novel ke 4 yang harus diterbitkan

tamatkan e-novel

kategori tulisan saya

Thursday, January 14, 2010

Sebuah Penantian - 2

Usai segala urusan yang melibatkan kad pelajar. Aku segera berlari ke varsity mall yang terletak disebelah Kolej Kediaman Petronas. Mujur juga ada abang fasilitator tadi yang mahu tunjukkan aku jalan. Syukur...

“Mak ayah tak datang?” soal abang fasilitator itu sambil mendahuluiku. Aku sekadar diam saja. Dia berhenti melangkah dan menoleh. Aku sedikit tersentak.

“Diam je?” soalnya. Aku menggeleng. Dari situ aku sudah boleh nampak bangunan berupa botol susu. Agakku, disitulah varsity mall agaknya.

“Di situ ya, varsity mall?” soalku pada abang fasilitator yang peramah tadi. Dia menoleh pandang ke arah yang aku tunjukkan seraya mengangguk.

“Terima kasih...” ujarku laju.

“Saya boleh pergi sendiri.” Tambahku seraya memberikan salam dan terus menghayun langkah meninggalkan abang fasilitator yang prihatin itu.

Melangkah ke dalam Unimart, perkara pertama yang aku cari adalah barang-barang keperluan harian yang penting seperti baldi, shower foam, hanger dan sebagainya. Suasana di varsity mall tak payah cakaplah. Memang penuh orang dengan yang lalu lalang. Dengan urusan bank lagi.

Keluar saja dari Unimart, aku terus mengatur langkah ke Pejabat Pos yang terletak di depan Unimart untuk membeli setem. Niatku nanti, usai saja majlis suai kenal nanti, aku mahu utuskan surat pada Mak Jah. Mesti Mak Jah dah rindukan aku!

Derap langkah aku hayun semula ke bilik. Naik saja ke bilik, aku lihat ada tamu di dalam bilikku. Seorang gadis dengan seorang lelaki dan wanita separa usia. Pasti saja lelaki dan wanita itu emak dan ayah gadis yang kelihatan sebaya denganku.

“Assalammualaikum...” ujarku sambil tersenyum. Perlahan aku melangkah masuk. Baldi dan barang-barang keperluan yang aku beli tadi, aku letakkan di penjuru katil.

“Baru sampai?” soalku cuba berbasa-basa basi. Gadis itu cuma tersenyum. Ibunya pula yang menjadi tukang jawab soalanku.

“Baru je sampai...”

“Adik asal mana?” ujar ibunya.

“KL..” jawabku pendek. Wanita itu mengangguk. “Dah siap urusan pendaftaran?” soalnya lagi.

Sekali lagi aku mengangguk. “Ini anak makcik, Farah Umayra.”

“Nuur Shahirah..” ujarku memperkenalkan diri.

“Kami nak keluar makan, Shahirah nak ikut sama?” pelawa makcik yang baik hati itu. Aku menggeleng.

“Marilah...” ajarnya yang bernama Farah itu pula.

Sekali lagi aku menggeleng. “Terima kasih.. Saya dah kenyang.” Ujarku kembali. Mereka mengangguk.

Menghantar mereka sekadar dengan pandangan mata, aku mengeluh sendiri. Bahagianya kalau jadi seperti gadis itu. Ada emak dan ayah yang sentiasa di sisi. Tapi aku?

Bukan aku tak pernah mendekati mama. Selalu sangat...

Bukan juga aku tak pernah cuba mengambil hati mama. Itu juga selalu aku buat.Aku cuba buat yang terbaik, aku cuba menjadi yang terbaik. Semuanya hanya untuk mama. Tapi apa saja yang aku buat tak pernah mengundang rasa bangga mama. Tak pernah sedikit pun berjaya mencuit hati mama.



Seksaan sepanjang minggu orientasi sudah berakhir. Syukur!!!
Kepenatan dengan jadual yang padat, dengan segala jenis briefing dan talk membuatkan badan letih lesu. Seawal jam 5.30 pagi dibangunkan untuk ke Masjid Sultan Badlishah yang terletak bertentangan dengan Pusat Kegiatan Pelajar. Berjalan kaki dalam barisan, ramai-ramai bergerak ke masjid untuk menunaikan solat subuh.

Usai solat dan kuliah subuh, sekali lagi dalam barisan berjalan pulang ke Kolej Kediaman. Bersiap-siap untuk sarapan pagi sebelum sekali lagi berada dalam barisan untuk berjalan ke Dewan Muadzam Shah untuk sesi yang telah diaturkan bagi sesi orientasi pelajar menerusi Tasik Guthrie, mengambil jalan pintas di sebelah Dewan Tan Sri Othman.

Sambil berjalan sambil abang-abang senior yang merangkap sebagai Ahli Jawatankuasa Suai Kenal atau AJKS menerangkan nama-nama tempat dan fungsi tempat-tempat tersebut kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia.

Dan alhamdulillah, seminggu berlalu! Akhirnya minggu suai kenal tamat juga. Hari ini adalah hari untuk berehat setelah siap mengemas barang dan membersihkan bilik. Menoleh memandang ke kanan, Farah Umayra sudah pun terbaring di atas katil. Tertidur kepenatan barangkali.

Melangkah ke arah meja belajar, aku sempat memandang keluar bilikku yang mengadap gelanggang bola keranjang. Menarik kerusi plastik, aku pantas saja mengeluarkan lembaran kertas dari dalam laci. Penutup pen aku cabut. Jemariku mulai lancar menulis untuk Mak Jah...

Assalammualaikum...
Apa khabar Mak Jah? Sihat?


Baru itu yang ditulisnya, jemarinya terhenti. Dia tak punya idea untuk menulis. Sudahnya, dia mengoyak lembaran kertas itu direnyukkan dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

Susah rupanya nak menulis surat.. keluhnya perlahan.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memasukkan gambar yang diambil pada minggu orientasi lepas dengan menulis nota dibelakang gambar, khas buat Mak Jah.


Assalammualaikum...
Apa khabar Mak Jah? Sihat? Syirah tak tahu nak tulis apa. Tapi Syirah tahu, gambar boleh ceritakan apa yang Syirah nak cerita pada Mak Jah dengan lebih baik. Take care Mak Jah.
Salam sayang dari Sintok, Kedah.


Memandang nota yang siap di tulis dibelakang gambar itu, aku tersenyum sendiri. Saat terasa tepukan di bahu kiri membuatkan aku tersentak. Perlahan aku menoleh.

“Ya Allah Farah...” getusku.

“Khus semangat! Lain kali jangan buat macam ni lagi...” ujarku geram. Dia tersengih.

“Kau buat apa?” soalnya lagi.

“Tulis surat...” jawabku perlahan.

“Untuk siapa?”

“Emak aku.” Jawabku pantas.

“Emak kau?” soalnya lagi.

Mengangguk. “Kau rindu dia?” soalnya lagi.

Sekali lagi aku mengangguk. “Dia pun tentu rindu kau macam kau rindu dia...” ujar Farah sambil menepuk perlahan bahuku. Aku tersenyum. Mengangguk.

“Aku teringin nak jumpa dengan emak kau...” gumam Farah. Aku menoleh memandangnya.

“You will. One day...” ujarku senang. Dia tersenyum. "Janji tau..." ujar Farah. Aku mengangguk. Pasti saja dia akan mengenali emakku. Dan pasti juga Mak Jah akan gembira mengenali Farah...



0 comments:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP