Kerna Dia Suamiku - 11
Sudah beberapa detik dia begitu.
Inikah namanya cinta? Bila dia tiada di depan mata, mula menjadi nanar. Bila telefon dulunya tak pernah lekat di tangan sekarang sudah mula duduk berhampiran. Bila hati sudah mula pandai menghintung hari. Apakah itu ertinya cinta? Apakah hati ini sudah pandai memainkan melodi dan irama bernada cinta? Sedangkan dulu rasa ini tak pernah hadir?
Apakah aku sudah mula menjadi seperti watak-watak di dalam novel-novel yang aku baca? Seorang wanita yang berkahwin kerana terpaksa, kerana arahan dan kehendak orang tua tanpa rasa cinta, akhirnya jatuh cinta pada lelaki yang dikahwininya?
Tapi bukankah kata orang cinta itu hadir di alam luar sedar, tanpa perlu dipaksa-paksa? Justeru bukankah stereotype itu juga adalah selari dalam makna kehidupan yang sedikit sebanyak sama antara orang berbeda yang kita temui di dunia ini? Bukankah begitu?
Fatiha aku lihat sedang asyik mengulit laptopnya. Tertawa sendiri, bercakap sendiri. Barangkali juga sedang asyik berbual dengan teman alam mayanya. Dan aku? Aku sendiri di sini di ruang tamu, dengan telefon bimbit di tangan. Menantikan kalau-kalau ada teks mesej dari dia suamiku.
Sungguh aku sudah jatuh cinta! Aku jatuh cinta dengan sikap ambil berat dan tanggungjawabnya padaku! Aku jatuh cinta kerana sedikit demi sikit bila aku mengenali dia, dia adalah seperti lelaki idamanku; persis perwatakkan ayah. Aku jatuh cinta padanya kerana dia selalu lembut dalam perhubungan kami, kerana dia mengajar aku erti dan makna sebuah kehidupan. Dan baru sehari dia pergi, aku sudah merasakan kekosongan tanpa dia disisiku.
“Cinta itu akan hadir dengan sendirinya tanpa kita sedar, cinta yang hadir dalam perkahwinan itu adalah cinta yang terindah... Cinta yang diberkati Allah...”
Kata-kata emak dulu sangat benar. Aku sangat bersetuju dengan kata-kata emak. Dan rasa ragu-ragu yang pernah hadir dalam hidupku saat aku baru menerima dia, saat aku baru cuba-cuba untuk memberikan hatiku padanya dulu benar-benar terbang.
“Akak!” ujar Fatiha sambil melompat duduk di sofa sebelahku sedikit mengejutkanku.
“Rindu abang ya...?” soal Fatiha dalam kenyitan mata. Aku sekadar tersenyum.
“Nakal...” desisku dalam senyuman. Fatiha tertawa galak.
“Dah lama Tiha nak tanya akan something..” ujarnya sambil membetulkan badan. Aku mengerutkan dahiku. Menunggu soalan daripada adik iparku.
“May I?” pintanya sopan. Aku mengangguk.
“Kakak dengan abang dulu bercinta ke sebelum kahwin?” soal Fatiha. Dahiku yang sudah siap berkerut semakin berkerut mendengar soalan yang diajukan oleh adik iparku itu.
“Kenapa?”
“I just wonder...”
“Sebab... abang, selama yang Tiha kenal, dia tak pernah cakap pasal perempuan. Bila mama tanya, tak pernah dia jawab yang dia ada kawan perempuan istimewa. Tup tup... balik-balik rumah satu hari cakap nak kahwin.” Cerita adik iparku penuh perasaan.
“Mau kami nak tertungging dengar abang cakap dia nak kahwin.”
“Akak tau tak? Mama siap tadah tangan, bersyukur sangat yang anak lelaki dia normal bila cakap nak kahwin. Mama dah siap risau sangat-sangat, takut anak teruna dia tu membujang sampai ke tua, sebab bila tanya dah ada kawan istimewa ke tak, ada tak ada dia cuma senyum. Kalau tak senyum, dia cakap kat mama... kalau ada dia cakap...”
“Dah tu, satu family semua terkejut la?” soalku. Fatiha menganggukkan kepala. Aku terleku mendiamkan diri.
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Sesungguhnya, inilah kebaikan yang aku peroleh yang tak pernah aku sedari. Satu kebaikan yang tak pernah aku sangkakan. Dia menganugerahi aku dengan seorang lelaki yang terbaik di sisinya untuk menjadi pasanganku, untuk membimbingku dan tak membezakan kedua-dua ibu bapanya dengan kedua-dua ibu bapaku.
“Tiha selalu nak rasa macam mana ada kakak... And at last, I got you.” Ujar Fatiha sebelum dia memelukku erat. Aku tersenyum. Sungguh-sungguh aku rasa terharu mendengar kata-katanya, menerima layanan daripadanya. Aku langsung tidak pernah dibeza-bezakan. Aku seperti kakak kandungnya sendiri pada kaca matanya.
“Macam mana kakak kenal abang?” soal Fatiha.
Aku kembali tersenyum. Adik iparku ini, sekejap saja dia mengembalikan rasa rinduku pada suamiku.
“Kehendak Allah..” jawabku pendek. Dia membulatkan mata. Aku tahu, dia tidak puas hati dengan jawapan yang aku berikan padanya.
“Betul-betul la kak...” ujarnya lagi merengek. Aku tersenyum.
“Kenal kat wedding cousin akak. Kami sama-sama jadi pengapit untuk mempelai...” ujarku terus-terang.
“Eh? Bukan abang dah lama kenal akak ke?” soal Fatiha lagi.
Aku memandang wajah Fatiha. Cuba mengagak apa yang dia tahu tentang kisah cinta abangnya.
“Abang cakap macam tu?”
Fatiha mengangguk. “Abang cakap, kawan lama masa sekolah.”
Aku mengangguk faham. “Kami satu sekolah, tapi akak tak pernah sedar kewujudan abang kat sekolah tu.” Ujarku sebelum tertawa. Fatiha mula menongkat dagu. Menunggu aku menyambung cerita.
“Akak tak pernah kenal abang? Sedangkan abang tu, punya la famous kat sekolah dulu.”
Aku mengangguk. “Mungkin pernah kenal nama. Tapi tak pernah kenal rupa. Akak pula bukan jenis yang ambil port sangat dengan benda-benda ni semua.”
“Akak sayang abang?” soal Fatiha terus-terang. Aku memandang wajah mulus adik iparku. Perlahan aku tertawa.
“Soalan apa yang Tiha tanya akak ni?”
“Soalan yang mudah yang boleh akak bagikan jawapan.” Jawabnya terus-terang. Aku mengangguk.
“Angguk tu maksudnya apa, kak?”
“Lelaki mana lagi yang akak layak untuk sayang, selain dari adik-adik kakak, ayah kakak dan suami kakak Tiha?”
“Akak cintakan abang?”
Soalan ini sudah membuatkan aku tersenyum. Aku memandang Fatiha. “Hanya dia yang layak akak cintai. Sebab dia suami kakak. Lelaki yang mengahwini kakak. Yang berjanji atas nama Allah untuk memikul tanggungjawab sebagai Imam dalam rumah tangga kakak.”
Fatiha tersenyum menampakkan gigi. “Abang betul tentang kakak.”
Aku mengerutkan dahi. “Maksud Tiha?”
“Dia betul bila dia cakap, tak ada perempuan lain yang sesuai untuk menjadi isteri abang selain kakak. Tak akan wujud perempuan lain yang boleh menjadi seorang menantu yang membahagiakan mama dan menjadi kakak yang sebenar-benarnya kakak kepada adik-adik abang selain dari Nadine Nur’iman.”
Terharu aku saat aku mendengarkan kata-kata itu. Aku merenung lama wajah Fatiha.
“Siapa cakap macam tu?” soalku lagi.
“Fakhran Syafrie suami kepada Nadine Nur’iman.” Balas Fatiha sambil mengucup pipiku.
“Abang sayang sangat kat kakak...”
“Dan Tiha cuma nak pastikan yang kakak pun sayangkan abang Tiha sama macam abang Tiha sayangkan kakak...”
“Sebab Tiha nak abang Tiha bahagia.”
Aku mengangguk. Tersenyum. Deringan telefon membuatkan aku dan Fatiha sama-sama tersentak. Telefon bimbit yang tadinya aku letakkan di meja sisi di capai Fatiha.
Pantas dia menjawabnya, “Wa’alaikumsalam...”
“Ada... akak tengah rindu kat abang. Dari tadi Tiha tengok akak asyik termenung je... Sekejap-sekejap tengok telefon. Tengah tunggu abang la tu...” adu Fatiha pada pemanggil di sebelah sana.
Serentak dengan itu wajahku merona merah. Aku malu bila perlakuanku berada dalam jangkauan pandangan Tiha. Aku sungguh-sungguh tidak percaya yang Fatiha menyedari semua itu. Merasai dan mengerti apa yang aku rasakan.
“Abang nak cakap...” ujar Fatiha sambil mengenyitkan mata. Sebelum berlalu dia sempat berbisik padaku, “Kakak...”
“Kadang-kadang berterus terang itu lebih baik dari sembunyikan saja dalam hati, sebab orang tak tahu rahsia yang tersimpan dalam hati.” Ujarnya seraya berlalu sambil bernyanyi kecil.
Panggilan telefon suamiku itu aku sambut. Ucapan salam lebih dahulu aku dulukan biarpun dalam suara yang penuh bergetar.
“Sayang sihat?”
Itu soalannya yang pertama keluar dari mulut suamiku. Aku mengangguk sambil bibirku mengiyakan soalannya.
“Rindu abang?” soalnya lagi. Barangkali sekadar mahu memastikan kata-kata adiknya tadi.
“Abang tak rindu Nadine?” soalku kembali.
Suamiku tertawa. “Abang tanya dulu, kenapa Nadine tak jawab?” soal suamiku.
Aku diam. Hatiku menggerutu. “Tak boleh rindu abang ke?” soalku kembali.
Suamiku diam tidak menjawab. “Abang...?” seruku. Cuba mengembalikan dia ke dalam perbualan kami.
“Boleh... Rindu abang setiap hari pun boleh, sebab abang rindu Nadine juga.” Ucapnya dari sana. Aku tersenyum. Wajahku sudah memerah.
Saat dia terpaksa meletakkan panggilan telefon, aku merasa sedikit keberatan sebenarnya, kerana aku masih belum puas berborak dengan suamiku. Sekurang-kurangnya, pemergiaannya ini menyedarkan aku akan perasaanku padanya yang sebenar-benarnya.
Sekurang-kurangnya, Allah memberikan aku kesempatan untuk mengingatkan aku menghargai apa yang menjadi milikku. Dan suamiku itu adalah milikku. Amanah Allah padaku!
-----------
Tak pasti apa yang saya repekkan. Tak pasti apa yang saya sedang tulis. Apa pun selamat membaca buat anda yang melawat blog ini.

Al-An’am: 17

3 comments:
suka enovel ni lebih kurang cam realiti sy ...hikhikhik....
At last Nadine dah jatuh chenta kat Fakhran.. =]
citer nie m'insafkan sya..
Post a Comment