Followers

Monday, February 1, 2016

Termenung panjang

Pulang ke kampung.
Sebaik kaki memijak ke dalam rumah. Aku cari kelibat ayah di setiap ruang rumah.
Aku merasakan kehadirannya.
Tapi dia tiada di depan mata.
Aku sedar, dia bukan lagi disisiku.

Demi Allah,
Aku rindu ayah.

Setiap benda yang aku buat.
Aku selalu bertanya pada diri aku.
Akan celakakah ayah dengan tingkahku, jika aku khilaf?
Akan ditanyakah ayah oleh Allah, akan salahku.
Demi Allah,
Ayah sudah berikan aku didikan yang terbaik.
Dan aku hanya inginkan yang baik-baik sahaja untuk ayah.

Aku rindu ayah.
Ketiadaan ayah membuatkan aku jadi semakin keras.
Keras mempertahankan hak aku dan adik-adik.
Keras mempertahankan hak emak.
Aku anak sulung yang ayah tinggalkan.
Yang harus mempertahankan hak yang ayah tinggalkan.

Seperti kataku pada emak.
"Yang tua tak semestinya benar, yang muda tak semestinya salah."
"Tanggungjawab yang muda untuk tegur yang tua, kalau si tua berbuat khilaf."
"Kebenaran dan keadilan perlu diletakkan pada haknya. Ada bahagian kami dalam permintaan mereka. Dan mereka lupa, kami ini anak yatim yang ayah tinggalkan."
"Kakak anak ayah yang belum berkahwin. Tanggungjawab mereka untuk menjaga kakak selagi mana kakak belum berkahwin. Kakak adalah waris ayah. Mereka harus ingat tu..."

Demi Allah...
Benda yang aku lakarkan dalam tulisan aku.
Tak pernah aku fikir akan kembali pada diriku.
Maka akulah si Khalida itu.
Yang harus mempertahankan hakku.
 Menegakkan keadilan untukku.

Aku anak yang ayah besarkan.
Untuk mempertahankan apa yang aku percaya.
Moga andai ini khilafku,
Jangan ayah terpalit dengan dosaku.

Dan mereka sedar,
Dan meletakkan keadilan pada tempatnya.

No comments: