Followers

Friday, May 19, 2017

Kembara Bonda Anakanda : Jordan - Turki - Athens - Rome - Turki


Rencana untuk backpack ke Europe ini dah dibuat sejak bulan 12. Rancangan awalnya, backpacking cuma ke Turki selama dua minggu. Tak langsung melibatkan Rome dan Athens. 

Dari kembara yang dirancang untuk bulan March kerana ingin melihat keindahan Tulip, akhirnya berubah hingga akhir April atas beberapa halangan. Tiket penerbangan dan tempahan penginapan cuma dibuat pada akhir bulan Mac dan April secara berperingkat. 

Jadi, asalnya kembara yang sepatutnya menjadi kembara secara backpacking dan menjimatkan duit, ini berubah disebabkan pembelian tiket secara last minute. Walau bagaimanapun, setelah mengira kos untuk kami bertiga selama 18 hari backpack, jumlah itu adalah amat berpatutan. 

Perhatian : Anda akan dapat menjimatkan wang yang lebih seandainya anda membuat tempahan awal untuk penerbangan dan penginapan.

Kembara secara solo atau bersama dengan rakan-rakan seusia adalah berbeza dengan mengembara bersama orang tua. Terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan. Tambahan pula seandainya anda memilih untuk mengembara secara sendirian dan tidak menggunakan khidmat travel agent. 

Untuk saya personally, sememangnya ia benar-benar mencabar capabilities saya dari segi mental, fizikal dan juga kesabaran.

Kembara saya ke Turki bermula pada 28hb April sehingga 15hb Mei. 
Dan alhamdulillah, saya merasakan kembara bersama bonda adalah sesuatu yang sangat menarik dan perlu untuk diulang lagi. After all, itu antara kenangan manis yang akan saya bawa hingga ke akhir hayat.

Dalam entry-entry yang bakal saya tulis, saya akan pecahkan kepada persediaan yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas kembara. Dan apa pentingnya semua ini. 

Untuk diri saya sendiri, saya memilih untuk mengembara sendiri dan tidak menggunakan travel agent sementelah adik saya belajar di Turki. Makanya, saya membuat sedikit research dan pembacaan tentang bagaimana mahu bergerak ke tempat-tempat yang ingin saya lawati dan The Do's and Don't. 

Makanya, saya kira; ada baiknya kalau entry penulisan ini ditulis sedikit sedikit bagi mengelakkan anda yang membaca terasa penat dan saya yang menulis merasakan tulisan ini terlalu panjang sehingga saya sendiri tak nampak ke mana hala tuju penulisan.

Apa yang saya lakukan sebelum saya terbang ke empat negara di atas?
1. Buat semakan cuaca untuk kawasan yang bakal dilawati. 
2. Buat semakan tentang public transport dan cara untuk akses ke satu-satu bahagian tempat yang bakal kita lawati.
3. Siap siaga dengan travel insurans sebagai persiapan seandainya berlaku sebarang kemungkinan ketika kembara.
4. Siap sedia dengan perubahan jadual yang bakal berlaku secara tiba-tiba. 

Dan ya, 
Saya perlu mengubah jadual yang saya buat disebabkan oleh beberapa perubahan yang tidak terjangka. 

Apa pun, lesson learnt dan saya enjoy dengan perubahan yang saya alami. Dan ya, kembara yang saya ikuti ini sememangnya menggunakan public transportation sepenuhnya.

No comments: