiapa yang ambil peduli tentang diri sendiri?
 
"Barangkali dia sibuk..." tutur Aisy.

Mata dipejamkan. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia cuba merasionalkan diri.
If you love someone, trust him! Dalam hubungan perlu ada kepercayaan, tapi bukanlah kepercayaan yang membabi buta. Selagi tak ada bukti apa-apa Aisy...
 
"He might be busy Aisy..." Dia memujuk hatinya sendiri.
Mata menjeling telefon bimbit. Detak rasa dalam hati kurang enak. Kenapakah? Apa mungkin rasa kurang enak itu, memang kerana Haziq?
 
 
"___________________"
revamp BLS