Followers

Sunday, May 11, 2014

#Break

Salam'alayk...

Lama terfikir, apa yang ingin dinukilkan di blog ini?
Kembali menata cerita, atau sekadar meluahkan rasa?
Akhirnya, jemari laju menaip bait-bait tulisan ini.

Pada yang menjengah, dan mengharapkan entry.
Maaf...
Saya belum lagi mahu menggerakkan entry.
Sekarang masih dalam mood editing.
Dan saya, masih lagi berdebar-debar dengan peneriman DDPBL atau DDBL.

Kenapa?
Barangkali kerana novel itu punya maknanya pada saya.
Kerana itu cinta hati saya yang membawa saya pada saya yang hari ini.

Kerana dari tulisan itu,
Lahirlah tulisan-tulisan yang sekarang.

Dan...
ketika tulisan itu saya nukilkan 10 tahun yang lalu, usia saya kala itu baru 20 tahun.
Ya,
DDPBL itu, saya nukilkan ketika saya baru berusia 20 tahun.
Kata cik kembar,
Saya matang sebelum waktunya.
Tulisan saya jauh ke depan sebelum saya melewatinya.

Kata saya,
Barangkali; membesar sebagai si sulung;
Dari anak yang semuanya lelaki.
Saya diajar hidup berdikari.
Memandu dari utara ke selatan seorang diri bukan perkara luar biasa buat saya.
Naik turun bas ke mana-mana,
Bukan yang luar biasa buat saya.
Bahkan,
Backpacking ke mana-mana juga,
Tiada halangan buat saya.

Oh,
tulisan saya; barangkali bukan tulisan yang digemari ramai masa kini.
Tulisan saya,
Bukan kategori chicklit.
Bukan kategori pop.

Saya lebih gemar menulis sesuatu yang berpaksikan kekeluargaan.
Kenapa?
Barangkali kerana,
Saya dibesarkan untuk rapat dengan emak dan ayah.
Untuk rapat dengan adik beradik.

Saya dibesarkan,
Dengan cara ke mana-mana mesti dengan emak dan ayah;
Jika saya di rumah.
Keluar cuma untuk hal-hal penting.
Menonton wayang dengan adik-adik, sesekali dengan kawan-kawan atau sendiri.

Jadi,
cerita kekeluargaan itu lebih dekat dengan hati saya.
Saya tidak pandai menukilkan kisah cinta.
Dan saya; selalu rasa janggal bila mahu menukilkan sesuatu yang kurang sesuai.

Sesekali pernah saya bertanya. Untuk apa aku menulis?
Mahu dikenali?
Mahu kaya?
Mahu glamor?

Hakikatnya,
itu bukan jawapan kepada setiap soalan - kenapa aku menulis.
Dan itu bukan jawapan kepada kenapa ALLAH berikan saya bakat ini.

Saya bukan pelajar yang A scorer dalam Bahasa Melayu.
Saya bukan pelajar yang bagus dalam penulisan.
Saya pelajar yang selalu tidur kalau dalam kelas bahasa.
Saya pelajar yang selalu diugut cikgu - akan diadukan result saya pada ayah kalau tidak mencapai target yang dia tetapkan!
Dan untuk guru-guru itu,
Andai mereka tahu - siapa saya hari ini.
Pasti mereka jatuh rahang!
Atau paling-paling; mereka akan berkata : tak sia-sia awak di denda!

Seseorang pernah menyedarkan saya.
Apa saja pemberian ALLAH itu, ada sebabnya.
Pemberian itu akan DIA tanya, bila kita dipertemukan dengan-Nya nanti.

Jadi itu membuatkan saya berfikir.
DIA memberikan saya kelebihan ini.
Jadi; pasti soalan-Nya pada saya nanti, untuk apa dan dijalan apa bakat ini bakal saya gunakan.

Pada yang membaca setiap tulisan saya.
Tegurlah tulisan saya bila ada khilafnya, agar saya tidak terus sesat dalam menyesatkan sesiapa yang membaca.
Kalau ada yang buruk pada tulisan saya, buanglah jauh-jauh. Agar anda tidak tersesat dalam keburukan itu.
Tapi kalau ada kebaikan, ambil la kebaikan itu.

Insya-Allah,
Dua minggu mulai sekarang,
Saya akan mulakan dengan tulisan dan projek baharu.

Insya-Allah,
Naura Untuk Dar'aa (tajuk sementara) dan juga Pelangi Tujuh Warna.
Doakan saya.

Oh,
Sebelum terlupa.
Pada yang membeli tulisan-tulisan saya,
Yang membaca tulisan-tulisan saya,
Yang bertemu di PBAKL atau tidak.
Terima kasih.

Kalau ada yang tersua di mana-mana,
Kalau ada yang menegur dan saya tidak kenal, maafkan saya.
Saya terkadang, sedikit lambat mengenal orang.
Justeru,
Kenalkanlah diri kepada saya.
Insya-Allah; saya barangkali lebih kenal nama anda dari wajah anda.
Oh maaf..
Terkadang, saya punya masalah dengan memori dalam mengingati orang. Barangkali; terlalu banyak makan semut :)

Salam sayang,

Diya Nordin

No comments: