Kerna Dia Suamiku - 12 ( i )
Hampir empat hari berjauhan, sesungguhnya dia sendiri amat merindui Nadine Nur’iman. Terasa kehilangan separuh daripada dirinya. Sepatutnya, esok baru dia akan pulang dari Terengganu. Tapi memandangkan kerjanya sudah selesai, justeru dia lebih dulu memohon untuk pulang awal.
“Dalam mood bulan madu lagi ya?”
Begitu usikkan daripada clientnya tadi. Pasti saja mereka tahu statusnya kini sudah naik satu anak tangga. Menjadi suami. Dia sekadar tersenyum biarpun itulah hakikatnya. Hakikat yang dia sudah terlalu rindu untuk bertemu dengan isterinya. Sebelum pulang sempat dia singgah di Pasar Kedai Payang di Kuala Terengganu mendapatkan ole-ole. Kain sutera batik Terengganu untuk baju kurung Nadine lengkap dengan tudung warna biru langit dibelikan.
Saat memilih kain untuk baju kurung sempat dia membayangkan rupa bentuk isterinya nanti kala memakai baju kurung. Sempat juga disambar mini jubah untuk isterinya. Dia tahu, Nadine pasti suka.
Untuk Fatiha, dia membelikan pesanan baju tidur kain kaftan dua pasang. Selain ole-ole untuk mertua dan mama. Biar sama adil!
“....sebagai suami jangan menunggu isteri mintak baru nak belikan hadiah buat isteri. Kalau tunggu isteri minta belikan itu bukan lagi hadiah. Sebaliknya belian yang terpaksa.”
“Nak ambil hati isteri itu mudah, nak memenangi hati isteri itu senang.Yang penting suami perlu tahu caranya. Isteri tak minta dibelikan hadiah yang mahal-mahal. Hadiah yang murah-murah itu tanda ambil berat dan kasih sayang suami itu diterima isteri dengan penuh rasa syukur.”
“Rumah tangga ini ibarat pokok. Perlu disiram dan dibajakan dengan kasih sayang...”
Mendengar syarahan agama di radio membuatkan dia tersenyum. Sesekali dia mengerling hadiah yang dibelikan buat isterinya.
“Iya.. ini sedang nak siram hati isterinyalah.. Cuba mencuri hati dan perhatian isteri.” Bisik hatinya sendiri.
Kelakar juga rasanya bila terpaksa mengajar isterinya itu cara untuk bercinta. Dan jalan penyelesaian yang diambilnya adalah cuba menjadi seorang suami, pemimpin dan juga sahabat terdekat pada isterinya.
Tiba di rumah, sudah terlalu lewat. Suasana di dalam rumah sunyi. Pasti saja Fatiha dan Nadine sudah tidur. Perlahan dia melangkah masuk ke dalam rumah tanpa membuat bising. Tidak mahu menganggu sesiapa.
Melangkah ke kamar tidur, cahaya lampu yang samar dapat dilihat dicelahan pintu bilik. Dia tersenyum sendiri. Bukannya dia tak tahu, Nadine itu takut gelap! Itu pun disedarinya saat mereka sudah sah bergelar suami isteri. Fakhran sudah mula mengoyak senyum.
Setiap kali kisah mereka mula terbayang di dalam fikiran dan setiap kali itu jugalah dia akan sentiasa tersenyum. Kerana saat itu juga dia sudah mula sedar hati seorang Nadine Nur’iman itu tidak sekeras mana.
“Awak jangan tutup lampu ya...”
“Apa? Nadine cakap dengan siapa?” soalnya pura-pura tidak mendengar.
“Abang jangan tutup lampu ya..” ulang isterinya lagi.
“Kenapa?”
“Takut?” soalnya lagi. Isterinya sekadar mengangguk. Dia tersenyum. Pelukkan ke atas tubuh isterinya dikemaskan lagi.
“Tidurlah..”

Isterinya itu polos benar. Berterus-terang dan jujur. Dan kerana itu dia sangat sukakan Nadine Nur’iman. Kerana isterinya itu menjadi diri dia sendiri tanpa perlu menjadi orang yang berbeda untuk membuatkan orang tertarik padanya.
Meletakkan barang di dalam bilik, terus saja dia menyambar tuala yang elok tersangkut. Matanya terarah pada wajah polos Nadine yang sedang nyenyak tidur. Dia tersenyum sendiri.
Cukup sekadar menatap wajah isterinya, hatinya sudah bahagia. Dia sudah menyempurnakan sebahagian daripada kewajipannya di dalam kehidupan dengan mengikut satu lagi daripada sunnah rasulullah.
Usai saja membersihkan diri, dia menghamparkan sejadah di atas permaidani. Sujud menyumpurnakan rukun Islam yang kedua. Badan yang letih membuatkan dia cepat saja memanjat katil untuk merehatkan badan. Perlahan dia merapatkan tubuhnya pada Nadine. Tangannya pantas saja melingkari pinggang isterinya dan dalam sekejapan dia sudah terlelap.

“Mak!!!!!!!”
Jeritan di hening pagi itu membuatkan dia sedikit terpisat-pisat. Ditambah pula dengan mata yang terlalu kelat untuk dibuka. Suara esak kecil membuatkan dia memaksa matanya terbuka.
Tubuh isterinya saat itu kelihatan menggigil. Matanya sudah mula mengalirkan air mata.
“Sayang...?” serunya dengan tangan kanannya sibuk menenyeh mata yang sedang kelat.
“Kenapa ni?” soalnya.
Tiada sebarang jawapan daripada Nadine sebaliknya isterinya terus saja meluru memeluknya membuatkan dia kembali terbaring.
“Kenapa menangis?” soalnya lagi sambil tangannya mengusap-usap lembut rambut Nadine.
“Bila abang balik?”
“Semalam...”
“Jangan buat Nadine takut macam tadi lagi...” ujar Nadine sambil mula menjarakkan diri dari tubuhnya.
“Nadine terkejut apa?”
“Tengok ada orang lelaki tidur sebelah Nadine.” Ujar Nadine terus terang. Dia mengerutkan dahi sebelum ketawa.
“Abang kan yang tidur kat sebelah Nadine ni?”
“Iyalah... Abang cakap abang balik esok. Tiba-tiba Nadine bangun ada lelaki tidur sebelah Nadine. Dahlah muka abang pun Nadine tak nampak..”
Dia tersenyum. “Maaf...” ujarnya perlahan.
Nadine masih juga diam. Barangkali cuba menghilangkan rasa terperanjatnya yang masih belum hilang.
“Awalnya bangun?” soalku.
“Nak mandi, kemudian nak tunggu subuh...”
Mengangguk. “Pergilah mandi dulu, dah sudah panggil abang. Abang penat sangat ni, mengantuk.”
Nadine tanpa banyak cakap terus saja berlalu ke bilik air dan aku kembali menyambung tidurku yang terganggu dengan jeritan Nadine tadi.

2 comments:
haha nadine comel ;)
seronot~
Post a Comment