novel ke 4 yang harus diterbitkan

tamatkan e-novel

kategori tulisan saya

Friday, August 14, 2009

Kerna Dia Suamiku - 12 ( ii )

“Nandine baca apa?” soalku bila saja aku lihat Nadine sedang asyik mengulit buku di ruang tamu. Sedangkan tv di depannya terpasang. Tanpa menghiraukan aku, Nadine masih terus-terusan ralit dengan bacaannya.

“Nadine?” seruku lagi. Perlahan Nadine mengangkat majalah Mastika di tangannya. Aku mengangguk.

Nadine memang begitu. Kalau sedang membaca, jangan harap nak menjawab. Pasti saja dia diam tidak berkutik. Sangkaku tabiat itu sudah lama ditinggalkan rupanya masih kekal hingga hari ini. Melihat pada muka kulit majalah Mastika itu, aku pasti itu majalah baru. Seperti tema hari kebangsaan saja sekali pandang.

Perlahan aku meletakkan punggungku di sisinya. Tanganku sebelah aku lingkari ke sofa belakang bahu Nadine. Sebelah tangan lagi sibuk menekan remote control. Mencari saluran yang menarik hati.

“Abang... bisinglah. Tak fokus ni...” tegur Nadine. Aku menoleh memandang wajah Nadine.

“Ingatkan fokus sampai tak kisah abang tukar channel.” Tegurku. Isteriku yang seorang ini masih lagi tidak memanggungkan wajah. Asyik sungguh menelaah majalan Mastika itu. Entah apa istimewanya.

“Abang jumping dari satu channel ke satu channel. Mana Nadine boleh nak fokus...” rungutnya sendiri. Aku mengangguk.

“Abang nak minum?” soalnya tiba-tiba. Tubuhnya sudah berpaling mengadapku. Aku mengerutkan dahi memandang wajah Nadine yang seolah-olah terperanjat.

“Kenapa?” soalku.

“Nadine lupa buat abang air. Abang mesti tak breakfast lagi kan?” soalnya laju seraya berdiri sambil terus meluru ke dapur sebelum sempat aku menjawab. Mustika yang tadinya lebih menarik minatku sudah pun berkalih ke atas meja di ruang tamu. Aku sekadar memandang sebelum mengekornya ke dapur.

“Dah habis baca Mastika?” soalku seraya duduk di monkey bar. Nadine menggeleng.

“Belum...” ujarnya sambil kepala menggeleng memberikan jawapan yang seia dengan bicaranya dan tangannya laju saja menyiapkan air minuman untukku.

“Nak makan kat ruang tamu?” soal Nadine. Aku menggeleng.

“Kat sini sudahlah. Karang susahkan Nadine nak mengemas pula..” ujarku. Nadine mengangguk pantas saja minuman yang sudah siap dihadapkan padaku dan pinggan di ambil dari laci pinggan mangkuk. Aku sekadar memerhatikan Nadine menyiapkan makananku sambil dia turut duduk.

“Nadine dah makan?” soalku. Perlahan dia menggeleng.

“Tak nak makan?” soalku lagi.

“Abang makanlah. Nadine temankan... Nadine makan kemudian saja.” Jawabnya.

“Rindu abang sampai tengok abang makan pun dah kenyang?” soalku laju.

“Mana ada!” tepisnya aku tersenyum. Nasi goreng di dalam pinggan aku sudukan dan aku halakan mulutnya.

“Abang makanlah...” arah Nadine menggelak dari di suap.

“Makan...” arahku.

Dalam malu-malu mulut comel Nadine akhirnya terbuka juga menerima makanan yang aku sudukan ke mulutnya. Aku tersenyum.

“Pergi ambil pinggan..”

“Makan dengan abang. Kalau tak, abang suap Nadine kemudian baru abang makan.” Ujarku.Nadine aku lihat pantas saja bangun mengambil pinggan demi mendengar kata-kataku. Barangkali rasa malu-malunya dengan aku masih belum hilang...

“Cepat abang balik dari Terengganu?” soal isteriku sambil mulutnya mengunyah nasi goreng cermat. Aku memandangnya.

“Fatiha cakap ada orang rindu abang. Itu yang abang balik cepat. Takut orang tu demam sebab rindukan abang.” Ujarku selamba.

“Ooo iya ke?” balas Nadine pura-pura tidak mengerti. Bukan main ya isteriku ini. Wajahnya kudus benar. Seolah-olah tak faham apa yang aku maksudkan.

Untuk seketika kami masing-masing diam. “Abang...” panggil Nadine perlahan.

“Urm..” ujarku dengan mulut yang sedang asyik menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh isteriku.

“Meeting kat Terengganu dah settle la?” soalnya lagi.

“Dah..”

“Lepas ni kena outstation mana-mana lagi ke?” soalnya lagi.

“Tak ada.”

“Kenapa? Kalau ada Nadine nak ikut ke?” soalku kembali.

“Mana boleh. Nadine kerja.” Jawabnya perlahan. Aku sekadar mengangguk.

“Abang...” serunya lagi.

“Ya?”

“Will we love each other till the end?”

Aku memanggungkan kepala. Seolah-olah tak percaya soalan yang keluar dari mulut Nadine tiba-tiba.

“Do you love me?” soalku terus-terang. Nadine mendiamkan diri. Tidak menjawab. Wajahnya sudah mula merona merah dan aku faham sendiri jawapannya tanpa perlu Nadine mengiyakan.

“Abang?”

Soalanku langsung tidak dijawab sebaliknya aku yang ditanya kembali. Memanglah Nadine ni! Tak berubah langsung dari sekolah dulu! Suka saja soalan dijawab dengan soalan!

“Sayang sampai nak masuk minang orang tu, siap kena marah. Konon tak faham bahasa Melayu.” Jawabku selamba. Saat itu wajah isteriku sudah merona geram. Pasti saja ketam batu dia akan berjalan nanti fikirku.

“Abang ni!” gerutu Nadine sambil jari kanannya mencubit lenganku.

Ha! Kan aku dah kata. Kan betul ketam batu isteri kesayanganku sudah berjalan. Sungguhlah Nadine ni...

“Betullah...” tingkahku. Nadine tersenyum.

“Tapi boleh ke kita jadi macam sesetengah loving couple? Makin tua makin loving?” soal Nadine.

“Kenapa?”

“Tak ada. Tadi Nadine baca Mastika tu. Ada lelaki India tu, wife dia koma. Husband dia everyday ada kat sisi wife dia. Kalau dia tinggalkan isteri dia tu pun, kejap je. Itu pun untuk mandi dan makan, atau balik rumah tukar baju. Selain dari tu, dia duduk je kat sebelah isteri dia setiap hari.” Cerita Nadine. Aku menganggukkan kepala.

“Okay... dah tu?”

“Satu hari tu, doktor isytiharkan isteri dia dah meninggal. Nak tanggalkan alat bantuan pernafasan. Suami dia marah sangat. Sampai tanya doktor tu, berapa harga alat bantuan pernafasan? Dia tak nak nyawa isteri dia di ambil even doktor tu dah declare brain death.”

Aku mengangguk. Mulutku masih lagi mengunyah. Mataku memandang tepat mata Iman yang sedang bercerita.

“Doktor tu terangkan pada dia, pujuk dia. At last dia setuju untuk alat sokongan penafasan tu dikeluarkan. Tapi lepas saja alat bantuan tu dihentikan. Dia meraung-raung kat hospital. Menangis-nangis..”

“Sebab kata dia, isteri dia tu a very best companion ever. Bila dia sedih, isteri dia hiburkan. Bila dia marah isteri dia tenangkan. Peluk dia.. pujuk dia...” cerita isteriku lagi. Dalam diam aku cuba menganalisis apa saja yang bermain dalam fikiran isteriku ini.

“Dia cakap nak bunuh diri sebab nak sehidup semati dengan isteri dia. Dan akhirnya dia bunuh diri.” Akhiri isteriku. Aku mengangguk.

“Jadi moralnya yang Nadine nak bagitahu abang, apa?” soalku. Mulutku sudah berhenti mengunyah. Sengaja aku bertanyakan aku soalan itu pada isteriku.

“Abang akan sayang Nadine, macam tu? Sampai bila-bila?” soalku.

Aku sudah tersenyum. Ternyata sangkaan aku tidak pernah meleset bila aku menilai sikap isteriku. Isteriku ini nampak saja kuat. Seolah-olah tak ada hati tak ada perasaan. Seolah-olah kosong tanpa sebarang rasa. Tapi dia sebenarnya sensitif. Menyimpan semua rasa itu sendiri.

“Kalau diizinkan Allah, abang nak Nadine jadi isteri abang sampai bila-bila. Bukan setakat di dunia, tapi sampai ke akhirat.” Ujarku tenang. Nadine mengangguk.

“Kalau Nadine mati?” soalnya. Aku tertawa.

“Takkanlah abang nak bunuh diri pulak.” Ujarku dalam tawa yang masih bersisa. “Kalau macam tu, macam mana Nadine nak jadi isteri abang kat akhirat.”

“Bukanlah... bukan macam tu maksud Nadine...” nafinya.

“Abang tak pasti. Mungkin abang akan kahwin lain, mungkin tidak.” Ujarku terus-terang.

“Dan kalau ditakdirkan, Allah tarik nyawa abang dulu. Abang tak nak Nadine menjanda terus...” ujarku terus terang.

“Abang tak nak Nadine menafikan keperluan lahiriah dan batiniah Nadine yang barangkali memerlukan lelaki dalam hidup Nadine. Abang membenarkan dan meredhakan Nadine berkahwin lain. Cuma abang harap Nadine tak akan pernah melupakan abang dan menghadiahkan doa untuk abang.” Ujarku terus-terang. Saat itu aku lihat air mata jernih Nadine mengalir lagi.

Perlahan air mata itu aku sapu. “Apa ni menangis?” tegurku. Dia menggeleng.

“Nadine tak suka abang cakap macam tu..” ujarnya.

Aku diam. Kata-katanya itu membuktikan sesuatu. Membuktikan betapa dia sudah melebarkan pintu hatinya untukku. Telah menandakan betapa kedudukan aku sebagai suaminya dan kekasih dihatinya sudah benar-benar kukuh!

“Abang minta maaf...” pintaku.

“Dah...depan rezeki. Tak elok macam ni.” Tegurku.

“Tadi Nadine juga yang ajak abang borak macam ni.” Ujarku dalam ketawa. Nadine mendiamkan diri. Nasi di dalam pinggan dikuis-kuisnya pakai sudu.

“Tak baik main-main nasi macam tu.” Tegurku.

“Habiskan...” arahku lagi.

------------

Selamat membaca. Sambungan kepada entry yang lepas. Moga anda enjoy!

5 comments:

white_silkenz August 15, 2009 11:10 AM  

wawawawa...sweetnya~tersentuh hati..tapi nape kejap nadine kejap iman

misz nana August 15, 2009 9:22 PM  

Cumil2.. =)

yunix77 August 15, 2009 10:12 PM  

suka novel nih
macam2 ilmu saya dapat
k.diya pandai buat novel bagus

Nik Fauziah Nik Hussin August 17, 2009 9:27 PM  

salam diya
dlm banyak e-novel yang akak baca.. ini yang pertama akak jmpa islamik writing... tahniah..

LiNa August 19, 2009 11:17 PM  

waa..
menusuk kalbu..
sambung lagi yer..

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP