Followers

Saturday, April 27, 2013

#5-iv

Seminggu, kehidupan kembali normal. Abah mahu pun umi tak seorang pun yang bangkitkan nama Fakhran. Untuk seketika, sungguh... Nadine rasa sangat bersyukur. Masuk hari yang ke sembilan, along tiba-tiba panggil Nadine.

"Apa?" soal Nadine.

"Dah dapat jawapan?" soal Along. Nadine langsung mengerutkan dahi.

"Jawapan apa?"

Along merengus perlahan. "Istikharah?" soal Along. Nadine diam. Langsung tidak menjawab. Pandangan mata Along boleh buat Nadine duduk tersepuk di situ.

"Iman..." seru Along. Nadine masih diam.

"Nadine Nur'iman..." seru Along lagi. Kali ini kedengaran maha tegas. Nadine memanggung pandang. Mukanya tidak beriak. Tapi bibirnya menahan getar.

"A.. a.." dan terdiam. Along mengeluh. "Don't tell me you never did istikharah..." tutur Along perlahan. Nadine kemudiannya sengih sumbang sambil mengangguk perlahan.

"Iman dah cakap Iman tak bersedia, kan?" jawab Nadine polos kononnya. Along merengus. Geram barangkali agaknya.

"You're selfish!" tuduh Along. Nadine memanggung pandang.

"Apa pula? Iman dah cakap awal tak sedia. Iman dah bagitahu umi, Iman dah bagitahu abah. Along pun dengarkan?" soal Nadine mahu membela diri.

"Dah tu, kenapa Iman tak jawab macam tu pada Fay masa dia bagi pada Iman masa seminggu untuk istikharah?"

"Iman tahu tak, kalau lembu berpegang pada tali manusia hidup berpegang pada janji..." tekan Along. Nadine langsung berdiri dari duduknya.

"Habis tu Along ingat Iman lembu? Nak ikut je apa yang orang kata macam lembu kena tarik hidung?" bangkang Iman.

"Along tak cakap Iman lembu, tapi Along cakap yang Iman tak tunaikan janji. Kita orang Islam, bila berjanji kita tepati." marah along.

"Iman tak janji!" bangkang Nadine lagi.

"Habis tu? Umi menipu la macam tu? Bila umi cakap pada Fay yang insya-Allah minggu ni umi bagi jawapan bagi pihak Iman, itu tipu? Tak payah la pergi usrah, tak payah pergi majlis taklim kalau apa yang Iman pergi dan dengar tu Iman tak amalkan dalam hidup Iman." sembur Along. Nadine langsung terdiam. Along hari ini, garang semacam. Dia tak mampu nak lawan bila setiap patah kata Along memang sebiji-sebiji betul!

"Along... Iman..." seru satu suara dari sebalik dinding. Iman dan Along masing-masing berpaling.

"Kenapa ni?" soal umi yang entah muncul dari mana. Iman diam. Along mengeluh.

"Entahlah Iman ni umi. Along tak faham, apa yang susah sangat dia nak buat istikharah tu." tutur Along sambil kemudiannya menghempaskan punggung ke atas sofa. Umi melangkah masuk ke ruang tamu. Berdiri di depan Iman, umi memandang Iman lama.

"Iman tak istikharah?" soal umi penuh diplomasi. Iman diam. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak.

"Iman..." seru umi.

"Tak..." perlahan tutur Iman sambil menggeleng. Air matanya mula merembes laju dari tubir matanya. Umi mengeluh. Perlahan umi melabuhkan punggung.

"Kenapa Iman tak buat?" soal umi. Suara umi masih lagi lembut. Tidak setegas Along tadi.

"Sebab Iman dah cakap kan, Iman tak nak kahwin? Iman nak studi?" soal Iman.

"Dah tu, kenapa tak boleh  buat istikharah. Jawapan istikharah Iman belum tentu lagi positif untuk Fakhran..." tutur umi lembut. Iman diam. Kepalanya ditunduk menekur ke lantai.

"Iman...?" seru umi.

Bibir Iman bergetar lagi. Air matanya turun laju. "Iman takut..."

"Takut apa?" soal umi.

"Iman.. Iman takut, jawapan istikharah Iman positif..." tutur Iman perlahan. Ya, itu yang sebenarnya. Dia takut untuk istikharah kerana dia takut jawapan istikharahnya nanti positif. Dia takut kalau benar, Allah jodohkan dia dengan lelaki itu.

Masa sesi taaruf hari tu pun, dia tak ada sekelumit pun rasa suka pada lelaki tu. Sungguh! 
Entah apalah yang lelaki tu suka pada dia pun dia tak tahu. Nak saja dia jerit pada telinga budak lelaki yang namanya Fakhran itu, dia cuma seorang Nadine Nur'iman yang biasa! Yang tak ada keistimewaan! Yang tak ada apa-apa untuk mencuri hati lelaki itu.

Tapi itulah, benda tu cuma ada dalam bayangan fikiran. Tak terluah dan tak termampu pun dia nak buat!

"Iman... umi tahu ini masa depan Iman. Tapi umi nak Iman tahu, umi dan abah tak mudah nak lepaskan Iman kepada sesiapa pun. Kami percayakan Fakhran mampu jaga Iman kat sana. Kami percaya yang Fakhran mampu untuk bimbing Iman." tutur umi lembut.

"Masa Fakhran datang luahkan pada umi dan abah, kami terkejut. Kalau Iman nampak, apa yang Along tanya Fakhran, apa yang Angah tanya Fakhran. Apa yang abah tanya... Iman akan tahu, Along, Angah, abah dan umi masing-masing merasakan terlalu awal untuk kami lepaskan Iman. Itu sebabnya kenapa kami minta pada Fakhran untuk kami istikharah dahulu sebelum niat dia kami sampaikan pada Iman." tutur umi. Air mata Nadine kala itu mula laju meniti pipinya.

"Bila kami masing-masing positif, dah bermusyawarah... baru kami maklumkan pada Iman. Jadi kalau kami semua istikharah lebih dahulu sebelum sampaikan pada Iman hajat Fakhran, kenapa susah untuk Iman?" soal umi.

"Iman..." seru Along kemudiannya.

"Sebab tak nak paksa Iman la, abah tak gunakan kuasa abah sebagai wali Iman. Kalau ikutkan hukum, abah, Along dan Angah; kami sebagai wali Iman boleh je nikahkan Iman dengan Fakhran tanpa kerelaan Fakhran..." tutur Along. Nadine memanggung pandang. Air matanya disapu dengan tangan kanan.

"Abah dan umi, nak berikan Iman kebebasan. Sebab tu abah dan umi minta Iman untuk istikharah sebab nak Iman buat pilihan yang betul." tutur Along lagi. Kali ini suara Along sudah tidak setegas tadi.

"Iman buatlah istikharah dulu, nanti Along cakap dengan Fay.." tutur Along. Nadine diam. Umi mengeluh perlahan.

"Iman... umi kan pernah cakap, sebaik-baik keputusan yang kita buat adalah keputusan yang kita rujuk pada Allah Yang Maha Mengetahui. Istikharah la, insya-Allah, jawapan yang terbaik bakal Iman dapat dari istikharah tu nanti." tutur umi. Nadine mengangguk perlahan.


______________________________________________________________-

Insya-Allah, saya akan stop sekejap untuk update entry untuk cuba ditumpukan pada DDBL. Sesekali, saya akan update di sini :)

Thursday, April 25, 2013

#5-iii

Sebelum naik ke bilik tadi, sempat abah berkata, "Iman, bila Allah datangkan pada Iman seorang lelaki yang baik untuk mengahwini Iman. Abah adalah orang yang paling gembira. Insya-Allah." tutur abah lembut. Nadine yang masih lagi dengan sedu-sedannya melirik pandang pada abah.

Along dan Angah sudah lama menghilang ke bilik masing-masing. Mahunya tidak, Along dan Angah terlalu kuat mengusik sampaikan dia semakin galak menangis dalam dakapan umi. Terasa semua orang disekeliling sedang paksa dia untuk kahwin. Walhal dia masih muda benar untuk berkahwin. Abah tahu itu. Umi juga tahu itu!

Baru setahun dia terbang ke Aberdeen, mana mungkin dia harus berkahwin di awal usia 20-an? Ini bukan lagi zaman dahulu, anak dara harus kahwin awal. Sekarang ini zaman moden. Semua orang mengejar impian dahulu. Dia juga mahu mengejar impiannya dahulu!

"Abah mana tahu dia lelaki yang baik? Abah baru kenal dia?" ujar Nadine defensif.

"Mana Iman tahu abah tak kenal dia? Dia dah beberapa kali datang ke rumah dengan Kamarul. Yang terkini Fakhran datang sebelum dia maklumkan abah mahu bawakan umi dan babanya bertemu abah."

Mata Nadine kala itu sudah membulat. Oooh... Fakhran ya nama mamat tak reti malu tu? Kita tak ingin, dia terhegeh-hegeh. Gerutu Nadine di dalam hati geram.

"Apa yang baik sangat tentang dia sampai abah puji dia lebih-lebih?" soal Nadine geram. Umi sudah mula tersenyum. Ya, mana tidaknya, Nadine kalau dengan abah selalu sahaja melawan mahukan fakta. Dan umi tahu, puteri bongsunya itu sekadar mahukan kenyataan. Mahukan fakhta.

"Iman, dia setiap kali datang kalau waktu berjemaah selalu sahaja jadi imam di rumah. Abah dengar bacaannya, makhraj dan tajwid bacaannya betul dan bertartil." ujar abah.

"Abah sedang cari imam untuk bimbing puteri abah dalam hidupnya Iman. Abah cuma boleh bimbing Iman, selagi Iman tu anak abah. Tapi bila Iman sudah jadi isteri orang, Iman bukan lagi bawah tanggungjawab abah. Iman dah jadi tanggungjawab orang lain. Perjalanan Iman nak menuju ke syurga dan neraka bukan lagi atas tengkolok abah." tutur abah lembut. Dan sekali lagi, air mata merembes laju di pipinya.

"Secara peribadi, abah suka kalau dia jadi menantu abah. Kan umi?" soal abah sambil memandang umi. Nadine langsung mengalih pandang memandang umi. Tubir bibir umi masih lagi mengukir senyum manis sambil mengangguk kecil.

"Umi juga suka dia Iman. Tapi kalau Iman tak suka, abah dan umi faham. Iman juga punya hak untuk diberi pilihan dalam membuat keputusan. Ini hidup Iman. Umi dan abah tak mahu dipersalahkan kalau nantinya terjadi apa-apa dalam rumahtangga Iman. Cuma umi nak Iman tahu, umi dan abah sentiasa mahukan yang terbaik untuk Iman." tutur umi lembut.

"Dari Iman kecil lagi, umi dan abah sentiasa mahu sediakan yang terbaik untuk Iman. Kami selalu buat yang terbaik untuk Iman. Iman tahu kan?" soal abah. Nadine diam. Perlahan dia mengangguk. Iya, selama ini umi dan abah sentiasa membuat yang terbaik untuk hidupnya. Dia tahu itu.

"Beginilah... apa kata Iman jumpa dia dulu? Katanya, dia kenal Iman. Dia juga belajar di Aberdeen. Dia pernah sampaikan niatnya pada Iman. Cuma dia percaya, Iman langsung menolak sebelum istikharah." tutur umi.

Abah mengeluh kecil. Pandangan Nadine kembali ke wajah abah. "Iman... abah selalu pesan dengan Iman, dalam hidup bila mahu buat keputusan apa pun, istikharahlah."

"Iman tahu kenapa?" soal abah. Iman mengangguk. Ya, abah selalu nasihatkan mereka adik beradik untuk istikharah sebelum membuat keputusan. Kata abah, istikharah itu jawapannya langsung dari Allah. Allah itu Maha Penyayang. Bila hamba-hamba-nya memohon petunjuk, Allah akan sentiasa tunjukkan jalannya. 

"Iman, jangan jadi orang yang sombong dalam hidup... Orang yang sombong selalu sesat jalan. Kalau pun Iman dah ada jawapan, tapi kenapa tidak sahkan dengan bertanya pada Allah? Iman tahukan, apa yang Iman rasa terbaik buat Iman barangkali belum tentu terbaik di sisi Allah." ujar abah memberikan tazkirah pendek padanya. Nadine diam dan mengangguk.

"Iman naik ke atas. Fikirkan, apa yang umi dan abah cakap." tutur umi lembut sambil menepuk bahu Iman. Baru saja Iman mahu melangkah naik ke atas selepas bersalam dengan umi dan abah, abah menyeru namanya.

"Iman fikirkanlah dalam sehari dua ni. Insya-Allah lusa, Fakhran akan datang ke sini untuk bertaaruf dengan Iman. Tak adil, kan kalau hanya Fakhran yang kenal Iman. Tapi Iman tak kenal Fakhran?" soal abah. Nadine diam tidak menjawab sebaliknya langsung menghilang ke dalam bilik.



Emak sedang duduk di satu sudut. Nadine dan budak lelaki yang namanya Fakhran itu sedang duduk bertentangan. Mata Nadine tajam memandang mata budak lelaki itu. Tetapi peliknya, lelaki itu tenang sahaja. Tiada langsung rasa gentar.

"Iman, patutnya abah ada di sini temankan Iman. Tapi tadi pesan abah pada umi, teruskan saja tanpa abah." tutur umi perlahan. 

"Fakhran..." seru umi. Budak lelaki itu mengangguk. "Iya makcik..." jawab lelaki itu. Umi tersenyum. "Umi ke sana dulu. Berborak la..." jawab umi sambil beralih ke ruang keluarga disisi ruang tamu untuk berbual-bual dengan ibu Fakhran.

"Apa yang awak nak?" soal Nadine laju. Fakhran kala itu tersenyum.

"Awak mahukan jawapannya, Nadine?" soal Fakhran. Nadine diam. Pertama kali dalam hidupnya ada orang memanggil dia dengan Nadine dan bukannya Iman.

"Apa yang awak nak?" soal Nadine sekali lagi. Kali ini lebih tegas daripada tadi.

"Saya nak kahwin dengan awak." jawab Fakhran lancar. Nadine jengkel. Laju Nadine menggeleng. "Tapi saya tak nak kahwin dengan awak." jawab Nadine laju. Matanya meneliti setiap inci tubuh Fakhran. Lelaki di depannya itu agak tinggi. Lebih kurang tinggi Angah agaknya. Dalam 183cm mungkin?

Berlambut lurus, berkulit tank persis kebanyakan orang di Asia. Mata yang sedikit sepet. Susuk tubuhnya agak sasa tapi tidak terlalu berotot. Seorang yang berperwatakan menarik. Untuk lelaki seperti dia yang sedang duduk didepannya, Fakhran boleh dapat gadis yang lebih baik. Kenapa harus dia?

"Nadine Nur'iman, awak berikan saya jawapan selepas awak istikharah atau sebelum awak istikharah?" soal lelaki itu tenang. Nadine tidak menjawab.

"Berikan saya jawapan selepas awak dah istikharah. Kalau saya boleh istikharah, kalau abah dan umi awak juga istikharah sebelum membuat keputusan untuk sampaikan niat saya kepada awak, kenapa awak tidak boleh istikharah untuk berikan jawapannya pada saya?" soal Fakhran Syafrie. Nadine diam.

"Kenapa saya?"

Fakhran tersenyum. "Sebab saya yakin awak boleh menyempurnakan sebahagian dari diri saya yang tak lengkap. Sebab awak insya-Allah, boleh menjadi teman saya yang baik di kala susah dan senang." tutur Fakhran Syafrie. Kala mendengar itu Nadine tertawa.

"You never know me. Awak tak kenal siapa saya dan dengan mudah awak ingat saya akan percaya?" soal Nadine.

Fakhran tersenyum. "Insya-Allah, kalau saya belum kenal awak; selepas berkahwin saya akan kenal siapa the real Nadine Nur'iman. Kalau saya kenal awak sikit-sikit sekarang, insya-Allah nanti saya akan lebih kenal awak.. kan?" tutur Fakhran tenang. 

Nadine merengus perlahan. Sengaja dia bersikap lepas laku begitu. Dia tidak mahu lelaki di depannya itu tertarik padanya.

"Ada apa-apa yang awak nak tahu tentang saya?" soal Fakhran. Nadine diam. Dia terlalu marah untuk mahu mengambil tahu tentang lelaki itu. Dia masih lagi berasa jengkel kerana perlu bertemu dengan lelaki itu. Perlu menerima lelaki itu. 

Perlu ke?

"Nadine, mungkin Nadine marah dan jengkel dengan saya. Tapi sebelum tu, saya akan turut kehendak Nadine dengan satu syarat..." tutur Fakhran. Nadine mengangkat pandang.

"Apa?"

"Istikharah la. Kalau sepanjang dua minggu ini, dalam istikharah awak saya sebagai jawapannya untuk menjadi pendamping awak, maka the next two weeks insya-Allah kita akan diijabkabulkan."

"What?" jerit Nadine kecil. Fakhran tersenyum.

"Awak dan saya masing-masing di Aberdeen. Saya nak jaga hati saya Nadine. Awak mungkin tak sedar kewujudan saya, tapi saya dah setahun sedar kewujudan awak. Selama setahun ini, saya perhatikan awak. Saya.. saya..."

"Jadi itu salah saya?" tempelak Nadine geram. Matanya mencerun pandang pada Fakhran. Dia yang pandang kita, kita pula kena kahwin dengan dia. Omel Nadine di dalam hati.

Fakhran menggeleng. "Tak itu bukan salah awak. Tapi bukan juga salah saya. Saya dah cuba untuk jaga hati saya, dan akhirnya setelah istikharah saya pasti Allah gerakkan hati saya untuk saya lamar awak. Untuk tenteramkan hati saya, agar hati saya terpelihara. At least lepas kahwin, kalau saya tengok awak dan saya rindu awak, tak berdosa lagi kan? Saya dapat pahala." tutur Fakhran dalam senyum. 

Nadine menjuihkan bibir. Menarik nafas dalam-dalam, wajah Fakhran dipandang tepat. "Dan kalau awak tak hadir sebagai jawapan dalam istikharah saya?" soal Nadine. Fakhran tersenyum.

"Insya-Allah, saya bukan untuk awak dan saya terima keputusan awak." tutur Fakhran.

"Okey.." jawab Nadine laju.

Fakhran tersenyum. "Baik..."

"Tapi saya nak awak tahu, saya yakin dengan jawapan istikharah saya dan juga jawapan istikharah umi dan abah awak. Sebab kerana keyakinan itulah saya ada di depan awak sekarang." tutur Fakhran. Nadine merengus geram sebelum laju saja bangun dari kerusi dan menapak ke dapur. Panggilan umi tidak dipedulikan. Air sejuk di dalam gelas diteguk rakus. Dia geram dan bila dia geram dia sangat dahaga!

__________________________________________________________________

Insya-Allah, dah jumpa rentak penulisan untuk KISAH KITA. Doakan saya berjaya tamatkan penulisan KISAH KITA ini dan insya-Allah berjaya juga menamatkan Dan Daffodil Berbunga Lagi.

Wednesday, April 24, 2013

#5-ii

Tadi pagi, umi dah pesan; hari ini kalau boleh jangan ke mana-mana. Ada makan-makan untuk famili. Itu pesan umi pada Nadine. Jadi makanya, hari ini segala rancangannya dibatalkan. Mujur juga usrah cuma akan berjalan malam nanti sahaja. Itu pun, tak pasti dapat ke tidak Nadine ikut serta.

Tengahari itu, ketika Nadine sedang sibuk di dapur, terdengar suara Along dan Angah berborak dengan seseorang. Bunyi suara seperti dia kenal. Menoleh memandang umi, "Umi, tu bukan suara Kamarul?" soal Nadine.

Umi tersenyum. Perlahan mengangguk. "Iyalah. Kamarul dengan Kamalia. Pak Ndak satu famili datang..." balas umi. Nadine mengangguk. Tangannya cekap memotong sayur.

"Hah!" sergah satu suara. Nadine menoleh. Spontan lidah dijelirkan. "Apa jelir-jelir lidah macam tu." gerutu Kamalia. Nadine tersengih. 

"Yang kau, suka hati kau je nak sergah orang. Masuk rumah orang bagi salam, bukan main sergah-sergah." ujar Nadine pulang paku buah keras pada Kamalia. Kamalia tersengih.

"Ada apa-apa aku boleh tolong?" soal Kamalia. Laju saja Nadine menghulurkan pisau dan besen berisi bawang.

"Kupas kulit dan potong, ya?" tutur Nadine sambil memaniskan senyuman. Umi yang sedang membasuh ikan di sinki langsung menggelengkan kepala.

"Along... Angah..." seru umi sambil laju saja membersihkan tangannya. Menoleh memandang Nadine dan Kamalia, umi langsung bersuara, "Korang buat dulu apa yang patut. Umi ke dalam sekejap." tutur umi. Nadine dan Kamalia serentak mengangguk.

"Iman..." seru Kamalia. Nadine mengangkat wajah. "Apa?" soal Nadine. Sayur-sayur yang siap dipotong, dikaut menggunakan pisau dan dimasukkan ke dalam besen. Melangkah ke sinki, sekali lagi sayur-sayur yang siap dipotong dibasuh sekali lagi dan dibacakan selawat.

"Mama cakap, ada orang masuk merisik kau. Betul eh?" soal Kamalia. Nadine melipat kepala sudut sembilan puluh darjah.

"Mana ada. Merepek aja. Mak Andak bergurau agaknya." balas Nadine.


"Mana pula bergurau. Serius ni ha..." jawab Kamalia.


"Api dah lekatkan belum?" soal satu suara tiba-tiba. Nadine yang sedang membersihkan sayur kembali menoleh ke belakang. Kelibat Kamarul ada di situ. Ada seorang lelaki di sebelah Kamarul, tapi tak pula dia kenal siapa.

"Kejap nak tengok." balas Nadine sambil mengintai ke luar tingkap dapur. Tak ada pula arang atau sabut yang dah dilekatkan api. Kembali menoleh memandang Kamarul, "Tak lekatkan lagi. Arang ada kat dalam bilik stor tu, sabut ada kat belakang. Ambil la yang mana-mana mudahkan kau eh?" arah Nadine sambil kembali kusyuk dengan tugas-tugasnya. Lelaki di sebelah Kamarul itu Nadine pandang sekilas lalu sahaja. Lagi pun, kan ke tak elok tengok anak teruna orang? Barangkali itu kawan Kamarul agaknya yang ikut datang ke sini.

Kembali pada Kamalia, sepupunya itu tersenyum-senyum sambil sesekali mata melirik pada abang kembarnya. "Kau dah kenapa?" soal Nadine. Kamalia menggeleng.

"Fay.. kau ambilkan arang kat dalam tu. Aku tunggu kat luar." arah Kamarul sambil berlalu ke belakang rumah. Nadine kembali menyibukkan diri menumiskan rempah ratus untuk dibuat kari ikan.

"Hari ini kau masak?" soal Kamalia. Nadine mengangguk. "A'ah. Umi cakap tadi, hari ini umi gantung periuk belanga sebab nak rasa chef dari Aberdeen yang masak." jawab Nadine sambil tertawa.

"Kau masak apa hari ini?" soal Kamalia sambil bangun menghampiri sinki untuk membasuh bawang yang sudah siap dibuang kulit untuk dirincik halus.

"Kari kepala ikan, udang masak masam manis, singgang, peparu goreng dengan tu, ikan bakar." jawab Nadine sambil tangan ligat menggaul rempah ratus yang ditumis.

"Dah boleh kahwin ni..." komen Kamalia. Nadine tertawa kecil. "Kau pun dah boleh dah. Dengar cerita dah bawa balik calonnya?" soal Nadine. Kamalia tersipu-sipu malu.

"Insya-Allah.. doakan ya, Allah permudahkan?" tutur Kamalia. Nadine tersenyum. Perlahan mengangguk. "Insya-Allah. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Kau kan kawan baik yang merangkap sepupu aku?" soal Nadine. 

Siap memasak, hidangan disusun elok di atas meja sebelum sempat Nadine minta Kamalia bertanya pada Kamarul sama ada ikan terubuk yang dibakar sudah siap atau belum. Siap semuanya, Nadine langsung memanggil umi disebalik pintu. "Umi..." panggil Nadine dengan tangan dan suara yang rendah. Umi langsung menoleh.

"Siap dah?" soal umi. Nadine mengangguk.

"Kot iya pun, salam Pak Andak dengan Mak Andak ni." balas umi. Nadine tersipu-sipu di situ. Melangkah ke ruang tamu, tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan Pak Andak dan Mak Andak serta sahabat Pak Andak yang turut serta.

"Iman.. kenalkan, ini kawan Mak Andak." tutur Mak Andak. Nadine sekadar mengangguk. "Makcik..." seru Nadine hormat.

"Nadine katanya, belajar di Aberdeen?" tutur sahabat Mak Andak. Nadine mengangguk.

"Iya."

"Belajar apa?"

"Medic." tutur Nadine. Sahabat Mak Andak mengangguk. "Anak makcik ada seorang belajar di Aberdeen." 

"Oh iya? Medic juga?" soal Nadine. Sahabat Mak Andak menggeleng. "Tak, dia buat engineering." 

"Oooh..." balas Nadine dengan mulut yang sedikit membulat. "Eh, makanlah dulu makcik, Mak andak, Pak Andak. Iman dah siapkan meja dah pun." balas Nadine. Ketika menghilang ke dapur, Kamarul sudah siap pun membawa pemanggang masuk ke dalam rumah.

"Bekasnya Iman?"

"Sini..." balas Nadine sambil meminta pemanggang ikan dari Kamarul. 

"Tak apa. Bak sini aku buatkan." 

"Baiknya sepupu." tutur Nadine bergurau. 

"Kau baru tahu?" soal Kamarul tertawa. 

"Iman..." seru Kamalia. Nadine yang sedang mengemas belanga yang digunakan tadi mengalih pandang. "Ada apa?"

"Kau tak makan sekali?"

"Eh makan la dulu. Aku nak siap kemaskan periuk belanga dulu. Karang aku makan la..." balas Nadine.

"Jom la makan sama. Mama aku dah panggil ajak makan sekali tu."

Nadine menggeleng. "Taknak lah. Segan."

Kamalia menarik senyum. "Kau segankan kawan abang Kamarul eh?"

"Mana ada." Nadine menafikan. Kamalia sudah pecah tawa. "Macam la aku baru kenal kau sehari dua. Kita ni membesar sama-sama dari kecil tau! Duduk pula sebilik masa kat sekolah dulu."

Nadine menarik senyum. "Kemudian aja la aku makan."

"Dah tu aku?" soal Kamalia. "Kau gi la makan kat sana."

Kamalia menggeleng. "Aku nak makan dengan kau."

Nadine tertawa. "Kalau macam tu, kau makan dengan aku kat dapur? Okey?"

Kamalia mengangguk laju. "Okey je."



Malam itu, abah memanggil Nadine. Di depan Nadine, ada Along, Angah dan juga umi. Along dan Angah masing-masing tersenyum. Umi dan abah wajah mereka biasa-biasa sahaja.

"Iman..." seru abah. Nadine sekadar mengangguk.

"Siang tadi, yang datang tu sebenarnya nak kenal Iman." tutur abah tenang. Jantung Nadine mula bertukar ritma. Debarnya tiba-tiba menjadi laju. Siang tadi sebenarnya orang datang merisik? Biar betul? Tapikan yang datangnya siang tadi Pak Andak sekeluarga dan keluarga sahabat Pak Andak? Ke? Eh? Biar betul?

Menelan liur, Nadine memandang wajah abah. "Tadi siangkan yang datang tu Pak Andak sekeluarga dan keluarga sahabat Pak Andak?" soal Nadine. Abah mengangguk.

"Iya, yang datang tadi tu keluarga Pak Andak. Sahabat Pak Andak tu yang nak merisik Iman untuk anaknya. Kawan Kamarul." tutur abah tenang. Nadine terdiam. Mukanya tiba-tiba terasa kebas. Sungguh dia tak tahu yang datang tadi tu sebenarnya nak merisik dia. Padanlah hari ini semua kerja-kerja di dapur, umi minta dia yang lunaskan.

"Pakcik dengan makcik tadi?" soal Nadine lagi inginkan kepastian. Abah mengangguk.

"Iya..."

Langsung Nadine teringat sesuatu. Anak pakcik tadi tinggal di Aberdeen. Belajar di sana katanya. Untuk anak dia yang itu ke?

Laju Nadine menggelengkan kepala. "Tapi Nadine tak kenal siapa anak makcik tu tadi pun." tutur Nadine terus-terang. Along dan Angah tertawa.

"La... tadikan dia ada. Yang duduk sebelah Kamarul duk bakar ikan tu apa?" soal angah. Nadine terkedu.
Eh? Mamat tu? 

"Mamat tu?" terletus dari bibir Nadine. Along sudah pecah tawa. Nadine dah rasa macam nak menangis. Spontan air mata melimpah jatuh tanpa henti. Angah dah berkerut dahi. Tawa along langsung terhenti.

"La... dah kenapa yang nangis? Orang datang merisik dia je pun?" soal Along. Abah tersenyum sambil memandang umi. Nadine nampak tu walau pun dalam kabur air mata yang laju melimpah.

"Iman.. Iman tak nak kahwin." laju Nadine menuturkan sebelum teresak-esak. Along pecah ketawa semula diikuti Angah. Abah menggeleng. "Along... angah..." tegur abah. Umi sudah mendekat. Nadine segera diraih dalam pelukan umi.

"Nadine tak nak kahwin umi..." protes Nadine sambil esakkannya mula kuat lagak anak kecil. Along tertawa lagi. Tak boleh berhenti. Teguran abah seolah-olah bagai angin lalu di telinga Along.

"Abah, Along tak boleh tahan. Sorry. Bukan sengaja. Iman macam budak kecil. Orang datang nak merisik dia je pun. Belum lagi nak meminang." balas Along dalam tawa yang berseli.

"Ketawalah! Ketawa!" protes Nadine dalam esak yang tak berhenti.

"Syh... apa ni menangis macam ni Iman?" soal umi lembut. Rambut lebat Nadine diusap-usap umi penuh kasih.

"Nadine tak nak umi. Nadine tak kenal budak tu. Nadine belajar lagi." balas Nadine dengan alasan yang dikeluarkan bertalu-talu.

Umi diam tidak membalas. Nadine terus menangis. Serius... dia tak nak dengan budak tu. Dia tak kenal pun siapa budak tu.

_____________________________________________________________

p/s :

Sepanjang anda bersama Nadine Nur'iman dalam KISAH KITA, ada sebarang komen?

Thursday, April 18, 2013

#5 - i

Nadine Nur'iman dari pagi-pagi lagi sudah keluar. Abah dan umi sangat memahami. Lagi pula abah dan umi memang suka kalau Nadine Nur'iman selalu ikut ke mana-mana majlis ilmu dan taklim. Kata abah dan umi, abah dan umi sudah sedaya upaya memberikan pelajaran pada dia, tapi setakat apa yang abah dan umi terdaya sediakan. Yang lain, dia perlu cari sendiri dan insya-Allah berkongsi dengan abah dan umi mana yang lebih. Begitulah pesan abah dan umi pada Nadine.

Hari itu, bila pulang ke rumah; abah dan umi masing-masing di ruang tamu. Abang-abangnya juga ada di situ. Nadine jadi bingung sendiri.


"Rumah kita ada apa-apa occasion ke? Atau ada perbincangan keluarga? Iman tak tahu pun?" soal Nadine sambil melabuhkan duduk.


"Tak ada la. Saja duduk berbual-bual..." balas abah. Nadine sekadar mengangguk. Penat badan masih terasa, tapi sayang pula nak berlalu pergi ke dalam. Bukan selalu mereka sekeluarga duduk berbual-bual santai seperti sekarang.

"Iman..." seru along. Nadine langsung menoleh memandang abangnya Nadrul Aiman.

"Apa?"

"Kat Aberdeen sana, Iman ada 'kawan'?" soal along. Laju saja Nadine mengangguk. "Tentulah ada. Habis tu, kalau tak ada selalu Iman nak hang out, nak backpacking tu dengan siapa? Gila nak jalan jauh mana hala seorang diri?" soal Nadine polos. 


Angah langsung pecah tawa. Bahu Along ditampar Angah laju.


"Angah dah cakap long, adik Along yang seorang ni bendul! Kalau cakap, jangan nak pakai kiasan. Straight forward je sudah!" balas Angah. Nadine mengerutkan kening.

"Along dengan Angah ni dah kenapa?" soal Nadine.


Along tersengih. Perlahan Along menggaru kepalanya perlahan. "Tak ada, Along tadi tanya nak tahu kalau-kalau Iman kat sana dah ada 'kawan lelaki' yang istimewa." tutur Along terus kepada pokok persoalan. 



Mendengar itu, Nadine langsung tertawa. "Ada ke? Tak ada masa la Along."


"Tak ada masa untuk apa?"

"Mana ada masa nak 'berkawan' macam tu. Buang masa je namanya. Masa untuk diri sendiri pun tak cukup. Mana dengan kuliah, mana dengan klinik lagi, dengan usrah lagi. Ingat cukup ke masa Iman ni?" soal Iman.

Along senyum lebar. "Betul tak ada?"


"Betul la. Buat apa tipu? Lagi pun, kan ke umi dengan abah dah pesan, berbohong tu berdosa. Tuhan marah tau." jawab Nadine dengan gaya anak-anak. Along tersenyum. Perlahan menggeleng.


"Eloklah macam tu..." balas Along perlahan. Nadine menjelirkan lidah. Bukannya dia tak tahu, Alongnya itu barangkali mencari modal mahu menggenakan dia. Along dengan Angah tu memang tau, selalu je nak buat spotcheck pada dia. Apa Along sama Angah ingat dia masih anak-anak kecil agaknya?

"Iman..." seru Angah. Iman mengangkat kening.

"Betul ni tak ada kawan lelaki?" soal Angah dengan kening terangkat. 

Iman menggeleng. "Tak ada la! Kalau kawan kuliah ada la.." balas Iman. Menoleh memandang abah, "Abah! Tengok Along dengan Angah, dia orang ingat Iman ni menipu ke apa." adu Iman. Abah tersenyum. Umi tertawa kecil.

"Tak lah, Along dengan Angah tu concern je. Iyalah, Iman kan jauh dari kami..." tutur umi lembut.

"Ala... Along tu dah siap pasang spy kat sana. Macam la Iman tak tahu." gerutu Iman.

"Iya?" soal umi sambil menoleh memandang Along. Along sekadar tersenyum. 

"Mana ada spy umi. Along cuma minta kawan Along tengok-tengokkan Iman. Ala.. tu pun masa Iman freshie year dulu. Sekarang ni, dia pun dah super busy agaknya nak tengokkan Iman." balas Along.

Nadine mengangkat kening nakal, "Kak Hana tu siapa Along? Bakal kakak ipar Iman ya?" soal Nadine laju. Along tersenyum.

"Kenapa? Iman suka kalau Kak Hana jadi kakak ipar Iman?" soal Along nakal. Umi sudah mula berdehem. Along tertawa.

"Ala umi... gurau je la." balas Along laju. "Along mana ada apa-apa pun dengan Hana tu umi. Berbual pun lama dulu... masa Iman mula-mula fly ke sana." jawab Along. Umi mengangguk.

"Tapikan Along, Kak Hana tu baik. Iman suka dia. Nice sangat!" jawab Iman laju. Along tersenyum. Umi pun sama.

Hampir ke waktu maghrib, Nadine langsung minta diri naik ke atas. Dia harus mandi dulu, karang naya je tak dapat nak jemaah sekeluarga. Seperti biasa, lepas je habis solat berjemaah, mereka sekeluarga akan membaca yassin. Itu dah jadi satu rutin buat keluarga mereka. Setiap kali lepas solat maghrib berjemaah, mereka akan membaca surah Yassin dan dihadiahkan kepada kaum keluarga yang sudah meninggal dunia. 

Kata abah, itu yang terdaya yang mampu kita bantu. Masa kecil-kecil dulu, bengang la juga bila lepas je solat jemaah, kena baca yassin dulu, lepas tu solat isya' berjemaah dan kemudian barulah boleh nak tonton tv ke apa ke. Tapi jarang sangatlah dia dapat menonton tv. 

Mana tidaknya, umi akan pastikan dia dah studi dulu, dah siap semua homework dulu, kemudian barulah boleh tonton rancangan tv. Itu pun sharp jam 10, dia sudah kena masuk tidur.  Makanya, masa menontonnya terlalu sedikit dan boleh di kira.

Siang hari, umi jarang benarkan dia tonton tv. Umi selalu ajak dia membaca, ada saja bahan bacaan baru yang umi belikan pada dia. Tapi Nadine okey saja. Mana tidaknya, dia memang sangat suka membaca! Mungkin juga kerana umi dan abah sudah terapkan dari kecil-kecil lagi.

Usai solat isya', Nadine mohon diri naik ke bilik. Badan baru terasa lelahnya seharian di luar. Tapi dia puas! mana tidaknya, pengisian hari ini rasanya bermanfaat untuk diri. Terasa ada ilmu baru yang diperoleh.

Ketukan di muka pintu, membuatkan Iman yang baru mahu menarik cadar menoleh. "Ya?"

"Boleh umi masuk?" soal umi dari luar, meminta izin. 

"Masuk la umi. Pintu tak kunci." balas Nadine. 

Umi melangkah masuk, perlahan punggung dilabuhkan di bucu katil anak perempuan tunggalnya. "Iman buat apa?" 

"Tak buat apa umi. Tengah kemas-kemas katil, siap-siap nak tidur." jawab Nadine lurus. Umi mengangguk.

"Umi nak cakap sikit. Boleh?" soal umi. Nadine mengangguk.

"Iman betul, tak ada kawan di kampus?" soal umi. Nadine mengangguk. "Tak ada. Kenapa umi?" soal Nadine polos.

"Ada yang pernah cakap nak 'berkawan' dengan Iman?" soal umi. Nadine langsung terdiam. Tiba-tiba dia teringat pada khitbah tidak rasmi yang disampaikan oleh Kak Anys padanya sebulan sebelum dia pulang bercuti ke Malaysia.

"Ada yang sampaikan pada kakak naqibah Iman kat sana, tapi masa kakak tu maklumkan pada Iman untuk dia aturkan sesi taaruf, Iman dah cakap yang Iman belum sedia." jawab Iman tulus. 

Umi mengangguk. Mengukir senyum, umi memandang Iman, "Kenapa Iman tak sedia?" soal umi.

"Iman studi lagi la umi. Lagi pun, Iman tak pasti Iman boleh handle studi dengan perkahwinan serentak atau tak. Iman rasa macam tak mampu je pun. Lagi pun umi, Iman muda lagi kan?" soal Iman kembali. Umi tersenyum. Perlahan umi mengangguk.

"Kalau ada yang bertanyakan Iman pada umi dan abah, bagaimana?" soal umi dalam senyuman.

"Bertanyakan Iman? Bertanyakan Iman untuk apa?" soal Iman kosong. Dia sungguh-sungguh kosong kala itu. Rasa penat dan mengantuk membuatkan otaknya tidak mampu nak berfikir lebih lanjut. Kalau boleh, Iman mahu umi berterus-terang terus tanpa sebarang teka kata.

"Bertanyakan Iman untuk dibuat calon isteri?" soal umi.

"Taknaklah!" jawab Iman spontan. Mata yang tadinya sedikit kelat kembali segar. Fobia sungguh kalau ada yang suruh dia kahwin masa-masa tengah belajar macam ni. Ingat mudah ke?

Umi tersenyum. "Iyalah. Pergilah rehat." jawab umi perlahan sambil menepuk peha Nadine.

"Umi..." seru Nadine. Umi menoleh.

"Kenapa? Ada yang tanyakan Iman?" soal Nadine. Umi tersenyum lagi, "Kalau ada?" soal umi. Nadine terdiam. Umi senyum lebar. "Dah, pergilah tidur. Assalammualaikum..." sapa umi sambil mengucup dahi Nadine sebelum melangkah keluar. Nadine tergamam sendiri.


Eh... umi gurau je la! Nadine menyedapkan hatinya sendiri.


Mestilah umi nak risik-risik. Bukan ke sebelum ni umi dah berpesan, umi tak nak anak-anak umi berpacar-pacaran. kalau rasa nak kahwin, cakap je pada umi dan abah. Insya-Allah, umi dan abah tak ada masalah kalau anak-anak umi dah bersedia.

Mungkin, umi cuma nak pastikan je kot? Iyalah, Nadine kan duduk jauh dari umi dan abah? Dulu pun Along dengan Angah pernah umi tanya soalan yang sama. Kan?


Baring di atas katil, Nadine tarik selimut hingga ke paras pinggang. Lampu dimatikan. Bibirnya langsung membacakan doa tidur sebelum akhirnya dia tenggelam dalam rasa kantuk.

Wednesday, April 17, 2013

#3-iii

Melabuhkan duduk, Iman mendengus perlahan. What a shame! 

Tak sangka langsung yang Iman akan bertemu dengan mamat kurang asam tu lagi. Sungguh! Boleh pula la si Risya tu tersalah panggil. Iman Huda diingatnya Iman Amani. Kot iya pun Janice, tanyalah dulu mamat tu habis-habis. Kan dah ter'jodoh' untuk dia bertembung dengan mamat sinis lagi sinikal tu?


#4 - iv

Sepanjang menjadi maid of honor kepada sepupunya si Kamalia. Dia rasa tidak selesa. Terasa mahu saja tangannya mencapai garfu dan merobek mata si bestman di sebelah sana. Apa dia hilang hidung agaknya kalau dari tadi lelaki itu asyik memandang ke arah dia?

Sempat semasa dia mengiring Kamalia untuk menyambut pengantin lelaki dari atas pelamin. Sepupunya itu berbisik. “Bestman tu dari tadi asyik perhatikan kau.”

Dia menjeling. “Kau gila apa?”

Kamalia tersenyum. Mulutnya perlahan mengatur kata. “Kalau ya pun apa salahnya. Dia baik tau.”

“Diamlah kau.” Gerutunya geram.

Mujur saja ini majlis kahwin Kamalia. Kalau tidak mahu dia buat gila. Kamarul yang siap berbaju Melayu dan bersampin, hari itu menjadi jurugambar rasmi kembarnya. Kamarul itu memanglah orang yang serba boleh. Memasak boleh, menjadi fotographer pun boleh. Apa saja yang dia tak boleh agaknya?

Dan kala dia mahu duduk di sisi Kamalia tadi. Sempat Kamalia passedkan padanya sekeping kad. Tapi dia buat tak nampak.

Dengan senyuman Kamalia menoleh memandangnya. “Ambil boleh tak?” sedikit keras suara Kamalia memaksa. Dia tersenyum nipis sambil tangannya menyambar kad dan diletakkan di dalam clutch comel miliknya.

Saat dia menoleh memandang Kamalia. Dia perasan lelaki itu masih lagi memandang dia. Rasa seperti kenal. Tapi dia tak ingat siapa. Mungkin saja perasaannya mungkin. Apa lelaki itu tidak tahu ghodhdhul bashor ?

Apa lelaki itu tidak tahu, bahawa setiap perlakuan hamba-hambaNya akan dipertanggungjawabkan Allah di hari pertanyaan nanti. Sama seperti firmanNya dalam surah Al-Isro’ ayat 36, “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.”

Perlahan dia beristighfar sebelum memalingkan wajahnya ke arah lain. Usai majlis dia tidak menunggu lama. Laju saja dia memohon izin dari sepupunya mahu pulang ke rumah. Alasannya, dia sudah penat dan masih banyak kerja yang perlu dia lunaskan.

“Jangan lupa telefon nombor tu...” pesan Kamalia. Dia buat tak tahu. Kad yang dia dapat tadi, dibiarkan sepi di dalam clutch tanpa dia ada sebarang keinginan untuk menghubungi si pemilik kad.

Lupa agxaknya Kamalia, dia bukan seperti kebiasaan perempuan-perempuan yang ada. Dia tidak berminat untuk berkenal-kenalan tanpa sebarang sebab. Setiap perhubungan, padanya harus punya sebab dan matlamat. Sedangkan berkenal-kenalan begini, padanya tiada sebarang matlamat dan tiada sebarang sebab untuk dia terima. Itu hakikatnya!

Kad yang diberikan pada dia dimasukkan ke dalam clutch. Dia langsung berlalu tanpa menghiraukan panggilan sepupunya Kamarul. Pasti ada sesuatu alam benak fikiran Kamarul. Dia faham sangat kallau melihatkan cara senyum sepupunya itu.



Menoleh memandang Fakhran Syafrie, Kamarul menggeleng. “Aku rasa la kan, ia buat tak dengan tadi sebab dia memang dah tahu yang kau nak kenal dia.”

Fakhran Syafrie tersenyum. Nadine yang dia kenal, masih sama seperti dulu. Langsung tak berubah. Dulu zaman sekolah, Nadine kalau ada yang cakap mahu kenal. Begitulah gayanya. Jalan menonong. Tapi itulah, gadis itu memang sedari zaman sekolah; ramai peminatnya. Itu hakikat. Satu kenyataan!

Cuma dia pun taklah seberani sekarang mahu berterus-terang dan bersemuka dengan gadis itu seperti sekarang. “It’s okey... bagilah dia masa.”

Kamarul memanggung pandang. “Banyaklah kau bagi dia masa. Aku tengok tadi, Kamalia bagi kad entah siapa entah pada Nadine. Kalau kau nak melepas bolehlah.”

Dia tersenyum. “Kalau Allah dah berkehendakkan macam tu nak buat macam mana.”

“Kau serius ke tidak dengan sepupu aku tu. Cuba kau cakap...”

Senyum. “Iyalah. Pernah ke aku main-main?”

“Dah tu yang kau releks semacam je?”

Sengih. “Tawakalhu a’lallah. Pernah dengar? Tawakal kepada Allah. Untuk hal jodoh ni, aku bertawakal dan berserah kepaa Allah.”

“Dia yang tetapkan jodoh kita. Dia yang tetapkan segala-galanya tentang hidup kita dari Loh Mahfuz lagi. Siapa kita nak menentang?”

“Tapi bukan berserah. Kenalah berusaha..” bangkang Kamarul. Dia tersenyum. Perlahan dia mengangguk.

“Iyalah.. siapa cakap aku nak berserah.”

“Dah tu?”

Sengih. “Abah Nadine, garang tak?” soalnya tiba-tiba.

Kamarul mengerutkan dahi. “Kau dah kenapa, tiba-tiba tanya pasal abah dia?”

“Nak anak dia, kenalah jumpa dengan wali dia.”

Berkali-kali Kamarul menggelengkan kepalanya. Matanya membulat tanda tak percaya. Apa kawannya yang seorang ini memang dah nekad betul ke? Beranilah gilalah kalau memang serius nak jumpa dengan abah Nadine.

“Kau serius?”

Angguk.

“Kau yakin?”

Tertawa. “Aku dah yakin. Dah mantap juga masa aku cakap dengan kau yang aku nak kenal dengan Nadine.”

“Maksudnya?”

Tertawa. “Kau ingat, aku minta kau tolong sebab aku nak tackle dia?”

Kamarul angguk. Dia tertawa. Perlahan dia menggeleng. “Taklah!”

“Dah tu?”

“Aku nak cakap dengan dia, sincerely yang aku nak hitbah dia dari tangan wali dia.”

Melopong. Mata Kamarul berkelip-kelip memandang dia. Sungguh luar alam barangkali fikiran Kamarul bila ia seyakin dan semantap itu.

“Kau gila?”

Menggeleng. “Kau nekad?”

Angguk. “Umi dengan ayah kau tahu?”

Ketawa. Perlahan dia menggeleng.

“Dah tu?”

“Aku nak bincang dengan abah dia dulu. Kalau abah dia setuju. Okey... aku bincang dengan umi dan abah.”

“Serius! Kau memang gila!” ujar Kamarul. Dia tertawa. Kamarul ni la... ada ke dari tadi asyik kata dia gila.

Dia bukan gila, dia cuma mahu menjaga batas pergaulan. Dia tak mahu melanggar syara’. Nadine itu budak yang baik, tahu tidak. Takkanlah nak bawa ke hulu dan ke hilir tanpa ikatan. Dia pun tak hendak.

Senyum. “Nantilah. Bila aku dah betul-betul sedia. Aku cakap kau. Apa pun, aku kena istikharah dulu. Kena buat solat hajat juga, minta Allah permudahkan urusan aku.”

Kamarul angkat bahu. Dia okey saja. Tak ada masalahnya pun kalau setakat nak bawa Fakhran Syafrie ke rumah Nadine dan temukan dengan uncle dia.

Tuesday, April 16, 2013

# 4-iii

Baru saja tadi Nadine menerima panggilan telefon dari dua pupunya Kamalia bertanyakan dia sedang duduk di mana. "Food court." jawab Nadine. Tak sampai sepuluh minit, Kamalia tiba dan langsung mengambil tempat di depannya.

"Kau cuti kali ni ikut program Bakti Siswa lagi ke?" soal Kamalia.

"Bakti Siswa? Aku mana ada program macam tu. Apa tu?" Soal Nadine. Kamalia langsung tertawa. "Kau tu la Iman, asal balik bercuti kat sini mana pernah lekat kat rumah. Ada macam-macam program. Siap pergi program dengan adik-adik junior yang bakal nak fly la, usrah la, majlis taklim la apa la. Segala jenis macam program yang aku tak faham." bebel Kamali. Mendengar itu, Nadine langsung tertawa.

"Dah tu, aku balik kat sini kenalah juga penuhkan masa aku dengan aktiviti yang berfaedah. Biar otak sentiasa bergerak untuk berfikir." tutur Nadine lembut.

"Iya la, kau tak penat ke? Kat sana pun  studi, balik sini pula sibuk nak ikut semua program-program ilmu macam tu."

"Tak pun. Tak penat mana pun. Kalau kita cintakan ilmu, kita tak pernah nak penat untuk mencari ilmu tu." tutur Nadine lembut. Kamalia dua pupunya itu, seolah-olah tahu yang dia baru saja merancang untuk mengikut pelbagai program sepanjang kepulangannya bercuti ke Malaysia.

Iyalah, bak kata Ustaz Hasrizal, 'erti hidup kepada yang memberi'. Cuma orang-orang yang memberi sahaja yang faham rasa nikmat itu apabila orang yang menerima mengamalkan dan menghargai pemberian itu. Kan?

Hakikatnya, Nadine ingin belajar tentang memberi. Memberi tanpa ada sebarang halangan. Tanpa ada sebarang sekatan. Tugasnya sebagai doktor nanti pun, akan membantunya untuk memberi tanpa sebarang sekatan dan halangan. Memberi dan berkongsi seboleh mungkin. Bukankah da'ie itu tidak terhad pada mereka yang beraliran agama sahaja? Bukan sahaja mereka yang bergelar guru, murabbi sahaja yang layak. Semua orang termasuk orang biasa juga layak memberi dan berkongsi ilmu.

Jadi pada Nadine, dari sekaranglah Nadine harus mendidik diri Nadine menjadi seorang yang pemurah dalam berkongsi. Hatta ilmu atau apa pun.

Kamalia tadi, sempat pula mengusiknya, "Kat sana tak ada boyfriend ke?"

"Ramai... tapi setakat kawan sekuliah je la." jawab Nadine endah tak endah.

"Carilah seorang..." tutur Kamalia.

"Buat apa?"

"Buat calon suami. Nanti dah kerja, tak sempat nak cari..." balas Kamalia. Nadine sekadar tersenyum. "Belum masanya." balas Nadine.

“Apa kamu lesbian?” soal Kamalia laju.

“Gila kau! Simpang malaikat 44. Kau ingat aku kaum Nabi Luth? Nak biarkan Nabi s.a.w tak mengaku umat? Tak terima syafaat?” jerkahnya siap dengan mata yang dijegilkan. Kamalia tertawa. “Dah tu, aku dengan Kamarul ni dah jenuh dapat pertanyaan tentang kau. Yang kau boleh pula buat selamba derk, nak menjawab salam yang dia orang hulurkan pun tak!”

“Salam yang macam mana maksud kau? Salam yang begini; assalammualaikum... tak jawab berdosa; jawab nak dengan saya?”

“Salam yang begitu?” soalnya dengan nada mengejek pemberi-pemberi salamnya yang selalu. Kamalia tertawa terkekek-kekek.

“Tak baiklah kau cakap macam tu!”

“Dah tu? Betulkan?”

“Tapi tak salah kan jawab salam tu?”

“Siapa cakap? Salam tu bukan lagi wajib dan harus untuk aku jawab bila kalimatnya sudah dipermain-mainkan. Pengucap salam itu sendiri sudah menghina ucapan salam.”

“Siapa cakap?”

Senyum. “Kau pernah tengok Bicara Kifayah? Ustaz Abu Hasan Din al-Hafiz ada terangkan tentang hukum menjawab salam. Aku sempat buat note tentang tu.”

“Firman Allah dalam surah an-nisa ayat 86, “Apabila kamu diberikan suatu ucapan penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan ucapan yang lebih baik padanya, atau balaslah penghormatan itu, (dengan yang serupa).”

“Jadi, patut ke salam tu aku jawab dengan yang serupa? Wa’alaikummusalam... saya jawab, saya suka dengan awak? Begitu?” Semakin terkekek-kekek Kamalia mendengar penerangannya. Dia sendiri sudah tersenyum. Menarik nafas dalam-dalam, perlahan dihelanya.

“Kau kan, sekarang ni bila bercakap mesti berisi.”

Senyum. “Kenapa nak cakap perkara kosong. Sedangkan nanti Allah akan hintung apa yang kita perbuat kat dunia ni? Apa yang kita perbincangkan, apa yang kita perkatakan. Kalau setiap perkataan, cerita dan perbualan itu merintis titis-titis pahala. Alhamdulillah. Tapi kalau merintiskan titis-titis dosa, mampu ke kita nak jawab dengan Rabb kita nanti?”

“Pada zaman khulafa al-Rasyidin dulu, ketika zaman Umar al-Khatab menjadi khalifah, ada seorang wanita ini yang ketika Umar al-Khatab temui, setiap bahasa dan setiap kata-kata yang dia ucapkan adalah dari ayat-ayat al-Quran. Umar yang kehairanan bertanyakan pada anak-anaknya. Dan jawapan mereka, ibu mereka terlalu takut untuk bercakap kerana gusar mengundangkan dosa.”

Menelan liur. Wajah Kamalia dipandangnya, “Jadi, kalau pun kita tak mampu menjadi seperti itu, namun sekurang-kurangnya kita mencuba sehabis baik. Biar ada sedikit pahala yang kita rintiskan dalam ucapan kita. Itu sebabnya lebih baik diam dari bercakap. Takut mengundang kepada menfitnah. Sanggup nak makan daging yang bernanah kat akhirat nanti? Daging manusia pula tu. Nak?” soalnya lagi.

Kamalia laju saja menepuk bahunya. “Kau jangan nak buat aku termuntah boleh.” Ujar Kamalia sambil menjegilkan matanya. Dia sudah tertawa terkekek-kekek.

“Aku tanya,je.”

“Iya, aku tahu. Dan aku pun kongsi je dengan kau. Sebab aku sayang kau. Kau dua pupu aku. Ilmu yang ada tak baik simpan sendiri. Sebab tu nabi s.a.w bersabda, “sebarkanlah walau satu ayat”. Kau ada faham?”

Kamalia mengangguk. “Faham-faham. Aku rasa macam kena tazkirah dengan kau. Macam tazkirah bergerak!”

Dia tertawa. “Dah tu, kau yang mula.”

“Tapikan Nadine...”

“Apa?”

“Itu agaknya semua lelaki tu macam nak mengejar kau. Aku dengan Kamarul yang jadi mangsa.”

Nadine tersenyum. Perlahan dia menggeleng,  “Korang tak layan. Dia orang pun tak cari korang lagi. Insya-Allah.”

“Berkawan je pun dengan dia orang. Susah ke?”

Senyum. “Berkawan dengan matlamat apa?”

Kamalia terdiam. Dia tersenyum. “Kalau berkawan tak ada matlamat, jadi untuk apa?”

“Kalau untuk belajar?”

“Boleh. Tapi hadkanlah. Kalau perlukan kepada perbincangan. Elakkan perbincangan secara berdua-duaan. Takut nanti menimbulkan fitnah.”

“Fitnah?”

Angguk. “Kalau orang pandang je, orang mesti cakap; itu mesti couple. Walhal tak. Jadi biarlah perbincangan berkumpulan...”

Kamalia menggeleng. “Kau rigid sampai macam tu.”

Menarik nafas. Perlahan dihelanya. Bagaimana agaknya lagi harus dia fahamkan sepupunya ini tentang hak dan batil.

“Kamalia, yang hak itu hak. Yang batil itu batil. Hak dan batil itu terbahagi kepada satu garis pemisah yang halus. Yang kadang-kadang kita tak dapat bezakan yang mana hitamnya dan yang mana putihnya.”

“Barangkali, kita dah terbiasa dengan sistem alah tegal biasa. Bila dah selalu kita tengok dah selalu orang buat. Benda tu dah jadi kebiasaan. Hakikatnya, benda tu menyalahi hukum. Bukankah nabi dah bersabda, bila berdua ada yang ketiga? Syaitan ikut ditengah-tengah.”

“Bukan macam tu maksud aku. Tapi kau perhalusi benda tu macam tu isu besar.”

Dia tersenyum. “Hal agama dan hukum tak pernah menjadi satu isu yang kecil dalam kehidupan. Agama itu menyeliputi kehidupan kita, bermula dari kita bangun tidur sehingga kita kembali tidur. Dan apa yang kita perbuat dalam kehidupan ni dikira ibadah. Sebab tu, mudah sebenarnya merintis pahala seperti mudah juga merintis dosa. Tapi terpulang pada kita untuk memilih.”

“Okey fine~! Kalau bercakap dengan kau tentang dosa dan pahala, rasanya sampai bila pun tak selesai. Kau dah mula jadi ustazah and you freaking me out!”

Dia sekadar tersenyum. Dia tahu, barangkali fikiran Kamalia tidak boleh menerima caranya. Mungkin?

“Okey jom gi makan.” Ajaknya. Kamalia laju saja mengangguk. Dia tersenyum. Barangkali perlu mengambil masa untuk melentur Kamalia.

“Kau tenung apa?” sapaan itu membuatkan dia terkejut. Laju saja tangannya mengurut dada sambil beristighfar. Menoleh ke kiri, Haslina tersengih.

“Tak ada apa.”

“Kau termenung kenapa?”

“Aku tak jadi nak ikut kau ke Sabah Lin." tutur Nadine pada Haslina yang baru melabuhkan duduk di sisi Kamalia.

“La.. kenapanya?”

“Sepupu aku kahwin. Dia nak aku jadi pengapit dia.”

“La.. tak bestlah!”

Tersenyum. “Insya-Allah, sama je aku ada atau tak. Perjalanan program tak akan cacat!”

“Aku la yang kesian.” Jawab Haslina mendengar itu, Nadine menoleh memandang temannya itu. “Kesian kenapa?”

“Nanti ramai yang tanya pasal kau. Aku juga yang susah.”

Nadine tertawa. “Hish! Menipulah tu. Siapa yang nak tanya pasal aku.”

“Buat-buat tak tahu. Siapa yang tak suka kat kau? Perempuan Melayu Terakhir. Memanglah semua lelaki pun nak rapat.” Ujar Haslina. Nadine tertawa lagi.“Merepek. Dah, jom makan, sejuk kang makanan kita."

Friday, April 12, 2013

4-ii

Sudah lama dia tidak bertemu Kamarul. Temannya itu sekarang ini, tampak sangat berubah. Dari kursus kejuruteraan semasa di sekolah dulu, tiba-tiba sudah bertukar bidang. Sudah menjadi seorang chef ternama.
Kalau bukan sebab Kamarul ternampak dia, dan berpesan pada pelayan mahu bertemu. Pasti saja dia tak bertemu muka dengan Kamarul dan tak berakhir di gerai mamak seperti sekarang. Melihat ke tangan kanan, jam sudah menunjukkan angka 1 pagi. Tak sangka, sudah hampir tiga jam mereka berbual. Mengorek cerita lama zaman sekolah.

“Kau dah habis studi?” soal Kamarul.

Dia tertawa. Laju saja dia menggeleng. "Belum lagi lah. Aku balik cuti summer ni."

“Awek kau apa khabar?”

Dia tertawa. “Mana ada...”

“Tak jumpa?”

Angkat bahu. “Sibuk studi agaknya. Sampai tak sempat nak menjeling anak dara kampus tu.” Ujar Kamarul. Dia tersengih tidak memberikan jawapan.

“Masa-masa studi macam ni, kau dah kena mula cari. Nanti bila dah grad tak ada masa nak mencari.” Ujar Kamarul memberikan nasihat. Dia sekadar tersengih.

“Kau?”

“Insya-Allah, tahun ni kahwin kalau tak ada aral.”

Mengangguk. “Alhamdulillah...”

Menarik nafas dalam-dalam. Dia melontar pandangan ke tepi jalan. Bunyi bising motor jelas memecah sunyi malam. “Kau makin hebat sekarang..” tegur Kamarul. Dia tersenyum.

“Hebat apa ke nama? Aku belajar pun tak habis lagi. Kau tu, siap jadi chef terkenal lagi. Tak sangka.”
Senyum. “Rezeki aku. Tangan aku pengkaq bab-bab melukis.”

Sengih. “Alhamdulillah. Apa pun, rezeki Allah nak bagi.”

Mengangguk. “Itulah..”

“Nadine, apa khabar?” soalnya. Kamarul memanggungkan wajah. Bibirnya mengukir senyum.

“Kau ingat lagi dia?”

Tersengih. “Kawan-kawan,kan?”

“Dia lepas SPM dapat buat prep untuk medic.”

Angguk. “Dah bertunang dah?”

“Kau tanya kenapa? Nak masuk?” soal Kamarul dengan senyuman. Dia tertawa.

Sengih. “Kawan-kawan. Eloklah bertanya khabar.” Ujarnya. Kamarul tersengih.

“Nak aku kirim salam pada Nadine?”

Dia tertawa. “Nak mainkan aku la ya?”

“Tak nak, tak apa.”

Tertawa. Perlahan dia mengangguk. “Dia tak kenal aku.”

“Mana kau tahu?”

“Aku tahulah. Aku kenal dia.”

Kamarul ketawa. “Aku sepupu dia. Aku lagi kenal dia.”

Senyum. “Kalau tak percaya, kau tengoklah nanti. Masa walimah kau.” Ucapnya. Kamarul tersenyum. Berjabat tangan, mereka melangkah keluar. Masing-masing berpisah di depan kedai.

Menyebut nama Nadine Nur’iman saja. Dia sudah tersenyum. Dia sudah lama memerhatikan Nadine Nur’iman. Cuma dia tak pernah berani mahu dekat. Apa lagi mahu menegur gadis itu. Nadine Nur’iman yang dia kenal. Lain dari gadis-gadis lain.

Gadis itu sangat menjaga. Sangat tegas. Sangat serius. Sangat komited.

Itu Nadine Nur’iman yang dia kenal. Itu Nadine Nur’iman yang berjaya menarik perhatiannya hingga sekarang. Hinggakan dia tak bertemu dengan mana-mana gadis lain yang berjaya membuatkan dia tertarik.
Tapi kalau sudah kata Kamarul tadi, Nadine masih sendiri. Jadi tak salah kalau dia mencuba. Dan gadis seperti Nadine itu, cara untuk memilikinya pasti saja menerusi walinya. Itu yang dia tahu. Dia sendiri sudah berniat mahu benar-benar serius dengan gadis itu. Bukan sekadar main-main. Dia mahu hubungan mereka, hubungan yang berlandaskan syara’. Dia mahu hubungan itu adalah hubungan yang diredai.

Tapi bagaimana?

Menarik nafas dalam-dalam. Perlahan dia menggeleng.

Jodohnya sudah Allah tetapkan. Tapi dia boleh berusaha dan berdoa. Semoga Nadine itu tulang rusuk yang akan melengkapi kehidupannya. Semoga niatnya diperkenankan Allahu Rabbi.

Mungkin, dia harus berbincang dengan Kamarul. Berterus-terang. Tapi, bagaimana?

#4 - i

Tadi ketika bertemu dengan Abang Adam dalam perjalanan ke lab, sempat mereka saling bertanya khabar. Sebelum berpisah, Abang Adam langsung berpesan padanya, "Ari nanti ke rumah. Kak Anys tadi pesan, kalau jumpa Ari dia minta ke rumah."

"Iya.. insya-Allah."

Abang Adam langsung menepuk bahunya. "Datanglah makan malam di rumah malam ni. Tak ada apa-apa rancangan kan?" soal Abang Adam. Sekali lagi Fakhran Syafri mengangguk. "Insya-Allah, tak ada rancangan sepatutnya."

Abang Adam tersenyum. "Kalau macam tu, nanti abang cakap dengan Kak Anys." tutur Abang Adam sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dan mereka berpisah di situ. Fakhran kembali menapak ke lab.

Usai solat maghrib, Fakhran langsung ke rumah Abang Adam. Tadi janjinya dengan Abang Adam, dia ke rumah Abang Adam lepas solat maghrib sahaja. 

"Jemput masa Ari." jemput Abang Adam sebaik dia terconggok di depan pintu. 

"Maaf bang. Lewat-lewat macam ni baru nak datang." tutur Fakhran Syafri.

"Mana ada lewat. Just in time." tutur Abang Adam. Fakhran melangkah lelaki itu masuk ke dalam rumah dan langsung mengambil tempat di depan Abang Adam.

"Boleh makan lagi tak ni?" soal Abang Adam.

"Eh.. tak payah susah-susah bang. Dah makan dah tadi dengan Rashidi." tolak Fakhran.

"Apa susahnya. Kak Anys dah siapkan pun. Kata Kak Anys, tak makan malam pun kurang-kurang boleh makan desert yang Kak Anys sedia kan." sambung Abang Adam dengan senyuman. Fakhran tersenyum mengangguk.

"Sekejap ya, Abang nak jenguk Kak Anys kat dapur." tutur Abang Adam sebelum berlalu ke dapur. Fakhran sekadar mengangguk.

Ketika Kak Anys kembali. Perbualan mereka asalnya berkisarkan kepada program-program yang bakal  diterajui oleh Abang Adam dalam Persatuan Melayu Aberdeen.

"Ari..." seru Kak Anys. Fakhran lantas menoleh memandang Kak Anys sebelum mengangguk sedikit. Degup jantung tiba-tiba berubah rentak. Rasanya dia sudah boleh mengagak arah tuju perbualan dia - Kak Anys bakak berlangsung.

"Niat Ari, dah Kak Anys sampaikan pada Iman..." lembut Kak Anys bersuara sebelum isteri Abang Adam itu terdiam. Perlahan wanita berwajah lembut penuh keibuan itu menggeleng perlahan.

"Kak Anys minta maaf, Iman dia tolak hajat Ari." tutur Kak Anys. Fakhran tersenyum. Dia tak terkejut pun kalau Kak Anys kata begitu. Dia kenal sangat dengan perangai Nadine tu. Terlalu kenal sebenarnya!

Perlahan Fakhran menggeleng. "Tak apa kak. Insya-Allah, kalau ada jodoh, kalau Allah dah tetapkan dia untuk saya, insya-Allah tak ke mana. Kita dah berusaha. Akak pun dah sampaikan hajat saya, alhamdulillah." tutur Fakhran lembut.

Anys diam. Perlahan dia mengangguk. Menoleh memandang suaminya, Anys langsung memohon diri daripada Fakhran kemudiannya. Dia sudah mati kata sebenarnya. Sudah tidak tahu apa lagi yang harus diperbualkan dengan Fakhran. Elok saja Fakhran dibiarkan berbual-bual dengan suaminya.

"Akak ke dalam dulu, nak tengokkan Aisya." lembut Anys meminta diri. Fakhran mengangguk. Dia kemudiannya berbual-bual dengan Abang Adam cuma sekejap sebelum dia berjalan kaki pulang ke rumah. Dalam menapak, otaknya ligat berfikir.

"Insya-Allah, tak kemana." perlahan kata itu terletus dari celahan bibir Fakhran.