Kerna Dia Suamiku - 9
Sedar-sedar saja, aku sudah terbaring di atas katil. Aku tak pasti bagaimana aku boleh berada di atas katil di dalam bilik tidurku. Yang pasti, tadi ketika aku diserang sakit pinggang yang amat sangat akibat period pain aku, aku masih lagi di dapur. Sedang mengagahkan diri untuk menyiapkan barang-barang untuk aku masuk. Apatah lagi suamiku awal-awal lagi sudah berpesan untuk pulang makan tengahari di rumah.
Menoleh ke kiri melihat, pantas jam loceng yang aku letakkan di sudut berdekatan lampu meja tidurku itu aku sambar. Jam sudah pun menunjukkan angka 2.30 petang. Aku bingkas saja bangun. Perit yang aku rasa di belakang pinggang cuba aku tahan. Sakitnya masih ada berdenyut-denyut rasanya. Bagai nak patah pinggangku saat itu.
Baru saja aku nak melangkah turun katil, kedengaran suara suamiku menegur. “Nak tunjuk kuat lagi ke sayang?”
Aku pantas saja menoleh ke arah pintu bilik yang ternganga luas. “Bila abang balik?” soalku pantas sambil menghulurkan tangan pada suamiku. Dia menyambut tanganku.
“Lama dah...” ujar suamiku pantas saja meletakkan bubur sup ayam di depanku. Aku memandangnya tanpa kelip.
“Abang masak?” soalku. Suamiku mengangguk.
“Nasib abang sampai awal. Kalau tak, tak tahu abang apa jadi...” ujar suamiku.
“Tadi Nadine rasa, Nadine ada masak sup...” ujarku pantas. Suamiku mengangguk.
“Lain kali kalau sakit, tak payah masak. Mujur Allah gerakkan hati abang balik rumah cepat. Kalau tidak, mahu meletup rumah ni agaknya sayang.”
Aku terlopong saat itu. Sesal kerana memaksa diri biarpun aku tahu risiko kemungkinan aku akan pengsan disebabkan senggugutku ini. Bukannya aku tak tahu, kalau tak pengsan sesekali, kalau tak baring atas katil... bukan aku namanya.
“Kenapa sampai pengsan? Muka pun pucat?” soal suamiku sambil duduk di hujung kakiku.
“Dysmenorrhea...” jawabku pendek. Suamiku mengerutkan dahi.
“Apa tu?”
“Period Pain lah...” getusku protes bila suamiku masih mahu bertanya lagi. Mukaku tiba-tiba terasa panas. Malu! Malu nanti dikatakan suamiku ini isterinya ini lemah amat, hanya kerana Dysmenorhoea saja boleh pengsan-pengsan begini!
“Sampai pengsan?” soal suamiku dengan matanya yang sedikit membulat. Aku kurang pasti sama ada dia tak percaya atau terkejut dengan jawapanku. Tapi aku sekadar mengangguk sebagai jawapan kepada soalannya itu.
Senggugut primari disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya berlaku pada usia muda sebelum kahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Sementara senggugut secondary disebabkan oleh endometriosis iaitu wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid. Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.
Itu yang aku baca mengenai senggugut satu ketika dulu. Dulu aku ingat sakit senggugut aku ini akan hilang bila saja aku sudah berkahwin. Tapi rupa-rupanya masih lagi ada.
During a woman's menstrual cycle, the endometrium thickens in preparation for potential pregnancy. After ovulation, if the ovum is not fertilized and there is no pregnancy, the built-up uterine tissue is not needed and thus shed.
Molecular compounds called prostaglandins are released during menstruation, due to the destruction of the endometrial cells, and the resultant release of their contents
Release of prostaglandins and other inflammatory mediators in the uterus cause the uterus to contract. These substances are thought to be a major factor in primary dysmenorrhea.
When the uterine muscles contract, they constrict the blood supply to the tissue of the endometrium, which, in turn, breaks down and dies. These uterine contractions continue as they squeeze the old, dead endometrial tissue through the cervix and out of the body through the vagina. These contractions, and the resulting temporary oxygen deprivation to nearby tissues, are responsible for the pain or "cramps" experienced during menstruation.Compared with other women, females with primary dysmenorrhea have increased activity of the uterine muscle with increased contractility and increased frequency of contractions.
Aku pelik bila selalu sangat sakit-sakit begini bila saja datang bulan. Pernah ketika zaman sekolah, akibat sakit yang teramat sangat. Aku pengsan di sekolah. Malu pada teman-teman lelaki sekelas, Allah saja yang tahu. Apatah lagi bila mereka tahu aku pengsan disebabkan datang bulan. Sudahlah ada antara teman-teman sekelasku itu mulutnya langsung tak ada insurans. Suka-suka hati saja bertanya aku tanpa dapat ditapis-tapis lagi soalan mereka dari mulut mereka.
The main symptom of dysmenorrhea is pain concentrated in the lower abdomen, in the umbilical region or the suprapubic region of the abdomen. It is also commonly felt in the right or left abdomen. It may radiate to the thighs and lower back. Other symptoms may include nausea and vomiting, diarrhea, headache, fainting, and fatigue. Symptoms of dysmenorrhea often begin immediately following ovulation and can last until the end of menstruation. This is because dysmenorrhea is often associated with changes in the body that occur with ovulation. The use of certain types of birth control pills can prevent the symptoms of dysmenorrhea, because the birth control pills stop ovulation from occurring.
“Sayang...!” panggil suamiku sambil memetik jari di depan wajahku. Aku segera saja tersedar.
“Ya?”
“Menung apa? Abang tanya sampai tak jawab.”
Aku menggeleng. Sedar kekhilafan aku. “Tanya apa?”
“Sejak bila sakit macam ni?” soal suamiku. Aku mengerutkan dahi. Memandang wajah suamiku.
“Form 1..” jawabku perlahan. Suamiku mengerutkan dahi.
“Is it getting worse than before?” tanya suamiku. Aku menggeleng.
“Dah tak seteruk macam dulu...” ujarku perlahan.
“Bulan lepas, abang ada nampak Nadine pengsan ke?” soalku lagi. Suamiku menggeleng.
“Pengsan tak.. tapi muka pucat juga... Dah tu, ambil pain killer dulu tu kenapa? Siap minum air tin lagi...” komen suamiku. Aku tersenyum.
“Nak bagi darah keluar banyak... Nak bagi ketul-ketul darah tu keluar banyak-banyak... Biar kurang sakit.” Jawabku perlahan.
“Apa jenis treatment yang Nadine pakai tu? Doktor cadang macam tu?” soal suamiku laju. Aku pantas
“Tak.. tu cara yang mostly budak perempuan pakai.” Ujarku.
“Jumpa la doktor...” arah suamiku sambil mula menghalakan sudu ke bibirku.
“Nadine boleh makan sendiri la...” tolakku.
“Tangan Nadine tak sakit...”
Suamiku menggeleng. Pantas saja tangannya menepuk tanganku. “Tangan Nadine tak sakit. Tapi Nadine sakit. Jadi orang sakit kena dimanjakan macam baby, jadi abang nak manjakan Nadine macam baby...sebab Nadine ‘baby’ abang.” Jawab suamiku sambil tetap menyuapkan makanan ke bibirku.
“Ada ke..”
“Adalah ni...” jawab suamiku. “Dah... makan..” arahnya. Aku membuka mulut kecilku, mengunyah bubur nasi yang dimasak suamiku.
Erm.. boleh tahan! Sedap jugak!
“Ubat dia ada...” ujarku sambil menghabiskan kunyahan makanan.
“Boleh ambil supplement nutrition seperti omega-3 fatty acids, magnesium, vitamin E, zinc, and thiamine (vitamin B1) atau ambil NSAIDs (Non-steroidal anti-inflammatory drugs ) atau pun boleh gunakan terapi hormon, acupuncture, acupressure, chiropractic care.” Ujarku. Suamiku sekadar mendengar penuh minat.
“Ha.. kalau nak gunakan herba pun boleh. Nadine dengar boleh guna herba juga...” ujarku. Suamiku mengangguk.
“Dah tu.. tak reti-reti nak cuba?” soal suamiku sambil tangannya kembali menyudu bubur dan dihulurkan ke mulutku. Puas mengunyah aku memandangnya.
“Abang ingat, isteri abang ni.. berani sangat ke nak makan ubat? Cuba-cuba semua tu?” gerutuku.
Suamiku tersenyum. “Dah tu.. nak abang risau? Tengok Nadine tiba-tiba pengsan macam tu?”
“Dah tu... kalau jadi lagi macam mana? Nadine tak fikir pasal tu?” soal suamiku lagi. Aku tunduk.
“Abang ingatkan anak dara je yang ada sesungut ni..” ujar suamiku.
“Bukan sesungut la... senggugut la..” betulku.
“Orang dah kahwin pun ada. Tak ramai je la kot...” ujarku geram. Contoh yang terdekat ni isteri abang la... bisikku di dalam hati sahaja.
“Cubalah dulu... try mana-mana rawatan dulu.” Pujuk suamiku.
“Kalau tak berani ambil hormon, tak berani nak buat acupunture, cubalah guna herba dulu... mana tau kalau-kalau efektif? Tak rugikan sayang?” soal suamiku.
“Tengoklah...” ujar suamiku.
“Tak nak makan lagi..” ujarku menolak huluran sudu yang terakhir. Perit pada belakangku masih terasa. Sengal yang amat sangat...
Bahagian ari-ariku juga terasa berdenyut-denyut. Perlahan aku menoleh memandang suamiku. Mahu memohon simpatinya untuk mengurut belakang pinggangku sebelah bawah. Mudah-mudahan rasa sakit yang memaku tubuhku itu beransur-ansur hilang.
“Abang tolong urutkan Nadine boleh?” pintaku. Mataku sudah berair menahan sakit. Denyut itu kembali terasa bila aku sedar.
“Abang tak pandai mengurut la sayang...”
“Cubalah bang...” pintaku perlahan.
“Nadine sakit sangat ni...” rayuku sambil terus berbaring dalam keadaan meniarap. Bantal aku letakkan di bahagian ari-ariku. Kononnya mahu menghalau rasa sakit itu pergi.
Barangkali kerana tak sanggup melihat isterinya yang sedang menahan sakit, suamiku pantas saja mendapatkan krim Sloan, disingkapnya baju yang aku pakai ke atas dan disapukan di belakang pinggangku.
“Sakit sini ke?” soalnya sebelum Sloan itu disapukan. Aku mengangguk. Saat tangannya mula mengurut pinggangku aku menoleh memandang suamiku.
“Abang urut Nadine ke, raba?” soalku lagi. Suamiku mengerutkan dahi.
“Urutlah..”
“Kuatlah sikit... Tak rasa.” Ujarku perlahan. Suamiku mengerutkan dahi.
“Tak rasa? Abang rasa dah cukup kuat ni...” ujar suamiku seraya menekankan kembali tangannya ke bahagian yang aku tunjukkan.
Dalam melayan rasa urutan yang diberikan suamiku, entah bila masanya aku tertidur aku sendiri tidak sedar. Sesungguhnya urutan jemari suamiku itu menerbangkan sedikit rasa denyut di bahagian bawah abdomenku terutamanya di pinggangku.
-------------
Anda rindu Nadine-Fakhran atau rindu diya?
Another one entry untuk KDS. Selepas ini insya-Allah akan hibernate untuk waktu yang agak lama yang belum dapat dipastikan memandangkan diya sedang berazam untuk menamatkan salah satu cerita di dalam blog ini di dalam bentuk manuskrip. Justeru, hingga cerita itu di dalam bentuk manuskrip belum tamat, diya akan terus hibernate. Sementara itu, anda boleh terus mengulit entry-entry yang ada di dalam blog ini.
Terima kasih...




1 comments:
Ok. Semoga berjaya utk menghasilkan manuskrip akak Diya tu... Err manuskrip KSL Ke? Chaiyok Kak Diya...
Post a Comment