Kerna Dia Suamiku - 8
Nadine pernah ada sesiapa sebelum ini?” soal Fakhran sambil membetulkan silanya. Matanya lembut memaku mataku.
“Pernah ada sesiapa yang bagaimana?” soalku kembali. Suamiku tersenyum.
“Pernah jatuh hati pada sesiapa?” soal suamiku lagi dengan senyuman yang menguntum di bibirnya.
“Abang rasa macam tu?” soalku lagi tanpa memberikan jawapan. Dia masih lagi dengan senyumannya yang murah itu.
“Manalah tahu... kalau-kalau itu yang membuatkan Nadine susah sangat nak terima lamaran abang mulanya.”
Aku tersenyum. “Kalau betul pun, apa salahnya?” soalku pada suamiku.
“Bukankah Allah berfirman, dalam surat Adz-Dzariyaat ayat 49,”
“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah.”’
Demi mendengar jawapanku. Suamiku tersenyum. Pantas saja hidungku dicuitnya perlahan. “Oh iya? Jadi dulu tu pernah ada seseorang la ya? Itu yang sampai tak nak pertimbang langsung lamaran abang?” soalnya lagi.
Aku tersengih. “Ya kot...”
“Kalau tak salah abang.. dulu tu ada siapa agaknya yang asyik membebel dekat Fadzie dengan Qamarul siap pakai hadis nabi yang diriwayatkan dari Abu Darda lagi; Cinta padamu sesuatu yang membuatmu buta dan tuli.”
Aku mengecilkan mata. Geram diusik begitu. “Apa lagi yang abang tahu tentang Nadine?” soalku mahu tahu. Suamiku tertawa. Bantal peluk sudah pun siap dipeluknya.
“Nadine pernah bercinta?” soal suamiku. Perlahan aku menggeleng.
“Tak sempat nak belajar bercinta.” Jawabku polos. Suamiku tersenyum.
“Tapi Nadine bersedia untuk berikan hati Nadine pada abang, kan?” soal suamiku tiba-tiba. Terlalu berterus-terang membuatkan pipiku sudah mula terasa panas.
“Nadine sudah bersedia untuk belajar bercinta dengan abang, kan?” soal suamiku lagi.
Saat soalan itu ditanyakan lagi. Aku sudah jadi resah sendiri. Memikirkan jalan untuk melepaskan diri daripada soalan-soalan suamiku yang mula membuatkan aku sesak dada.
“Abang pernah bercinta?” soalku tiba-tiba. Suamiku sekadar tersenyum.
“Kenapa?” soalnya kemudiannya. Aku mendiamkan diri.
“Saja...”
“Nadine yang abang kenal tak pernah bertanya soalan kosong tanpa sebarang sebab.” Ujar suamiku. Aku tersenyum.
“Takkanlah selama beberapa tahun ini, abang tak pernah bukakan hati abang untuk sesiapa? Takkanlah selama ini abang sekadar tunggu Nadine tanpa sebarang kepastian sama ada Nadine akan terima abang atau tidak.”
Suamiku menguntum senyum. “Nadine ingat, abang tunggu Nadine buta-buta saja ke?” soal suamiku dengan senyuman yang tidak kering. Aku memerhatikan ulas bibirnya yang merah tanda tidak merokok dihiasi kumis nipis. Dan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.
Uhu... satu kebetulan. Kerana aku juga punya sepasang lesung pipit. Memanglah aku dan dia ada jodoh.
“Abang tak tunggu Nadine begitu saja...”
“Abang ada Qamarul... abang ada Humaira yang selalu menjadi mata-mata abang.” Ujar suamiku. Aku pantas saja menoleh memandang wajah suamiku. Sungguh aku tidak percaya. Kembar berdua itu rupanya dalam diam-diam menjadi mata-mata.
“Tanpa mereka, barangkali abang agaknya tak akan tahu perkembangan Nadine...” ujar suamiku sambil mengelus rambutku. Lama pandangan mata kami bertembung pandang. Masing-masing mendiamkan diri.
“Sejak bila pandai pasang spy?”
Suamiku tersenyum. “Sejak dah pandai curi-curi pandang anak dara orang.” Ujarnya dalam tawa. Aku tersenyum.
Perlahan jemarinya aku paut. Aku kucup perlahan tanda hormatku pada dia yang menjadi nakhoda rumah tanggaku.
“Nadine bukan seorang yang terbaik, tapi Nadine akan cuba menyempurnakan diri Nadine untuk abang...”
“Nadine tahu Nadine banyak kelemahan dan Nadine perlukan kesabaran abang dalam membentuk diri Nadine menjadi seperti yang abang inginkan.”
“Nadine tahu, Nadine dah jadi buluh. Dah susah nak dilentur... sebab tu, Nadine perlukan kesabaran abang...” ujarku. Dia mengangguk.
“Nadine dan abang sama-sama perlu belajar untuk menjadi yang terbaik untuk satu sama lain.”
“Insya-Allah...”
Bunyi dentingan jam dinding membuatkan aku dan suamiku sama-sama memandang ke arah dinding.
“Dah pukul 1.” Ujar suamiku. Aku mengangguk.
Suamiku sudah pun mengambil tempat di pembaringan. “Ada lagi yang Nadine nak tanya?” soal suamiku sambil melabuhkan kepala ke bantal. Badannya mengiring mengadapku.
Berbaring disebelahnya. Memandang wajahnya. Aku menggeleng.
“Betul?” soalnya sambil cuba menahan kantuk yang hadir. Aku mengangguk. Dia tersenyum dalam kesamaran malam. Satu kucupan kasih singgah di dahiku.
“Selamat malam sayang...” ujarnya lembut.
“Jom tidur...” ujarnya seraya doa tidur yang diucapkan kedengaran halus di telingaku. Aku mengangguk.
Mataku masih memandang wajahnya. Wajah dia Fakhran Syafrie. Lelaki yang penuh misteri pada kaca mataku, yang tiba-tiba saja hadir di depanku dan mengemukakan aku satu lamaran.
Dan dia juga lelaki yang berjaya mencuri sekeping hati kecilku.
“Fadzie... kalau kau dengar, mahu aku khabarkan pada kau tentang ini...”
“Kau tak pernah salah Fadzie... Dan kau benar tentang betapa indahnya jatuh cinta, apatah lagi cinta selepas kahwin.”
“Kalaulah kau tahu aku sekarang sedang merasakan itu, pasti saja agaknya kau tertawa dengan aku bila aku mengusik kau dulu yang betul-betul emo saat layan novel Hlovate 5 tahun 5 bulan itu kan?”
“Mujurlah si Fakhran tak seperti Ben Alif yang mengemukakan syarat yang bukan-bukan konon-konon untuk belajar bercinta.” Fikirku sendiri.
Mengerling dia yang sudah teratur nafasnya dalam tidur. Aku tersenyum sendiri. Aku bahagia dengan rezeki yang Allah berikan padaku. Sungguh.
-------------
Saya mahu balik kampung! Uhu...Tak sabar tunggu 26hb. Nak balik kampung! Nak melawat kawan-kawan dan junior-junior di UUM. Lembah sintok.. nantikan saya ya!
Neway..selamat membaca!

5 comments:
huhu..
cool fakhran nieh..ske2..
Fakhran ohh Fakhran..
Uhuhuu~
Nak cari husband mcm Fakhran...
Ada ke? 1 dalam 1000 pun susah agaknya...
:D
setia sgguh..!
ade lg ke laki cmni ek?
arap2 suami ku nti, cmni la..ekeke..
Salam K.Diya,
Kita ketemu lagi.Dh habis bc pun dari permulaan hingga ke bab 8... Eyta suka jln cerita dia- Bercinta stlh berkahwin... Tk sbr nk tunggu n3 selanjutnya :P
Post a Comment