Followers

Saturday, January 23, 2016

ayah

Setiap kali jari mula menulis.
Setiap kali aku berhenti.
Aku rasa kosong.

Aku renung wajah ayah.
Aku rindu dia.

Ayah..
Setiap hujung solat.
Setiap kali tangan ditadah.
Setiap kali air mata aku berlinang.

Aku rasa kosong.
Aku rasa kehilangan.
Setiap kali bercakap tentang ayah.
Setiap kali air mata aku laju berlinang.

Aku anak manja ayah!
Anak yang setiap kali balik ke kampung, ketiak ayah yang aku cari!
Tubuh ayah yang aku peluk!
Pipi ayah yang aku cium.

Aku anak itu.
Anak yang selalu tiap usai mandi, mengheret tuala dengan sikat untuk disuakan pada ayah.

Aku anak yang merengek pada ayah.
Nak makan itu dan ini.
Aku anak yang jiwanya lembut walau keras luaran.
Aku anak yang memendam rasa.

Ayah...
Ayah...
Ayah...

Tak pernah terbayang dalam fikiran, aku akan hilang ayah.
Tak pernah terbayang dalam fikiran, hidup aku tanpa ayah.
Tak pernah terbayang dalam fikiran, aku akan mandikan ayah.
tak pernah terbayang dalam fikiran, aku akan solatkan jenazah ayah.
tak pernah terbayang dalam fikiran, aku akan hantar ayah ke kubur.
tak pernah terbayang dalam fikiran, aku akan menangis setiap hari.
Aku dah terlalu selesa dengan adanya ayah.
Hinggakan bila ayah tiada.
Aku rasa kosong.

Aku anak manja ayah.
Yang setiap hari akan telefon ke rumah.
Setiap pagi.
Setiap waktu lunch.
Setiap petang dalam perjalanan pulang.
Setiap malam.

Ayah...
Aku rindu ayah.
Aku sangat-sangat rindu ayah.

No comments: