Followers

Sunday, January 12, 2014

REVIEW BUKU | AHMAD AMMAR ; Sati Kematian Yang Hidup; Legasi 1993-2008


Author : Mejar (B) Mohammad Qayyum A.Badaruddin
Publisher : Casamas Resources Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5994-12-8
Harga : 
Semenanjung : RM 19.00
Sabah/Sarawak :RM 21.00


Membaca buku ini, lama saya diam dan merenungkan.
Saya kagum dengan ibu dan ayah Ahmad Ammar dalam pelbagai sebab.
Saya kagum dengan visi dan misi ibu bapanya yang jelas untuk anaknya.

Dan menelusuri buku ini,
Saya bukan hanya mengagumi keluarga ini, tapi saya jadi yakin dan percaya pada janji Allah - Allah akan membantu siapa saja yang membantu agamanya.

Dalam jutaan ibu bapa hari ini yang menginginkan anak-anak mereka menjadi doktor, peguam, jurutera, arkitek dan akauntan masih ada ibu bapa yang hanya inginkan anaknya bekerja untuk ummah. Dan atas misi itulah bapa Ammar menghantar anak lelaki tunggalnya untuk mendalami sejarah Islam Turki Uthmaniyah di Turki.

Pada yang meminati dan suka sejarah, anda pasti tahu - ada sesuatu pada sejarah itu yang membuatkan kita berfikir. Bagaimana kegemilangan seperti ini mampu kita ulang semula? Itu yang selalu saya rasakan setiap kali saya hadamkan buku-buku sejarah Islam ketika subjek itu saya ladeni semasa di tingkatan enam.

Di dalam buku ini - ceritanya bukan hanya cerita Ammar, tapi dikaitkan juga tentang risalah an-Nur. Dikaitkan juga dengan beberapa cerita lain yang saling berkaitan kepada pembentukkan Ammar dan misi serta visi ibu bapanya.

Terlalu banyak yang ingin saya kupaskan hingga saya sendiri kurang pasti, bagaimana harus saya mulakan. Tetapi pada anda yang barangkali sedang mencari diri. 
Pada anda yang sedang dan masih mencari tujuan untuk hidup dan mengisi sesuatu dalam kehidupan ini, barangkali membaca buku ini akan membuka minda anda pada satu perspektif yang baharu.

Buku ini boleh di beli di sini :

No comments: