Followers

Monday, December 7, 2015

DIA yang aku CINTA?


Demi Allah!

Kalau dulu ditanyakan pada dia. Apa itu cinta? Dia cuma tahu satu - cinta antara lelaki dan wanita!
Cinta antara Adam dan Hawa!

Alangkah bodohnya dia! Tidak mengerti apa sebenarnya cinta. Walhal cinta itu; adalah rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Cinta itu;
Ertinya mahu membahagiakn seseorang yang kita sayang!
Mahu memenuhi apa saja yang dia inginkan!

Cinta itu,
Ertinya; kita cuba sedaya upaya untuk tidak mengecewakan dia!
Kita mahu sentiasa membanggakan dia!
Kita cuba menjadi yang terbaik demi dia!
Ya.
Itu maksudnya cinta!

Tapi dia bodoh bila dia sebenarnya mengecilkan cinta itu pada satu skop yang paling kecil.

Bila semakin jauh dia pergi;
Semakin ramai orang yang dia kenal. Semakin luas pergaulannya, semakin banyak pengalamannya, barulah dia mengerti satu perkara.

Apa saja yang kita lihat, akan diinterpretasikan menerusi pemahaman kita.
Semakin luas ilmu; semakin besar definasi cinta yang kita lihat.

Masya-Allah,
Subhana-Allah.
Alhamdulillah!

DIA memberikan ruang itu padanya. Untuk mengenal apa itu cinta!
Menjadi si pengejar cinta itu; rupanya sangat memenatkan! Tapi bila kita memahami erti cinta yang sebenarnya; cinta itu rupanya sangat bermakna!

Ya rabb,
Terima kasih; kerana mengenalkannya dengan apa yang namanya - CINTA.

No comments: