Sebuah Penantian - Prolog
Roof top Rant karya Hlovate baru saja ditelaahnya. Dia tersenyum kelat sendiri. Ada juga orang lain yang memiliki nasib yang sama dengannya. Bezanya perjalanan hidup yang kita hadapi dan penerimaan seseorang terhadap takdir yang telah ditentukanNya. Ada yang diabaikan kerana dendam, ada yang terabai kerana kesempitan hidup. Masing-masing hadir ke dunia ini dengan ceritera tersendiri, diabaikan atas sebab yang berbeza-beza.
Kisah hidupnya sendiri...
Kisah hidupnya sendiri...
Ah, dia jadi benci bila mengingatkan nasib dirinya! Entahlah. Punya mama, tapi seperti tidak ber'emak'. Mama hanya tahu melahirkan, tapi sedikit pun tidak pernah mengambil berat mengenai dirinya. Wajarkah wanita begitu dipanggil 'mama'? Kejam tak?
Ayah? Jangan disebut mengenai lelaki itu. Entah-entah mereka berdua tidak pernah menginginkan dirinya dan atas sebab itulah kedua-duanya tidak pernah ambil peduli mengenai dirinya. Masing-masing dengan hidup masing-masing. Keluarga masing-masing. Dirinya seakan tidak pernah wujud di mata mereka.

Jadi, derhakakah dia sekiranya dia melakukan perkara yang sama ke atas kedua-dua ibu dan bapanya? Berdosakah dia andai dia melarikan diri setelah bertahun-tahun menjeruk rasa di atas sikap dan kelakuan ibu dan bapanya itu?
Kisah hidupnya sendiri... ah, dia jadi benci bila mengingatkan nasib dirinya! Entahlah. Punya mama, tapi seperti tidak ber'emak'. Mama hanya tahu melahirkan, tapi sedikit pun tidak pernah mengambil berat mengenai dirinya. Wajarkah wanita begitu dipanggil 'mama'? Papa? Jangan disebut mengenai lelaki itu. Entah-entah mereka berdua tidak pernah menginginkan dirinya dan atas sebab itulah kedua-duanya tidak pernah ambil peduli mengenai dirinya.
Hovate betul bila dia berkata ‘There’re times when strangers are like family, and family are like strangers’. Dia tak tahu dari mana Hlovate dapat idea itu. Tapi Hlovate sememangya benar dan dia mengakuinya.
Bibirnya mengoyak senyum. Tapi kelat. Sekelat rasa hatinya setiap kali terkenangkan mama. Mahalnya harga kasih mama untuk dimenangi. Mahalnya perhatian mama untuk diraih. Tak terjangkau gapaian jemari untuk merebut rasa kasih mama padanya.
Bukan tak pernah dia bertanya pada diri sendiri, kenapa tak saja mama berikan dia pada orang kalau kehadirannya tak dikehendaki? Bukan sekadar pada diri sendiri, pada Mak Jah juga pernah dia bertanya. Tapi bila saja dia bertanya, pasti dia dimarahi. Kata Mak Jah, berdosa mempersoalkan takdir. Dia sepatutnya bersyukur kerana mama tak berikannya pada orang lain. Itu maksudnya mama masih kasih kan dia.
Sukar benar rupanya mahu merebut kasih mama. Sukar juga merebut kasih papa. Apa yang terjadi antara papa dan mama, sesungguhnya di luar pengetahuannya. Tapi yang pasti, kewujudannya seolah-olah satu kesilapan yang wujud dalam kehidupan papa dan mama. Dan hakikatnya, setelah bertahun-tahun mencuba tanpa lelah. Akhirnya dia reda. Wujudnya tak pernah dikehendaki. Hadirnya tak pernah membawa erti.
Dan hingga ke saat ini, genap usianya 26 tahun. Dia masih terlalu ingin merasai bagaimana rasanya disayangi oleh orang yang bergelar papa dan mama. Bagaimana rasanya dimanjakan. Bagaimana rasanya dipeluk papa dan mama penuh kasih. Bagaimana rasanya memeluk tubuh mama dan papa. Semua itu antara perkara yang ingin dikecapinya. Tapi perkara yang paling ingin dikecapinya itulah perkara yang paling mustahil untuk dia miliki.
Memandang keluar jendela, dedebu salji berwarna putih mula jatuh ke bumi. Ada yang terlekat di kaca jendela. Dia bangun memandang keluar. Menarik nafas panjang...
Barangkali, hidup dia juga seperti salji ini. Dikelilingi hati-hati orang yang dingin dengannya sedingin salju. Hingga tak dapat merasai kehangatan keinginannya untuk mencairkan hati dingin . Dan barangkali ujudnya juga seperti salji ini, turun untuk masa yang sekejap sebelum sirna menjadi air dan berlalu pergi, hilang begitu saja.
Hatinya sendiri sudah sedingin salju kini. Atmanya sudah pun membeku tanpa sebarang rasa. Luka itu sudah terlalu parah untuk disembuhkan. Itu hakikatnya.
Sejauh ini dia membawa diri. Sejauh ini dia datang mengubat luka dihati. Hingga bila luka itu akan sembuh? Dia tak pasti. Dan dia tak akan pernah pasti tentang hakikat yang satu ini. Kerana barangkali kecewa dan lelah itu lebih dulu merajai hati dan perasaan hingga dia
Jendela kamar di kuar. Membiarkan kedinginan musim sejuk menampar wajah. Kenyamanan terasa. Dan hati berharap, moga rasa nyaman mampu singgah bersisa di hati kalau bisa. Agar segala rasa sedih itu hilang. Agar dada kembali lapang. Agar dia kembali mengerti akan apa itu reda. Agar dia kembali menjadi anak yang taat. Yang tunduk pada hukum Allah biarpun diri di sisih. Kerana dia tahu, dia tak mungkin lari dari hukum Allah untuk setia patuh pada hukumNya. Mentaati ibu bapa, menyayangi ibu bapanya. Kerana hakikatnya, dia berhutang kewujudannya dengan perkahwinan yang wujud antara mama dan papa. Dia sedar yang tanpa perkahwinan mama dan papa, dia tak mungkin akan wujud dalam dunia ini. Dia sedar itu.
Tapi terkadang,rasa hampa dan kecewa itu mengundang dedebu benci dan sakit hati di dalam dadanya. Hingga berkali-kali dia terfikir. Hidupnya adalah sendiri. Berkisarkan dia sendiri.
Andai saja rasa luka di hati ini boleh diubat dengan kesejukan musim sejuk ini, itu perkara pertama yang dia lakukan. Tapi itu mustahil. Luka ini akibat sebuah penantian yang tak bertepi dalam kehidupannya. Dan dia tak pasti, hingga stesen kehidupan mana dia akan membawa diri. Dan hingga bila dia mampu menerima hakikat yang hidupnya sememangnya sebatang kara tanpa diperlukan sesiapa.
Sesekali saat syawal menjelma, air matanya tumpah sendiri. Dia rindukan Mak Jah. Dia mahu bersama-sama dengan Mak Jah. Tapi segalanya tak memungkinkan untuk dia berbuat begitu. Apa khabar agaknya Mak Jah?
“Shirah pergi dulu Mak Jah...”
Lekas-lekas saja dia menyalam tangan tua itu. Mahu lekas berlalu pergi.
“Shirah tak balik sini lagi?” soal Mak Jah dalam sayu. Dia mengangguk. Pandangan matanya sayu memandang wajah tua Mak Jah. Tubuh tua itu dipeluknya lama.
“Shirah dah tak ada sesiapa lagi.” Jujur dia memberikan jawapan.
“Kalau ada pun, Mak Jah seorang je.” ujarnya lagi. Pelukan bertambah erat ke tubuh tua Mak Jah.
“Shirah sebatang kara, Mak Jah...” bisiknya sambil menghadiahkan satu ciuman ke pipi dan dahi Mak Jah.
Air mata Mak Jah yang melimpah tebing matanya disapu bersih dengan ibu jarinya. “Jangan menangis kerana Syirah Mak Jah...” ujarnya lagi memohon pengertian. Dia tahu sesungguhnya pemergiannya tak layak ditangisi.
“Kalau Shirah balik pun, Shirah balik untuk bawa Mak Jah pergi. Shirah tak ada mak...”
Pandangan matanya memandang dalam ke anak mata Mak Jah. “Cuma Mak Jah emak Shirah...” akuinya jujur.
Dan dia tahu dan sedar, kalau pun dia pulang ke Malaysia, semuanya kerana dia mahu bertemu dengan Mak Jah. Tak akan ada sebab lain untuk dia pulang, kecuali Mak Jah. Dan satu pertanyaan yang masih belum berjawab dalam kotak fikirannya, apakah penantiannya akan berakhir? Apakah mungkin dia merasai nikmat sebenar punya mama dan papa. Apakah wujud hidupnya akan kekal sebagai kudis di hati dan di mata papa juga mama?
Kalau benar, dia reda. Kalau benar, dia akan maafkan mama dan papa. Dia tak akan pernah menyalahkan mama dan papa. Sampai bila-bila, itu tekadnya. Tapi, biarlah masa yang menentukan. Kerana hanya masa yang bisa menyembuhkan luka di hatinya. Hanya waktu yang mampu memujuknya. Dia pasti dengan itu.

1 comments:
I'm in the same position. Tak pernah merasa kasih sayang mak ayah macam orang lain. Sedih & jeles sgt tengok org lain dgn mak bapak dia.
Post a Comment