Followers

Thursday, January 12, 2017

Ayahku; Guruku; Sahabat terbaikku.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkan seorang wanita yang pernah kami tumpangi rahimnya 9 bulan 10 hari lamanya.
Wanita itu telah melahirkan kami hingga koyak isinya Ya Allah,
Luka kulitnya Ya Allah,
Bercucuran air matanya menahan sakit dan derita,
Itulah ibu kami Ya Allah,
Demi al-Quran yang kami baca kami tadi,
Keberkatannya, ampunkan ibu itu
Ampunkan ibu yang tidak pernah kenyang makan minumnya kerana mengenyangkan kami,
Ampunkan ibu yang tidak pernah tidur lenanya kerana menyenyakkan tiduran kami,
Ampunkan ibu yang tidak berkisah langsung dengan sihat sakitnya kerana menjaga kebajikan kami,
Ampunkan ibu mulia sungguh dirinya, sudi membasuh dan mencuci kotoran dan najis kami,
Tidak pula dia mengungkit dan bersungut ya Allah,
Ampunkan ibu yang tangan lembutnya selalu mengusap rambut dan juga wajah kami,
Hari ini wajahnya nampak urat-urat tua yang memamah dirinya,


Ya Allah ampunkan pula,
Seorang lelaki yang dibin-bintikan nama kami dengan namanya,
Itulah ayah kami Ya Allah
Manusia yang mengajarkan kami Ashhadu Alla Illaha Illallah, Ashhadu Anna Muhammadar Rasullullah
Dengannya kami kenal ketegasan di dunia ini
Kami kenal peraturan dan manhaj hidup ini Ya Allah
Kami kenal engkau tuhan kami
Kami kenal nabi-Mu utusan-Mu Ya Allah
Kami kenal bahawa akidah yang sebenarnya mesti dipegang hingga akhir hayat kami Ya Allah
Ya Allah ampunkan ayah yang kami selalu tidak memahami dirinya
Ampunkan ayah yang air matanya hanya untuk-Mu
Resah gelisahnya diceritakan hanya pada-Mu
Rahsianya hanya Engkau yang tahu
Ampunkan ayah yang bertanyakan khabar melalui lisannya ibu
Yang menghulurkan wang saku melalui lembutnya tangan ibu
Yang selalu memandang kami
Ketawa kecil tersenyum lebar dari jauh
Tetapi apabila didekati wajahnya tegas mendidik kami
Hingga hari ini pabila kami menjadi ayah ibu
Kami baru mengenali itu ayah sebenarnya Ya Allah


Ya Allah andai kata mereka berdua masih ada
Engkau sihatkan mereka panjangkan umur mereka dalam kebajikan dan kewarasan ya Allah
Tambahkan padanya ketabahan dan keimanan dan ketakwaan Ya arRahman Rahimin
Andai kata Engkau ingin ambil dia, mereka berdua dari kami
Jangan Engkau sakiti mereka
Jangan sakarat itu membebankan mereka Ya Allah
Seperti mereka selalu mendodoikan kami,Ya Allah
Lembutkanlah urusan itu, Ya Allah.


Andai mereka telah pergi bertemu dengan-Mu,
Lapangkan kuburan mereka.
Pindahkan mereka dari kegelapan liang lahad ke dalam syurga-Mu yang luasnya tidak terperi.
Kurniakan mereka nikmat yang abadi.


Rabbana taqabal minna innaka antas sami’ul ‘alim
Wa tub Alayna ya maulana innaka antat tawwabur Rahim
Wassalahu ‘alanabina Muhammadin
Wa’ala alihi wasahbihi ajmain


Rabbana taqabal minna innaka antas sami’ul ‘alim
Wa tub Alayna ya maulana innaka antat tawwabur Rahim
Wassalahu ‘alanabina Muhammadin
Wa’ala alihi wasahbihi ajmain

Walhamdulillahirrabil ‘alamin

No comments: