Followers

Friday, January 15, 2016

Menulis

Aku pernah terfikir untuk berhenti terus dari menulis.
Tapi sepanjang aku tunggu ayah di hospital, aku keluarkan laptop dan menulis sambil sesekali aku monitor ayah yang sedang tidur dan sesekali terjaga kesakitan.

Dan ayah,
Kalaulah dengan aku menulis ini,
Ada pahalanya yang boleh aku kongsikan denganmu.
Aku akan teruskan untuk menulis.
Hanya itu yang mampu aku berikan dan sedekahkan padamu.

Ayah,
Aku akan terus menulis.
Kerana kau tak pernah berhenti dari terus menyokongku.

Buat anda yang membaca,
Andai ada khilaf saya dalam tulisan.
Saya mohon, tegurlah saya.
Kerana saya ingin memberikan sesuatu yang terbaik yang menjana saham akhirat buat saya dan buat saya sedekahkan buat ayah.


Regards,


Diya

No comments: