Followers

Saturday, January 18, 2014

...

Alhamdulillah...
..Dan Daffodil Berbunga Lagi...
         dah pun selamat sampai ke tangan JS Adiwarna.
Makanya,
     itu bermaksud sudah boleh mula mengedit cerita lain.
Maknanya juga,
Sudah boleh fokus cuma pada satu manuskrip dan tamatkan terus.

Alhamdulillah.
Suka?

Kalau ikut pilihan hati,
KSL yang Diya pilih.

Kalau ikut rasa, Kisah Kita : Kau dan Aku yang mahu digarap.
Tapi,
Akhirnya sudah dua bulan diam tanpa menulis atau mengedit.

Hinggalah tadi,
berbual tentang isu ummah.
Cadangan seorang kakak sehalaqah,
Tulislah isu Syria.

Ya isu itu menarik.
Tapi itu isu besar.
Itu isu ummah.
Mampukah menggalas tanggungjawab menulis cerita seberat itu?

Itu kisah humanity
Bukan kisah cinta duniawi
Itu harusnya kisah cinta insani
Itu seharusnya kisah cintanya pada ukhrawi.


No comments: