Followers

Saturday, May 5, 2018

Imperfect US

So what if life isn’t perfect? It’s not jannah.”
- Nouman Ali Khan

Keluar dari rumah, Aisy melangkah tanpa hala tuju. Berkali-kali dia menepuk dahi, geram dengan diri sendiri. Mana tidaknya, entah apa yang ada dalam fikirannya entah. Boleh pula dia tempah tiket ke Greece ketika cuti hari pekerja – 1 Mei?

Hancur segala perancangan kononnya nak memanjat ke puncak Acropolis dan melawat sekeliling tujuh tapak arkeologi terkenal greek. Cadangnya, dari pagi sampai ke petang; dia mahu melawat dari Acropolis ke Ancient Agora, Handrian’s Library, Roman Agora, Kerameikos, Archeological site of Lykeion dan juga Temple of Olympian Zeus.

Tapi, gara-gara tak studi dengan terperinci – sehari yang ada di Athens terbazir begitu saja. Mahunya tidak, muzium banyak yang tutup. Tak banyak tempat yang boleh dia lawati. Demi nak menyedapkah hati, dia tetap menapak ke Acropolis. Bukan apa, saya nak tengok pemandangan Bandar Athens dari Areopagus yang berketinggian 115 meter dan terletak antara tiga bukit iaitu Acropolis, The Pnyx dan Kolonos Agoraios.

Dari atas puncak Areopagus atau rocky outcrop yang tercipta dari batuan-batuan yang timbul dari dasar bumi ini dia akhirnya dapat menikmati pemandangan keseluruhan bandar Athens. Di sinilah kononnya dulu, Dewa Ares iaitu Dewa Perang, pernah diadili oleh para dewa lain atas pembunuhan yang dilakukan ke atas Alirrothios, anak kepada Dewa Poseidon.

Bukannya host dia, Yana tidak mencadangkan dia ke tempat lain. Tapi dia membuat keputusan untuk lebih dulu ke Acropolis sebelum berjalan-jalan ke tempat lain.

“It’s close today.”

Aisy mengangguk. “Yeah, but at least there is not much people there and I can see the view of Athens peacefully.”

“A part of that, I can now see the view of Areopagus; whether it is the same as been written by Aeskhilus in his book Eumenides.”

“You read his books?”

Aisy tersenyum. Perlahan dia mengangguk.

“Where are you planning to go after that?”

Aisy angkat bahu. Dia tidak pasti sebenarnya. Rencananya, dia mahu melawat tempat bersejarah di Athens sebenarnya, selain ke muzium. Tapi nampaknya...

“Perhaps, you would like to see Parliament of Greek? You can see the ” soal Yana; hosnya yang berbangsa Greek.

Aisy mengangguk. “Sure! How can I go there?”

Yana mengeluarkan peta laluan keretapi sambil menunjukkan arah yang harus dia ikut sekiranya dia mahu ke Acropolis. “Here..” tunjuk Yana, ke atas peta. “..is Agios Eleftherios.” Ujar Yana sambil memandang wajahnya.

Aisy menganggukkan kepala. “The train station?”

“Yes, the tram station that you stop yesterday; its called Agios Eleftherios.”

“From here, you have to take tram to Monastiraki station and change to Syntagma Square. From Syntagma to Hellenic Parliament is about 1 minute walking distance.” Ujar Yana.

“Can I take a picture of this?” soal Aisy.

Yana mengangguk.

Telefon, dikeluarkan dari dalam poket keluar dan laju saja satu snap diambil sebelum dia membulatkan tempat yang harus dia tuju.

Kaki melangkah terus. Sesekali dia berhenti bertanya orang di mana arah Parlimen Hellenic yang terletak di Istana DiRaja Lama. Semalam, sebelum tidur; sempat lagi dia membuat sedikit kajian berkenaan Presidential Guard yang dianggotai oleh unit infantri yang mengawal Tomb of the Unknown Soldier dan Kediaman Presiden di Greek.

Tambah menarik, unit infantri ini adalah unit terakhir daripada unit elit yang dikenali sebagai Evzones dari Tentera Hellenic. Tambah menarik, kerana mereka mengenakan pakaian tradisional Evzones yang dikenakan oleh klepth atau golongan perompak yang anti kepada kerajaan Ottoman ketika era Perang Kemerdekaan Greek.

Sebaik saja melintasi jalan raya, pandangan mata Aisy menangkap ukiran Tomb of the Unknown Soldier yang dilihat di dalam gamabr semalam. Pandangan matanya menangkap kelibat dua tentera keselamatan elit yang sedang membuat kawad kaki dengan pakaian tradisional Greek.

“Comelnya...” sepatah Aisy bersuara. Matanya bersinar melihat kelibat tentera yang sedang berkawat kaki dengan mengenakan baju berwarna putih yang dan topi Farion yang dibuat dari bulu berwarna merah lembut dengan hiasan jumbai yang diperbuat dari sutera.

Baju putih dengan hiasan fermeli di dada, dan lengan besar yang berjurai yang dipanggil Ypodetes serta Foustanella yang diperbuat dengan menggunakan lebih tiga puluh meter fabrik dan lebih empat ratus pleat membuatkannya kelihatan seperti skirt!

Bunyi hentakkan kaki yang kuat membuatkan mata Aisy terfokus pada gerak langkah kaki tentera yang sedang berkawad.

“What is that shoes called?” soal Aisy.

“It’s Tsarouchia shoes of the Evzones weigh over three kilograms and feature at least 60 nails on the base of the shoe which simulate the sound of battle during the movement of the Evzone.” Terlopong Aisy bila mendengar penerangan pegawai tentera yang berdiri di dataran.
“And the sound is came from the nails?”

Lelaki itu mengangguk.

“Do you see the toe of the Tsarouchia?” tanya pegawai tentera yang ada di situ.

Aisy mengangguk. Pandangan matanya memerhati hujung kaki pegawai tentera yang sedang berkawat di depannya.

“The toe of the Tsarouchia is pointed upwards and covered by a black silk pom pom which is hand cut to shape. The base of the shoe is made from cowhide and over 300 hand stitches are required to hold each shoe together. The Evzones wear two pairs of Periskelides made by woollen stockings on each leg which are held up by the Epiknemides or silk garters with tassel.”

Untuk seketika, Aisy kagum. Lama dia diam memerhati. Kamera yang tadinya dalam pegangan sudah tergantung di bahu. Tepukan di bahunya, mengejutkan Aisy.

“Can you help us to snap our picture?” soal pasangan di sebelahnya. Aisy mengangguk.

Kamera bertukar tangan, lensa difokuskan ke arah pasangan yang sedang tersenyum dan saling memeluk pingang masing-masing. Beberapa klik, dia siap mengambil gambar.

Nafas ditarik dalam-dalam. Satu keluhan dilepaskan.

Untuk seketika, ingatannya kembali kepada Qayr.

“Qayr, jom pergi Athens.” Ujar Aisy. Pandangan ditoleh pada Qayr yang sedang duduk disisinya. Tangan Qayr masih lagi mengusap rambutnya sambil pandangan mata lelaki itu tetap tertumpu pada rancangan Air Crush Investigation.

“Bila?” soal Qayr. Fokusnya masih juga sama – tv.

“Sekarang. I book tickets and hotel, nak tak?”

“Sayang...”

“Kenapa? You’re free the whole week, right? I nampak jadual dalam your planner.”

Qayr terdiam. Memang dia mohon cuti selama 3 hari pada minggu hadapan. Tapi, dia dah berjanji dengan Farah untuk ke kenduri kahwin anak buah isterinya. Postur duduk Qayr ditegakkan. Pandangan dialihkan ke wajah Aisy.

“I balik kampung sayang. Niece Farhah kahwin.” Ujar Qayr.

Aisy diam. Pandangan mata Aisy dikalihkan ke tv. Tidak lagi terfokus pada Qayr.

“Sayang...I janji, nanti kita honeymoon di Greece. You suka Santorini dan Athens, kan?” Tangan sasa itu membelai rambutnya dengan lembut. Hentakkan kaki keempat-empat pegawai tentera unit infantri, kembali mengejutkan Aisy. Kelihatan dua pengawai tentera yang baru tiba tadi, mengambil tempat dua pengawal yang tadinya membuat kawad kaki perlahan.

Shit!

Dia terlepas pertunjukkan. Semuanya gara-gara dia terkenangkan Qayr! Perlahan kanannya menepuk dahinya beberapa kali.”Stupid!” ujar Aisy perlahan.

Belok ke kiri, Aisy kembali melangkah tanpa hala tuju. Dia hanya mengikut langkah kakinya. Ingatannya masih pada Qayr. Air matanya mengalir perlahan.

Tipulah, kalau dia mudah untuk mengambil keputusan meninggalkan Qayr. Mereka sudah lebih sebelas tahun bersama, bila Qayr tiba-tiba memaklumkan dia yang Qayr bakal berkahwin dengan pilihan orang tuanya.

Ingat mudah untuk dia lupakan Qayr?
Ingat dia tak cuba untuk pergi tinggalkan Qayr?
Setiap kali dia melangkah dari hidup Qayr, setiap kali dia menyepi; setiap kali itu juga Qayr datang dan merayu dia. Dan akhirnya? Dia seperti kebanyakan perempuan bodoh, tunduk pada cinta.
Mengingati Qayr, air mata Aisy selalu jatuh.,

“Stupid!” bebel Aisy. Sekali lagi tangannya menampar dahinya bertalu-talu.

Kenapa harus dia ingat lelaki itu lagi?
Bukan ke dia nak mulakan hidup baharu? Buka buku baharu?

“Ah, bodoh! Stupid! Idiot! Kenapa sejauh ini pun aku masih ingatkan lelaki itu?! Cukuplah Aisy. You’ve made your decision, sekarang ini jalani sahaja semuanya. No regret, remember that Aisy!” Bebel Aisy sendirian. Perut yang lapar membuatkan dia menoleh ke kiri dan kanan, mencari cafe yang boleh dia jengah. Mulut Aisy terkumat-kamit mengutuk dirinya, tanpa dia sedar; gerak gerinya sebenarnya menarik perhatian seseorang.

Melintasi Healthybites, langkah kaki Aisy terhenti.

“Tu bukan vegan cafe ke?” soal Aisy.

Dia kembali berpusing, matanya memandang nama cafe yang pintu masuknya berwarna hitam.

“Healthybites, organic + vegan bistrot.” Tutur Aisy.

Hah betul la ni!

Kaki menapak masuk ke dalam. “Hello... good day..”

Aisy mengangguk. “Good day...” tutur Aisy sambil memerhatikan hidangan yang ada.

“Is this alcohol and meat free?”

“We only offered organic and vegan food and surely free alcohol.” Ujar lelaki di depannya.

Aisy tersenyum. “Can I have this?” ujar Aisy sambil menunjuk ke dalam hidangan yang kelihatan seperti terung, kentang dan tomato. “How about drinks?”

“Can I have a drinking water as well as organic cranberry, please?” soal Aisy.

“Have a seat first, we will send the food later.” Ujar lelaki di depannya. Aisy mengangguk.

“I’ll be seating outside.” Ujar Aisy sambil melangkah ke arah meja dua kerusi yang kosong. Air tin organic cranberry dan mineral water diletakkan di atas meja. Cermin mata hitam ditanggalkan. Tubuhnya disandarkan ke kerusi.

“Mind if I join you?” sapa satu suara.

Aisy memanggung pandang, "Sorry?" “Boleh saya join awak?” soal lelaki itu dalam bahasa Melayu.

Aisy mengerutkan dahi. “Sure..” ujar Aisy mengangguk perlahan. Lelaki di depannya itu menarik kerusi dan melabuhkan duduk.

“Seorang?”

“Taklah, bertiga.” Ujar Aisy.

Lelaki itu ketawa. “Dengan imaginary boyfriend?”

“Taklah. Dengan malaikat Roqib dan Atib.” Balas Aisy selamba.

“Kalau macam tu, kita berenamlah sekarang.”

“Pardon me?”

“You and your two angel with me and my two angel as well.” Ujar lelaki itu.

Aisy senyum.

“Daryl...” ujar lelaki di depannya.

Aisy kerutkan dahi.

“Sorry?”

“Nama saya Daryl. Awak?”

Lelaki di depannya, Aisy tengok kecik-besar-kecik-besar. Kenal tidak, apa tidak; tapi terlebih peramah datang tegur dia – kenapa entah? “Hello...” ujar lelaki di depannya lagi.

“Sorry?”

“Saya Daryl, awak?”

“Excuse me, your order miss...” sapa si gadis manis berambut perang yang membawakan makanan yang dipesannya tadi.

“Thank you.” Ujar Aisy. Pandangannya tertumpu pada makanan. Perutnya dah berkeroncong minta diisi. Laju, Aisy angkat tangan; baca bismillah dan doa makan sambil terus menyuapkan makanan ke mulutnya terus.

Bukannya dia tak dengar soalan lelaki di depannya tu. Dia dengar. Cumanya, dia bukan dalam mood untuk berbual. Tambahan tadi, bila ingatan tentang Qayr kembali datang.

Daryl jungkit bahu. Tak pe, jual mahal ye cik adik. Memang patut pun cik adik manis di depannya ini jual mahal. Barulah dihormati., Iyalah, takkan jumpa lelaki entah siapa-siapa nak bersikap peramah. Agaknya, itulah sebabnya ramai Malaysian yang ke luar negara; tiba-tiba je jadi sombong tu ya?

No comments: