Followers

Friday, June 10, 2016

Ayah...

It's ramadan.
And its awkward.

Kau tahu,
Benda yang dulunya biasa pada kau. Tapi menjadi benda yang paling kau rindu.
Itu yang aku lalui.

Aku rindu pada wake up call ayah.
Aku rindu pada ayat ayah, "Anak manja ayah dah bangun?"
"Anak manja ayah makan apa hari ini?"
"Pandai pun anak ayah masak."

Aku rindu pada tu.
Aku rindu pada soalan demi soalan ayah.
Aku rindukan memandu ayah keluar mencari makanan berbuka.
Aku rindu nak bukakan pintu untuk ayah.
Aku rindu nak angkat kaki ayah, ketika ayah masuk dalam kereta.
Aku rindu nak angkat kaki ayah, bila ayah nak keluar dari kereta.
Aku rindu nak sabunkan badan ayah. Nak shampookan ayah.
Aku rindu nak ambilkan wuduk untuk ayah.
Aku rindu suara taranum ayah.
Aku rindu suara marah ayah.
Aku rindu ayah.

Anak yang mandiri itu.
Sebenarnya punya satu hati yang lembut.
Aku keras. Tapi aku sebenarnya punya hati yang lembut dan sensitif.
Aku kehilangan.

Dan kehilangan ayah tu, buat aku keseorangan terus.
Aku rindu nak dengar ayah panggil nama aku.
Panggil la kakak berkali-kali.
Kakak okey.

Kalaulah kakak tahu perpisahan begini menyakitkan.
Kakak akan jadi anak yang lebih baik pada ayah.
Dan manusia itu memang tak pernah sedar dan menghargai ketika wujudnya seseorang didepannya.
Mereka hanya sedar bila sesuatu telah diambil darinya.

Dan Ya Allah,
Ayahku itu telah lama menderita sakit Ya Allah.
Dia sudah banyak diuji dan tak pernah sekali pun dia mengeluh Ya Allah.
Kau bahagiakanlah dia dalam rehatnya yang panjang sebelum hadirnya hari kehakiman-Mu Ya Allah.
Kau jadikanlah barzakh itu satu dari taman syurga untuknya Ya Allah.
Kau lorongkanlah aku jalan, agar aku menjadi anak yang memberikan saham syurga Ya Allah.
Ampunkanlah dosa ayahku Ya Alah.
Sayangilah dia seperti mana dia menyayangiku Ya Allah.

Ramadan ni,
Tak sama tanpa ayah.
Dan tak akan pernah sama dan selesa tanpa ayah di sisi.

No comments: