Kerna Dia Suamiku - 15
Satu kesempurnaan dalam kehidupan! Itu yang aku rasai sekarang. Satu perasaan yang pertama kali aku rasai. Ketenangan yang luar biasa rasanya, yang aku rasai dalam hatiku. Tidak ada sebarang perkara yang merisaukan aku hinggakan aku benar-benar merasa selesa.
Dan kini baru aku mengerti kenapa dianjurkan sebuah perkahwinan di dalam kehidupan. Ia bukan sekadar memenuhi tuntutan naluri manusia semata-mata atau atas alasan menginginkan zuriat semata-mata. Malah ia lebih dari itu.
Hikmah perkahwinan itu sendiri aku perolehi dan aku rasai kini. Hanya mereka yang mendirikan baitul muslim dan berada di dalam sebuah institusi kekeluargaan yang bergelar perkahwinan sahaja yang bisa memahami rentak rasa hatiku ini.
Bergelar wanita, aku sedar cabaran dan dugaan hidup ini buat kaumku sangat besar. Aku lebih sedar dan mengerti akan hal itu. Benar sebelum ini aku tidak pernah pandang berat pada perkahwinan. Aku tidak punya masalah andai pun aku tidak berkahwin.
Bukan aku tak pernah mendengar penyampaian yang disampaikan oleh naqibah semasa usrah yang memetik kata-kata Syeikh Khalid Abdurrahman Al-‘Ak daripada kitab Adab al-Hayat al-Zaujiyyah bahawa golongan al-‘Uzuuf atau golongan yang menolak perkahwinan ini akan mengalami kemudaratan dari dua aspek, iaitu aspek duniawi dan agamanya atau akhirat.
Dulu mungkin aku tidak mengerti. Tapi sekarang aku sudah mula mengerti intipati usrah yang disampaikan dulu. Rasa keluh kesah yang dirasai di dunia terbang dengan hikmah perkahwinan itu sendiri yang menjadikan jiwa kita tenteram, tenang dan lebih teratur seperti mana yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Ruum ayat 21:-
Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih-sayang dan belas-kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir
Pertama kali aku merasakan tidur aku tenang dan selamat yang luar biasa dalam dakapan seorang lelaki bernama suami. Pertama kali aku merasakan aku memiliki seseorang yang boleh aku kongsikan segala-galanya. Yang membuatkan aku menghormatinya dengan cara yang berbeza daripada aku menghormati ibu bapaku.
Dia mengajar aku banyak perkara. Dia lelaki yang membimbing aku dan mencorak aku mengikut corak dan acuannya.
“Nadine...”
Seruan dari muka pintu dapur mengejutkan aku dari terus berfikir sendiri akan himah perkahwinan yang aku rasai ini.
“Tak siap lagi?” tegur suamiku.
Aku sekadar tersengih menayangkan gigi. Suamiku sudah mula menggeleng. “Menungkan apa?” soal suamiku lagi.
“Tak adalah...” ujarku sambil menggelengkan kepala laju. Malu berkongsi rahsia hati.
“Dah tu, tak siap kemas dapur lagi...”
“Sikit lagi ni bang...” ujarku sambil menyudahkan kerja mengelap meja makan. Perlahan air sejuk di dalam gelas aku teguk perlahan. Menghilangkan dahaga yang datang bertamu.
“Abang tunggu Nadine?” soalku pada suamiku kembali.
“Dah... kata nak subuh sama-sama?” soal Fakhran padaku. Aku tersenyum.
“Iya... Nadine mandi dulu, ambil wuduk.. kemudian kita tunggu subuh sama-sama?” soalku pada suamiku. Fakhran
Usai solat subuh berjemaah dengan suamiku, aku mula beralih semula ke katil. Fakhran sekadar memandang.
“Mengantuk?” soal suamiku. Aku mengangguk perlahan.
“Nadine penat... Nadine tidur sekejap boleh?” pintaku. Suamiku mengangguk. Sejadah miliknya, diampaikan di ampaian yang dikhaskan untuk telekungku dan sejadah. Dia sendiri beralih ke atas tilam.
Satu kucupan dihadiahkan ke dahiku. Aku tersenyum nipis. Satu perkara lumrah buat Fakhran, dia pasti akan mengucup ubun-ubunku sebelum aku melelapkan mata. Perlahan pinggangku dirangkulnya rapat ke tubuhnya. Bau tubuhnya meresap masuk ke hidungku. Aku selesa dengan bau tubuh suamiku. Ia membuatkan aku rasa tenteram dan aman, kerana aku tahu dia ada disampingku melindungiku.
Baru saja mataku mahu terlelap, Fakhran menanyakan aku soalan. “Nadine dah tidur..?” soal suamiku perlahan.
“Belum...” jawabku lemah. Kantuk sudah mula menguasaiku.
“Nadine bahagia jadi isteri abang?”
Aku tersenyum. “Hmm...” jawabku mengangguk.
“Tak ada sebarang rungutan?” soal suamiku lagi. Perlahan aku menggeleng. Tubuhku kini aku palingkan mengadap suamiku. Mataku aku buka perlahan.
“Tak ada sebarang rungutan...” ujarku sebelum aku turut merangkul pinggang suamiku. Kepalaku kini sudah berbantalkan lengan suamiku. Wajahku mengadap dada bidang suamiku. Aku selesa dimanjakan begitu.
“Nadine sayang abang?” soal suamiku lagi.
Aku mengangguk perlahan. “Sayang...” ujarku.
“Abang... Nadine mengantuk...” luahku lemah. Sungguh rasa kantuk itu sudah mula menguasai diriku.
“Nadine cintakan abang tak?” soal suamiku lagi.
Aku saat itu sudah antara sedar dengan tidak. Kata-kata suamiku itu antara dengar tidak. Aku seakan-akan sedang terawang-awang saat itu.
“Nadine sayang abang, Nadine cintakan abang, Nadine bahagia dengan abang...” luahku.
“Nadine rasa tenteram, aman dan lega...”
“Nadine sayang abang...” luahku lagi. Dan selepas itu terus tidak sedar. Terlena dengan berbantalkan lengan suamiku.
Rentak nafas Nadine yang teratur dalam lena, dengan dada yang turun naik mengatur nafas dipandangnya penuh kasih. Sekali lagi dahi isterinya itu dikucup penuh kasih. Sengaja dia bertanyakan isterinya itu soalan demi soalan walau dia lebih mengerti dan jelas yang rasa kantuk itu sudah menguasai Nadine.
Baru berapa bulan usia perkahwinannya dengan Nadine, tapi dia tahu dia sudah berjaya memiliki hati isterinya. Cuma dia tidak pasti apakah Nadine benar-benar bahagia dengannya?
Dia tahu tanggungjawabnya berat sebagai suami. Tapi dalam menakhodakan bahtera rumah tangga dia mahu berkongsi segala suka duka dan rasa dengan Nadine. Kurang-kurang bila Nadine mengiyakan soalannya dia rasa sedikit lega.
Dia takut dia tak mampu memenuhi permintaan dan kehendak isterinya. Nadine adalah amanah kedua-dua ibu bapa mertuanya padanya, amanah Allah padanya. Dia jadi takut kalau-kalau dia tak mampu menunaikan amanah yang diberikan padanya.
Sekali lagi, perlahan dikucupnya dahi Nadine penuh kasih sayang. Semoga rumah tangga mereka sentiasa berada dalam keadaan rukun dan damai...
-------
Sekadar untuk memanaskan jemari... Selamat membaca...




3 comments:
bila agaknya konflik nak muncul ni?
ehehe~
panaskan jari dulu?
hehe...panas...jgn tak panas
bahagianya dapat suami yang sangat menyayangi isterinya
saya sendiri sedang menikmati saat-saat sebegini
semoga Allah beri lebih lagi nikmat kepada kami
Amin
macam pernah baca jer cite nih.. hehehee.. ;)
Post a Comment