Followers

Friday, May 19, 2017

Kembara Bonda Anakanda - Beza Mengembara Bersama Orang Tua


Beza mengembara sendiri dan mengembara secara backpack dengan membawa ibu, terdapat banyak perkara yang harus kau pertimbangkan. Tahu apa?

1. Tempat tinggal
Ya, tempat tinggal. Kau tak boleh nak bajet sangat dengan tinggal di hostel dengan bayaran semalam 20-30€ semalam.

2. Makanan
Bila travel sendiri, kau boleh nak makan style bajet. Makan maggi ok. Makan roti ok. Makan makanan dalam tin ok. Tapi bila bawa ibu yang dah berusia 66 tahun seperti aku, yang lidahnya lidah Melayu Asli; memanglah aku tapau banyak nasi instant pak Brahim. Cumanya, aku tak sempat ke kilang Brahim dan terpaksa beli di Tesco. Memanglah mahal sedikit berbanding beli di kilang.

3. Pengangkutan
Bila travel dengan warga emas, kita kena sentiasa memikirkan cara pengangkutan yang mudah. Untuk orang muda, tak ada masalah. Nak jimat, boleh je kau jalan kaki berbatu-batu untuk ke satu-satu tempat. Tapi bila bawa warga emas, kau kena fikirkan cara pengangkutan yang tak membebankan mereka. Ingat, stamina mereka tak sekuat kita.

4. Perubahan jadual
Ya, kadangkala kau dah siap dengan segala itinerary lengkap. Tapi itinerary kau mungkin akan berubah secara tiba-tiba sebab bergantung dengan kondisi orang tua kau.

Tapi the best thing yang kau dapat dari backpack kau dengan orang tua kau,

i. Bonding session
Percayalah, setiap hari kau selalu sibuk dengan kerja. Pergi pagi balik malam. Orang tua kau, kekadang tak sempat pun kau nak tegur atau dengar luahan dia. Masa travel ni la, kau dapat dengar luahan dia. Cerita dia.

2. Berbakti
Ya, masa ni kau dapat berbakti pada dia. Beg dia yang berkilo-kilo bebannya tu kau pikul. Bila kaki dia penat dan sakit, kau kena sapukan minyak kau kena urut untuk hilangkan cramp kaki tua tu.
Bila dia cakap dia dahaga, there and then kau pergi cari air untuk dia. Bila dia mengadu sakit, immediately kau nak bawa dia jumpa doktor. Sedangkan waktu hari-hari biasa, kau mungkin tak mampu buat benda yang sama. Sebab kau terlalu sibuk sampai terlupa nak beri perhatian pada orang tua kau.
Sebab?
Prioriti kau pada benda lain sampai kau harap dia faham kau, tapi kau tak cuba nak faham dia dan attention yang dia cari dari anak-anak dia. Cuba renung balik, betul ke tidak?

No comments: