novel ke 4 yang harus diterbitkan

tamatkan e-novel

kategori tulisan saya

Monday, January 17, 2011

Prolog : Mehnah itu ujianNya

Insya-Allah, this will be my next novel. Ini adalah Natalia Natasha. Ini adalah Tanpa Tajuk. Insya-Allah, editing bermula secara serius sekarang. Mungkin tak punya waktu untuk update di blog.

Bagaimana pun ini sedutan dalam editing yang Diya mulakan.

Sedutan

Bibir mengukir senyum. Jemari aku halakan ke perut. Terasa pergerakkan bayi.“Syhh...diam-diam. Mama nak study...” perlahan aku bersuara. Seperti mengerti, bayi milikku itu berhenti bergerak. Mata kembali tertacap pada kepingan nota di depan. Hidangan Fish and Chips masih juga belum terusik.

Pening rasanya bila bahan masih belum cukup untuk tajuk tesis yang dipilih. Air di dalam gelas, diteguk perlahan. Hilang sekejap rasa dahaga.

“Alia...”

Terdengar nama diseru. Perlahan kepala aku panggungkan. Muka saat itu terasa kebas tiba-tiba. Bermacam persoalan bermain dalam kepala. Bagaimana agaknya dia tahu aku ada di sini? Emak ke? Atau dia tahu dari ayah? Tak mungkin Aiman... Hatiku laju menidakkan.

“Kenapa balik sini tak cakap?” soal lelaki itu sambil menarik kerusi duduk walau tak kujemput. Aku sekadar memandang.

“Mana awak tahu saya kat sini?” soalku laju. Tapi dia cuma diam. Ada tak ada, dia pula yang bertanya. “Awak dah call emak dengan ayah awak?”

Soalannya tak aku jawab. Sebaliknya aku merenungnya lama. Pelik. Bukan ke dia sekarang tinggal di Abardeen. Itu yang aku dengar dari Suzana semalam. Lama aku memandang dia dengan mata yang terkebil-kebil. Pelbagai persoalan yang sedang bermain dalam ruang lingkup otakku saat ini.

“Mana awak tahu saya kat sini?” soalku tanpa menjawab soalannya tadi. Chips di dalam pingganku tanpa segan silu ditariknya satu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikunyah. “Emak awak..” jawabnya. Satu lagi chips dicuri dari dalam pingganku sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

“Awak tak kerja ke?” soalku laju. Dia diam. Sekadar tersenyum.

“Awak datang sini nak makan ke nak study?” soalnya tanpa mengendahkan langsung soalanku padanya tadi.

“Dua-dua...” balasku sambil mataku kembali memandang kertas-kertas yang penuh dengan contengan tanganku. Dia langsung tak aku hiraukan. Seolah-olah dia langsung tak wujud di depanku.

“Mak Usu kirim salam.” Suaranya kedengaran lagi setelah agak lama kami masing-masing mendiamkan diri. Aku mengangguk. Salam Mak Usu aku jawab dalam hati.

“Baby sihat?” soal dia. Aku angguk lagi. Dia tersenyum. Perlahan dia menyandarkan badan ke kerusi. Ada tak ada, dia sekadar memesan air. Mahu menemankan aku makan ke apa? Hatiku bersoal jawab sendiri.

Tangannya pantas saja memanjang. Menarik pen dari celah jari-jemariku. Aku sekadar memerhatinya dengan pelik. Dari penku yang ditarik, buku-buku dan kertas nota yang ada didepanku dikumpulnya dan disusun. Kemudian diletakkan sebelah. Pinggan fish and chips dihadapkan di depanku.

“Makanlah...”

Wajah dia aku pandang pelik. Menelan liur. “Mana awak tahu saya kat sini?”

“Su cakap.”

“Awak ke rumah Su?” soalku. Dia mengangguk lagi.

“Ada apa awak datang?”

“Makan dulu. Karang borak...” ucapnya. Pinggan ditolak rapat padaku. Melihat aku masih kaku, pisau di sebelah diambilnya. Terdengar bunyi pisau dan garfu berlaga di atas pinggan sebelum dia menghulurkan garfu ke bibirku.

Perlahan aku menggeleng. “Saya buat sendiri.”

Dia tersenyum. “Kalau tak nak saya suap, makan...” arahnya. Aku anggup. Perutku masih belum lapar pun sebenarnya. Cuma tadi, aku teringin nak merasa fish dan chips di sini. Dulu aku selalu saja datang ke sini jika melawat Arni dan Suzana di Sunderland.

Baru beberapa mulut aku makan. Perut sudah terasa kenyang. Tak boleh masuk langsung. Betul la aku mengidam. “Dah sudah?” soalnya bila lihat aku sudah menolak pinggan ke depan.

Angguk.

“Tak habis pun.” Komennya.

“Orang teringin je pun.”

Dia tersenyum. “Mengidamlah tu,” komennya lagi. Tertawa mendengar gurauannya.

"Mengindam apanya. Perut dah besar, lagi nak mengindam.” Aku membalas.

Untuk seketika, suasana antara aku dan dia menjadi hening. Terasa canggung tiba-tiba. Terasa lain. Mungkin sebab sudah lama tak bertemu atau mungkin juga kerana dia itu sepupunya, Aiman.

“Awak sihat, Alia?”

Angguk. “Awak?”

“Macam awak tengoklah.”

Diam. Menoleh keluar. Mata meliar pada orang yang lalu lalang di luar. “Kenapa tak cakap balik sini?” soal lelaki itu. Mendengar itu aku kembali menoleh.

Bibir mengukir senyum tawar. “Entah.”

“Awak malu?” soal lelaki itu lagi.

“A part of it, kot?” jawabku endah tak endah.

Menggeleng. Kelihatan lelaki itu mengeluh. Aku sekadar memerhati. “Kenapa?” soalku.

“Bila due?”

Mendengar soalan itu aku tersenyum. Hati tiba-tiba rasa bahagia. Tak sabar menunggu kelahiran si kecil dalam perut ini. “Insya-Allah, jangkanya Januari nanti.”

“Awak okey?” soal lelaki itu lagi. Sekali lagi aku mengangguk sebagai jawapan.

“Alia...”

Dahi berkerut. “Ya?” soalku.

“Saya nak minta izin awak...”

“Izin apa?” soalku.

“Saya nak minta izin, nak jaga awak. Nak jaga anak awak.”

Mataku terkebil-kebil mendengar kata-kata dia. Lama aku memandang dia. Antara percaya dengan tidak dengan apa yang baru dia katakan.

“Awak cakap apa tadi?” soalku. Mahu memastikan yang telingaku masih belum tuli. Yang pendengaranku masih belum cacat.

Dia membetulkan postur duduk. Matanya memandang aku tepat. Satu deheman terlontar dari mulutnya. Aku mengerutkan dahi. Menanti jawapan.

“Saya nak minta izin awak, nak jaga awak dan anak awak.” Ucapnya. Aku tersandar ke kerusi. Terkejut.

“Saya dah minta izin emak dan ayah awak. Tapi saya perlukan persetujuan awak juga.” Ucapnya lagi.

Mendengar itu perlahan aku menggeleng. Aku tak tahu sama ada aku harus ketawa atau apa saat ini. Nafasku saat itu terasa seperti terhenti kala mendengar apa yang dia katakan. Menoleh memandangnya. Lelaki itu masih setia di situ. Menarik nafas dalam-dalam. Aku cuba meraih semangat yang ada. Luka lama itu masih berbekas di situ. Tak mungkin aku akan benarkan sesiapa pun ‘menjaga’ aku. Apatah lagi dia yang bukan keluargaku. Yang bukan ibu bapaku.

“Saya ikhlas Alia...” ujarnya.

Aku mengoyak senyum. Perlahan aku menggelengkan kepala. “Saya tak pernah pertikaikan keikhlasan awak.”

“Tapi awak tak perlu bersusah payah untuk jaga saya, untuk jaga anak dalam kandungan saya.”

“Tapi...”

Memandang dia, aku menggelengkan kepala lagi. “Saya masih ada kudrat lagi, tak perlu bantuan awak. Insya-Allah.”

“Awak perempuan Alia... Hidup kat sini, mencabar.”

Angguk. “Saya tahu hidup kat sini mencabar. Jadi anak rantau, duduk kat tempat orang. Perempuan pulak tu. Sendiri macam ni... saya tahu mencabar.”

Menelan liur. Pandangan mata menoleh ke arah lain. “Tapi Ikhwan. Saya lebih selesa hidup sendiri. Insya-Allah, ada Allah yang akan jaga saya. Saya berserah sepenuhnya pada Dia.”

“Awak berdendam, Alia?”

Menggeleng. “Saya tak berdendam. Saya mahu berdikari.” Bibir mengukir senyum lagi. Menarik nafas panjang. Pandangan mata kembali memandang lelaki itu. “Betul, perkahwinan saya musnah. Saya tak pernah salahkan sesiapa bila perceraian berlaku. Saya sedar saya perlu kuat, saya perlu belajar dari kesilapan. Mungkin ada salah saya.”

“Insya-Allah, saya tak mudah lemah semangat.”

Bangun dari duduk. Buku-buku dikemaskan. Memandang wajah Ikhwan, kepala ditundukkan sedikit tanda hormat. “Saya berterima kasih pada awak.Pada Mak Usu. Awak dan Mak Usu banyak menabur budi. Insya-Allah saya tak akan lupa. Tapi saya perlu berdikari.”

“Saya faham awak nak belajar berdikari Alia, tapi apa salahnya kalau awak benarkan saya jaga awak dan bayi yang kandung tu?”

“Ikhwan, tak perlu awak susah-susahkan diri awak untuk saya.”

Memandang dia, bibirku mengukir senyum. “Awak baik, Insya-Allah, saya percaya ada perempuan lain yang lebih baik untuk awak. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak, Ikhwan.”

“Apa kurangnya awak dan apa lebihnya saya?”

Senyum. “Kurangnya saya, kerana saya janda yang bakal beranak satu. Lebihnya awak, kerana awak masih anak teruna.”

“Itu bukan soalnya.”

Mendengar itu aku tersenyum. Perlahan aku menggeleng. “Tidak bagi awak, tapi ya untuk saya.” Beg yang terisi buku-buku yang aku pinjam tadi, aku sandangkan ke bahu. Langkah mula aku atur meninggalkan perpustakaan.

“Assalammualaikum...” ucapku sambil berlalu meninggalkan dia di situ sendiri.

Untuk seketika langkahku atur tanpa arah. Hinggalah akhirnya aku bertemu satu kerusi di antara denai-denai laluan yang aku lalui. Punggung aku labuhkan di situ. Buku aku letakkan di sisi. Perlahan air mata menitis.

Aku sedar, hidup ini bukan sekadar berkisarkan yang indah semata-mata, tapi berserta dugaan dan ujianNya. Telah lama aku sedar tentang hakikat itu. Aku tahu yang sihat dan sakit, susah dan senang itu adalah antara satu dalam berjuta ujian yang mungkin Allah turunkan pada kita.

Bukankah Allah sudah berkata, “Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku pada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman musuh), sehingga berkatalah rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya : Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)

Surah Al-Baqarah : Ayat 214

Apalah sangat ujian dan dugaan Allah padaku kalau dibandingkan dengan kekasih-kekasihNya? Apalah sangat semua ini kalau dibandingkan dengan ketakutan dek bangsa Palestin yang tak pernah aman dek ancaman Israel. Apalah sangat semua itu, kalau nak dibandingkan dengan kesusahan rasulullah saat diancam oleh masyarakat jahiliyah Bani Quraisy.
Jemari runcingku, aku talakan ke wajah. Mengusap air mata yang menitis jatuh. Bukankah dalam rukun iman telah menegakkan agar percaya kepada qada’ dan qadar Allah. Andai ini salah satu dari qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan, siapa aku mahu menghalang?

Aku bukan pasrah, tapi aku akur dengan ketentuan Allah. Bukankah Allah tahu segala yang terbaik untuk hamba-hambaNya? Andai ini rintis jalan yang telah diaturkan, dia menurut dengan reda. Tak guna menangis melalak dan melolong bagai tiada iman.

Aku berterima kasih kerana Allah bukankah hati Ikhwan untuk membantu aku dan bayiku. Tapi aku tak mahu membebankan. Aku tahu Allah sentiasa ada untukku. Allah sentiasa membantu aku. Aku tahu itu. Ketabahan hati yang aku miliki hari ini, adalah anugerah Dia. Adalah barakah doa emak yang sentiasa mahukan aku kuat.

“Ya Allah... Kuatkan aku... Aku mohon padaMu.”

Menarik nafas dalam-dalam. Aku kembali berdiri. Langkah aku kembali di buka menghala ke stesen kereta api. Nanti-nanti saja aku mesej Suzana, maklumkan dia yang aku terus pulang ke Manchester. Nanti aku datang lagi bertemu dia, putusku dalam perjalanan.

1 comments:

~ZYX~ January 17, 2011 6:30 PM  

eh...? alia kahwin ngan sape smpi mengandung...? x kahwin ngn ikhwan ke..? pelik la..pape saya follow...
da macam cite nakhiah khalida plak...

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP